Ketika aku memandu menuju ke pejabat tadi, masih jelas gaya sepakan ala torpedo pemain Kelantan Nor Farhan yang kemudian berlari sambil menepuk-nepuk dada serta logo Red Warriors di jersinya dan itu diaaaa.....satu gaya bagai Ultraman mem-fire rasaksa gorgon yang dicopy baik sekali.
Tangan didepakan penuh bergaya!
Nor Farhan memang terbaik. Beliau berlari disetiap inci padang tanpa penat dan menunujukkan yang beliau memang selayaknya bermain untuk Kelantan.
Nor Farhan punya cita-cita dan selera besar. Beliau mahu menang kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia. Double! Sifat ini jelas TIADA PADA SAFIQ RAHIM. Entah apa tujuan Safiq Rahim main bola agaknya? Cukupkah dengan beraksi depan kamera instagram bersama Zandra Hakimi? Banyak pemain ternama yang berpindah kelab kerana mahukan kejuaraan atau cabaran baru. Tengok Fakri Saarani, 3 bulan je dengan Atlético S.C, lepas tu balik Kelantan sebab merasakan pasukan itu tidak sehebat mana dan tidak mampu memberikan sebarang piala kepada beliau.
Apakah pula yang Mat Yo lakukan di atas padang? Menjaringkan gol selepas pengadil meniupkan wisel membatalkannya dan seterusnya emosional, komplen sana sini untuk keselurang 90 minit permainan. Aku yakin, masa Mat Yo skor gol batal tu, ramai B.O.S dah senyum-senyum, mereka terbayangkan kemenangan akan berlaku lagi. Tetapi mereka lupa, yang mereka lawan bukannya kecik anak, Negeri Sembilan atau Pahang. Bojan Hodak bukan Dollah Salleh la!
Enjin pasukan di bahagian tengah dikawal baik oleh Piya (Man Of The Match), Nor Farhan dan Shakir. Safiq Rahim asyik kene kejar bola aje la aku tengok. Kesian. Fandi Ahmad letak dia main first eleven. Tak sesuai. Tapi letak siapa-siapa pun sama aje bangangnya. Main kasar pandai, main bola macam Badul. Nazri Ahmad? nama pun tak bunyi footballer, Farid Ramli? dia silap tak marking Nor Farhan kemas-kemas. Safee Sali? dia ada main ke Sabtu lepas? tak nampak pulak :P
Syed Azhar Syed Kamar mengadili perlawanan dengan baik. Banyak kali juga Nunez cuba memperdayakan beliau dengan bergolek-golek jatuh bagaikan nangka busuk. Tetapi dia tidak mudah tertipu dengan taktik lapok seperti kanak-kanak berkulop bermain bola di waktu senja.
Citer banyak pun tak guno. Kelantan berada di landasan sebenar untuk DOUBLE musim ini. Pahang dah pandai buat-buat kalah. Semua ini skrip sama semenjak awal musim lagi. Cuma tak ramai yang nak terima kenyataan bahawa KELANTAN adalah jaguh bola sepak Malaysia yang tak terkalah!
Kepada geng Gomo Klate Gomo semua, teruskan poyo dan angkuh sekurang kurangnya selama 3 bulan. Jangan kesian sama JDT dan juga Pahang. Mari kita gulai mereka. Mari kita rapatkan barisan dan maju bersama One Klate (1Klate yang original) dan kita insafkan Harimau Selatan dan Tok Gajah. Mereka tak layak jadi juara Malaysia!
Nogori Sembilan? Jangan buang masa.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...