Wednesday, October 30, 2013

Perlawanan Akhir 2013: Kelantan vs Pahang


Perlawanan Akhir 2013: Kelantan vs Pahang
Stadium Shah Alam, Selangor.
8.45 PM | 3 November 2013.

Sebelum apa-apa, aku ingin menyampaikan rasa simpati kepada pasukan Sarawak dan ATM yang tewas pada laga separuh akhir yang lalu. Aku faham kekalahan merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan. Jadi aku doakan semoga mereka cepat sembuh dari luka kekalahan hendaknya.

Satu lagi suka untuk aku ingatkan. Ini bukan pertemuan 'This Is Pantai Timur' lagi. Ini adalah antara Kelantan dan Pahang. Dua pasukan teragung yang memiliki sejarah dan kegemilangan masing-masing. 

Kelantan Masih Dahagakan Kejayaan.

Perlawanan separuh akhir kedua yang lalu, meminjam kata orang putih, ialah ‘magnificent comeback’. Bangkit menjaringkan 2 gol pada minit-minit akhir, selepas ketinggalan hampir 82' minit permainan merupakan satu aksi yang sukar dilupakan oleh seluruh pejuang dan pendukung setia pasukan yang dikenali dengan jolokan The Red Warriors ini.

Untuk merumuskan keseluruhan, The Red Warriors masih cemerlang tanpa kelibat Subra Kental dan Daudsu The Card Collector. Nik Shahrul ‘overlapping’ macam tak cukup padang. Piya datang semangat ‘Kapitan Marvel’. Shakir Shaari macam kereta kebal. Dickson menghuru-harakan pertahanan lawan. Indra Putra cemerlang walaupun terlepas beberapa peluang terbaik. Farhan, perrrrgh! Para pemain simpanan: terutamanya Fakri Saarani terbaik dalam membalas kepercayaan yang diberi oleh Bojan Hodak.

Meminjam kata-kata seorang sahabat, Kelantan terlampau ‘power’ buat masa ini. Sebenarnya era dominasi Kelantan dalam bola sepak Malaysia ini masih hijau. Semuanya bermula pada 2009. Tetapi sejak dari 2009 hingga 2013, Kelantan telah menjuarai 2 Piala Malaysia, 2 Liga Super dan 2 Piala FA. Ini merupakan satu dominasi yang total.

Dengan hanya baki 1 sahaja perlawanan untuk Kelantan menjulang piala kedua tahun ini selepas Piala FA, Kelantan masih perlu menentang Pahang. Ya, Pahang pasukan paling mendadak peningkatannya musim ini.

Bualan di jalanan sekarang ialah jika Kelantan menang ke atas Pahang maka hasilnya ialah Kelantan akan mengekalkan statusnya sebagai Kuasa Baru Bola Sepak Malaysia.

Tetapi dalam musim yang cacamarba ini, semuanya boleh berlaku. Kelantan dan Pahang bertemu sebanyak 4 kali musim ini. 2 kemenangan berpihak kepada Kelantan (aksi di Kota Bharu) manakala 2 seri ketika bermain di Darul Makmur. 

Jadi, yang terbaik ialah untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada aksi di Shah Alam kerana ia adalah gelanggang berkecuali buat kedua-dua pasukan.



Inilah Masanya Buat Pasukan Pahang.

1992......
"Apa lagi yang boleh saya katakan? Pastilah gembira. Kami melakukan double, cukup untuk membuktikan Pahang adalah yang terbaik. Berbanding apa yang saya menangi di Manchester United, kejayaan ini jauh lebih bermakna!" - Mike Brown Jurulatih Pasukan Pahang. 
Seluruh rakyat Pahang wajib bergembira dengan kejayaan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Dari Karak di barat ke Kuantan di timur, dari Jerantut di utara sehingga Rompin di selatan, semuanya sudah tidak sabar mengulangi kejayaan tahun 1992.

Aku memang memasang keyakinan semenjak Pahang membungkuskan JDT (perlawanan pertama Liga Super, 3-2) bahawa anak buah Dollah Salleh ini berpotensi menjulang sekurang-kurang sebiji piala musim ini. Dan sebaik saja Pahang layak ke suku akhir, aku yakin mereka akan sampai ke perlawanan akhir.

Pahang seperti biasa ialah pasukan yang bermain dengan corak yang kita panggil 'free flowing football'. Pantas, menyerang dan cantik. Menggunakan sepenuhnya kepantasan pemain sayap yang mereka miliki untuk melakukan hantaran lintang yang merbahaya ke dalam kotak penalti. Penuh idealisme. Apa yang ada pada diri Dollah Salleh ialah dia seorang pakar taktikal idealisme yang semulajadi. Lihat apa yang dia lakukan kepada Sarawak dan PKNS sebelum ini. Hancor lodoh dibueknyo.

