Sunday, March 3, 2013

UEFA Champions League 2012/13 - Round of 16 - 2nd Leg I



UEFA Champions League 2012/13
Round of 16 (2nd leg)
Mac 6, 2013 (Rabu)
Borussia Dortmund (2)vsShakhtar Donetsk (2)
Manchester United (1)vsReal Madrid (1)
Mac 7, 2013 (Khamis)
Juventus (3)vsCeltic (0)
PSG (2)vsValencia (1)




Borussia Dortmund (2) vs Shakhtar Donetsk (2)




Perlawanan pertama dibayangi dengan tragedi sedih kematian 5 penyokong Shakhtar Donetsk dalam satu nahas kapal terbang yang menyayat hati. Keputusan 2-2 ini jelas memihak kepada Dortmund ketika mereka bersedia menyambut kedatangan Shakhtar dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan. Jurgen Kloop masih lagi mempercayai ketajaman Lewandowski walaupun ketika ini spekulasi kencang mengatakan peyerang dari Poland itu tidak akan kekal bersama Dortmund untuk musim hadapan.

Dario Srna akan mengetuai barisan pertahanan Shakhtar untuk mengekang pergerakan pemain Dortmund seperti Marco Reus dan Mario Götze. Manakala pemain tengah mereka Alex Teixeira dan Fernandinho akan membekalkan peluang gol untuk Luiz Adriano dan Taiso. Di atas kertas memang Dortmund berpeluang melangkah ke suku akhir. Namun keupayaan Shakhtar tidak boleh dipandang enteng.

Ramalan: Borussia Dortmund (1) vs Shakhtar Donetsk (0) : Borussia Dortmund Layak 3-2


Manchester United (1) vs Real Madrid (1)



Kedua-dua pasukan telah menewaskan lawan mereka dalam pentas liga sebelum pertarungan agung kedua ini yang berlangsung di Old Trafford. Manchester United dengan aksi ibarat latihan petang-petang serta tanpa mengeluarkan peluh menumpaskan pasukan di tangga ke-13 liga, Norwich City 4-0. Berbeza dengan Real Madrid yang turun dengan matlamat memalukan Barcelona buat kali kedua dalam masa seminggu dan mereka berjaya merealisasikannya. Susah untuk mengagak pasukan mana yang akan mara ke peringkat seterusnya kerana kedua pasukan berada pada kemuncak prestasi.

Mourinho vs Alex Ferguson, Ronaldo vs Evra, Van Persie vs Ramos. Semua ini boleh dilihat dalam satu pertarungan super kombo dua kelab gergasi dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semoga pengadil tidak membunuh keseronokan untuk kita menjamah mata dengan kehebatan kedua pasukan.

Ramalan: Manchester United (2) vs Real Madrid (2) : Real Madrid Layak 3-3


Juventus (3) vs Celtic (0)

Terlampau kuat buat Celtic.

Semuanya seperti sudah berakhir buat Celtic apabila tewas 3-0 kepada Juventus dan ini memanjangkan lagi rekod kekalahan mereka di Itali menjadi 7 perlawanan. Ketinggalan 3 gol adalah sesuatu yang mustahil buat mereka. Barisan pemain Juventus seperti Buffon, Bonucci, Vidal, Pirlo dan Vucinic terlalu ampuh untuk Celtic. Apa yang Celtic boleh lakukan ialah mengelak daripada mengalami kekalahan yang lebih memalukan. Sekali lagi Samaras akan digunakan dalam misi mencari gol ke atas pendahulu Serie A ini.


Ramalan: Juventus (3) vs Celtic (1) : Juventus Layak 6-1.



PSG (2) vs Valencia (1)




Kelebihan 1 gol yang dibawa PSG dari Valencia sebenarnya belum mencukupi. Nampaknya Ancelotti perlu menggali segenap kekuatan pemain pasukannya apabila menentang Valencia nanti. Lavezzi merupakan sandaran utama dalam memburu gol kerana ketiadaan Zlatan yang digantung perlawanan akibat menerima kad merah. Sambil itu Pastore dan Lucas Moura bakal menjadi perancang utama buat pasukan PSG. Menurut Ancelotti juga David Beckham mungkin tidak akan diturunkan untuk aksi ini dan Veratti akan mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama. Di bahagian pertahanan sekali lagi Sakho akan mengisi ketiadaan Thiago Silva dan akan temani oleh Alex.

Walaupun pada mulanya tiada siapa yang menyangka Valencia mampu pergi sejauh ini, namun kini pemain-pemainnya sudah mula meletakkan keutamaan dalam kejohanan tertinggi eropah ini. Pemain seperti Valdes dan Sergio Canales begitu bersemangat untuk menewaskan PSG. Dengan barisan pemain yang ada seperti Adil Rami, Guardardo dan Soldado, peluang untuk melihat Valencia melakukan kejutan ke atas PSG agak cerah ketika lawannya itu begitu yakin beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Ramalan: PSG (1) vs Valencia (1) : PSG Layak 3-2

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...