Kumpulan C:
Kelantan
Pahang
Terengganu
Negeri Sembilan
Dari kejauhan seakan-akan 3 pasukan pantai timur dalam kumpulan ini akan menelan skuad Jang bulat-bulat tanpa ada belas ehsan di hati. Tapi ada benarnya pandangan ikhlas aku ni. Jika dilihat prestasi Nogori dalam liga super musim ini, memang jelas mereka akan menjadi belasahan dalam kumpulan C ini. Walaupun ada beberapa pemain Nogori yang beraksi cemerlang secara individu sperti Nazrin Nawi dan Shahurain, namun ia bukanlah jaminan buat skuad Jang untuk layak ke suku akhir. Impian The Jangs untuk melihat pasuakn ini beraksi di pentas final buat kali ke-4 dalam masa 5 tahun mungkin akan lebur di pertengahan jalan. Mohon bertabah.
Menjadi pilihan juara kumpulan C ini sudah semestinya Kelantan. Persembahan mantap dihujung kempen liga super serta kejayaan menjulang Piala FA merupakan bukti utama The Red Warrior adalah pasukan terkuat dalam kumpulan ini dan calon pilihan Juara Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut. Kelantan ketika ini dilihat memiliki ramuan lengkap untuk bergelar juara setelah kembalinya pengurus pasukan Haji Azman Ibrahim.
Terengganu dan Pahang pula dijangka akan merebut slot kedua untuk ke suku akhir. Mungkin pertemuan sesama mereka akan menentukan siapa yang akan mengiringi pasukan Kelantan. Disini kelebihan berpihak kepada Pahang. Pemain pasukan Pahang baik tempatan mahupun import mempunyai kelebihan berbanding pasukan Terengganu. Jika Dollah Salleh berjaya mengembalikan persembahan cemerlang Tok Gajah seperti permulaan musim ini, setiap pasukan yang berhadapan mereka akan menjadi lauk. Percayalah!!
Ramalan: Tidak sukar untuk meramal Kelantan menjadi juara kumpulan dan Nogori menjadi pasukan tercorot. Namun yang menarik untuk disaksikan ialah pertarungan antara Pahang dan Terengganu. Walaubagaimanapun pasukan Pahang akan muncul pasukan kedua terbaik dalam kumpulan C berbekalkan semangat pasukan Soltan Bola.