Gol Fauzi Roslan ataupun lebih mesra dengan panggilan Koji pada aksi separuh akhir yang lepas sudah cukup manis untuk menampung keperluan gula dalam badan semua peminat Tok Gajah. Jadi, kurangkan pengambilan gula untuk hari ini demi menyahut saranan kerajaan.

Koji. Ketenangan, tanpa sedikit rasa debaran dan keraian hebat selepas jaringan. Dia mungkin tak dapat mengambil tempat Mathias Conti, tapi, siapa yang perlukan Conti bila anak jati kelahiran Pekan itu mula mengganas di hadapan gawang?

Kedatangan Pahang ke Kuching bagaikan sang gajah menyerah diri kepada si bujang senang. Namun seperti juga keadaan sebenar, tak pernah pula aku dengar cerita gajah dimakan buaya. Tetapi Pahang tetap memberikan penyokong mereka 'kepanasan' dan 'kehausan'. Agak tertekan jugak la perasaan menghabiskan 90 minit.

Jentera tengah Pahang ketika ini antara yang terbaik dalam sejarah. Amirulhadi dan Azidan Sarudin bertindak baik untuk menguasai bahagian tengah. Dengan Amirulhadi dan Azidan menguasai sepenuhnya bahagian tengah, baik Gopi mahupun Surendran mereka bebas untuk naik ke atas dan melakukan serangan. Selain itu mereka juga masih memiliki Faizol Husin dan Hafiz Kamal yang sentiasa bersedia untuk mengganas sekiranya diberi peluang.

Kelantan atau Pahang?

Keseluruhan musim ini Kelantan secara purata menguasai 68% setiap perlawanan tetapi kita semua tahu Bojan Hodak kadangkala lebih mementingkan keputusan dari gaya permainan. Sekali lagi ini adalah contoh terbaik pragmatisme dalam bolasepak mengalahkan idealisme.

Dollah Salleh dan para peminatnya gerenti tak puas hati dengan pendapat ikhlas aku ini.

Jadi sama ada Kelantan atau Pahang, siapa pilihan juara?

Namun apa yang pasti, orgasme Piala Malaysia akan mencapai kemuncak apabila kalendar menuju tanggal 4 November 2013. Sama ada kita terpaksa berpuasa tomyam selama sebulan, atau melilau mencari ikan patin masak tempoyak. Semuanya akan terjawab Ahad ini.

Akhir kata "UNDURLAH SOLTAN BOLA DEMI BOLA SEPAK NEGARA"


Friday, October 25, 2013

BPL 2013/14: CHELSEA vs MANCHESTER CITY



"Tepi semua, tepi!! Aku nak tengok bola!! Tukar channel, tukar channel!!" - jerit seorang penyokong yang pasukannya kini menduduki tangga ke-8 Liga Perdana Inggeris.

Aku dari jauh hanya tersenyum melihat perlakuan kurang siuman kutu tersebut. Mestilah jadi tak siuman. Almaklum sajalah pasukan yang disanjung terperosok di pertengahan liga. Kata-kata 'King of Comeback' sudah amat jarang didengar. Yang ada cuma 'Moyes Out'.

Mamak yang mungkin sedar akan kepentingan menjaga hati penyokong pasukan 'mid-table' tidak banyak membantah. Ditukarnya siaran tivi dari Akademi Fantasia kepada perlawanan Manchester - Stoke. Aku yang tengah sedap menengok Aisyah Aziz tergelek-gelek atas pentas sedikit terganggu.

Aku tak ambil pusing dengan apa yang sedang terjadi di kaca tivi tersebut selepas siarannya ditukar kepada perlawanan bola sepak pelengkap jadual. Aku lebih fikirkan tentang aksi Chelsea bertemu Manchester City.

Eden Hazard bagi aku ketika ini sedang berada pada kemuncak prestasi. 4 gol dalam 3 penampilan terakhir bersama Chelsea membuktikan segala-galanya. Menentang City yang berkemungkinan akan menurunkan kembali kapitan Kompany nanti akan menguji karekter sebenar anak buah Mourinho. Inilah cabaran yang perlu dilalui dengan tabah untuk bergelar juara liga. Walaupun masih jauh, tapi amat penting untuk memungut seberapa banyak mata menjelang krismas nanti.

"Sialllll!!!!!!!!!!!" - sekali lagi kutu tadi menjerit selepas cubaan lemah Van Persie hanya mampu melewati palang gol.

Menggeleng aku sambil membaca zikir terapi jiwa. Aku dapat rasakan peluang Chelsea untuk mengalahkan Manchester City di Stamford Bridge amat cerah. Chelsea memiliki kelebihan rehat selama satu hari berbanding Manchester City. Manakala City pula perlu mengharungi perjalanan ke London selepas aksi yang memenatkan di Russia menentang CSKA Moscow.

Torres sudah kembali muda. Oscar, Ramires, Willian dan Luiz membentuk gabungan samba penuh bergaya dari Brazil. Ryan Bertrand pula aku tengok steady jek menggantikan Cole yang tercedera. Lain-lain pemain bagi aku tiada masalah. Dua gol dari Chelsea sudah cukup untuk membuatkan Manchester City pulang hampa. 

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.



Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

1. Van Persie vs Moyes.
Khabarnya ketika ini Van Persie sedang bergelut dengan corak perbezaan latihan yang Moyes terapkan yang juga amat berbeza dengan stail ketika dilatih oleh Pak Alex.


2. Kaka kembali

Kaka telah membuat penampilan selama 13 minit ketika AC Milan menewaskan Udinese 1-0. Ini merupakan penampilan kedua beliau bersama AC Milan musim ini.


3. Denda Mourinho

Mourinho telah didenda oleh FA England kerana berkelakuan bertekak dengan pengadil ketika perlawanan menentang Cardiff. Itulah dia Mourinho.


4. Jurulatih Baru

Perak telah melantik Abu Bakar Fadzim sebagai ketua jurulatih yang baru menggantikan Azraai Khor yang telah meletak jawatan secara 'mutual consent'


5. Kelayakan Piala Dunia peringkat Eropah.

Portugal vs Sweden | Ukraine vs France | Greece vs Romania | Iceland Croatia


6. Keputusan UEFA Champions League 23 Oct 2013

Schalke 04 0-3 Chelsea
Steaua Bucuresti 1-1 FC Basel
Arsenal 1-2 Borussia Dortmund
Marseille 1-2 Napoli
Austria Vienna 0-3 Atletico Madrid
FC Porto 0-1 Zenit St Petersburg
AC Milan 1-1 Barcelona
Celtic 2-1 Ajax Amsterdam


7. Projek KJ

"The Youth and Sports Ministry will launch the National Football Development Plan 2014-2020 to train 10,000 teenagers aged between seven to 17 in an effort to bring football back to its glory days in Malaysia." - aku malas nak translate.


8.  6. Keputusan UEFA Champions League 24 Oct 2013

CSKA Moskva 1-2 Man. City
Leverkusen 4-0 Shakhtar Donetsk
Real Madrid 2-1 Juventus
Anderlecht 0-5 PSG
Bayern 5-0 Plzeň
Galatasaray 3-1 København
Man. United 1-0 Real Sociedad
Benfica 1-1 Olympiacos


9. Holloway tinggalkan Palace

"Ian Holloway has left Crystal Palace by mutual consent after admitting he is not up to the task of keeping the stuggling London club in the Premier League." - pun aku malas nak translate.


10. Perlawanan Agung

Chelsea vs Manchester City
Barcelona vs Real Madrid
 

Thursday, October 24, 2013

Mahabola Cinta

Bila aku baca komen macam gini...

"Mamat yg tulis blog tu pandai sangat ke main bola?"

Aku istighfar panjang sambil mengurut dada. Kenapa tak tanya jek Arsene Wenger, Alex Ferguson, Jose Mourinho, Jurgen Klopp tu pandai main bola ke tidak? Tak hairanlah rangking FIFA steady jek 160.

From Paris With Love: Fiksyen Ranjau Menjejak Titus James.




Kabooom!!

Pintu bilik ditutup rapi. Aku pulang ke bilik hotel dengan penuh ceria selepas melepak dengan Baggio dan Maldini. Suasana senja di Florence memang mengasyikkan. Sedang aku leka melihat matahari terbenam di Sungai Arno, pintu bilik aku diketuk beberapa kali.

Ketika aku membuka pintu, tiada sesiapa di luar melainkan sebuah beg kecil berbentuk kotak empat persegi. Aku menoleh ke sebelah kiri dan kanan. Setelah mendapati tiada sesiapa pun di situ, barulah aku berani mencapai beg itu. Tatkala dibuka sahaja, terdapat sekeping tiket kapal terbang dan juga nota yang turut sama disertakan. Nota tersebut berbunyi.

"Paris sungguh indah menjelang senja. Merupakan kota romantis dan eksotis. Titus James Palani permata beharga yang makin dilupakan"

Nampaknya aku ditugaskan untuk menjejak Titus James Palani. Kali terakhir aku dengar cerita pasal dia ialah apabila Shebby Singh mempelawa Titus James untuk sesi percubaan bersama Blackburn Rovers. Aku tidak mahu guna perkataan Misi dalam tugasan ini. Sebabnya siapa yang guna perkataan Misi ni kebanyakannya akan berakhir dengan melingkup. Semacam ada satu sumpahan pula.

Titus James, suatu masa dahulu adalah budak remaja berusia 12 tahun yang menjadi tumpuan satu Malaya dek kerana kehebatannya menimbang bola tanpa rasa ragu. Aku masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat aku, Kudin.

"Apabila aku sudah akil baligh nanti, aku nak jadi Titus James"

Aku yang ketika itu mempunyai kecerdikan 5 tahun kehadapan berbanding rakan sebaya yang lain hanya mampu tersenyum mendengar cita-cita si Kudin. Begitulah betapa hebatnya penangan fenomena Titus James. Mujur masa beliau muncul, belum ada artis yang kemaruk nak berkahwin dengan pemain bola. Kalau ada..entahlah apa akan jadi pada budak yang berasal dari Brickfield, Kuala Lumpur ini.

Mula-mula aku sampai di lapangan terbang antarabangsa Charles de Gaulle, aku tahan teksi Peugeot 406. Aku memang dah pasang niat dari Malaysia lagi nak naik teksi ni. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan filem Taxi. Filem Taxi yang aku maksudkan ialah filem yang asal buatan Perancis tu dan bukannya yang ditiru oleh Hollywood. Cuma bezanya teksi Peugeot 406 ini ialah, ia jenis yang standard punya.

Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Pascal Cygan. Bermuka bengis dan berkepala botak. Wajahnya mirip bekas pemain pertahanan sebuah kelab bola sepak dari London. Aku cuba berteka-teki di dalam hati sahaja. Tapi tidak berani bertanya secara mulut ke mulut.

Masuk dalam teksi, sejurus aku menutup pintu kereta...

"Ya abanglah pemain pertahanan Arsenal yang 'flop' tu. Kau tak payahlah nak tahan-tahan gelak. Abang dah lali dengan caci maki orang ramai. Padahal bukan abang saja yang 'flop'. Wiltord, Jeffers pun bangang jugak. Tapi balik-balik nama abang jugak yang naik."

Menerusi cermin pandang belakang sahaja dia berkata-kata kepada aku. Renungan matanya tajam menikam kalbu. Tiba-tiba emosi pula orang tua ni. Aku terus tersengih-sengih mendengar luahan emosi si Pascal Cygan tadi. Aku cakap nak pergi Nanteuil, nak tengok rumah Titus James. Jarak Nanteuil dari Paris ada dalam 389 kilometer lebih kurang.

Dalam perjalanan, Pascal Cygan, si pemandu teksi yang juga bekas pemain Arsenal, bertanya tujuan aku bertandang ke Perancis. Aku pun dengan peramahnya berceritalah serba sedikit kepada beliau.

"Oh begitu rupanya. Abang pun kenal Titus James ni. Kalau tak silap, Nanteuil FC ni kelab kelima yang dia wakili selepas Le Havre, Quevilly, Meaux dan juga Villenoy. Dulu masa dia baru sampai sini, dia duduk dekat Rouen, rumah sepupu belah mak abang punya jiran. Kalau tak silap abang nama dia Francis Herbert. Francis Herbert dengan isteri dia, Slyvaine Wairin juga khabarnya jadi keluarga angkat Titus masa tu." - begitu mesra Pascal Cygan menceritakan perihal ringkas berkenaan Titus James.

Aku terdiam. Pandanganku dilontarkan jauh ke luar teksi. Sekawan bison yang berlari-lari di bahu jalan seolah-olah sedang mengejar teksi membuatkan diriku seperti di dalam satu percutian mewah. Biasanya pemandangan sebegitu hanya terdapat di Taman Negara Yellowstone. Entah macam mane bison boleh muncul di sini pun aku kurang periksa.

"Betol ke zaman gemilang Titus adalah semasa dia beraksi dengan kelab Villenoy?" - soal aku lagi kepada Pascal Cygan dengan kemas dan cerdas.

Pascal Cygan tidak terus menjawab. Diseloknya poket pakaian seragam, lalu sebiji 'chewing tobacco' dikeluarkan. Dibuka sarungnya dan beliau mula menyambung cerita sambil mengunyah laju.

"Ya memang betol. Titus masa tu adalah ketua pasukan bawah 18 tahun kelab Villenoy. Dia juga penjaring terbanyak pasukan dengan 16 gol. Pada hujung musim pula, Villenoy menamatkan kedudukan di tangga ke-5 liga di Paris. Satu pencapaian yang bolehlah dikatakan hebat bagi seorang pemain Asia Tenggara"

Mata aku semakin layu akibat keletihan melalui perjalanan yang jauh. Kini teksi kami sudah menginjak melalui kota Orleans. Aku lihat bangunan lama klasik masih berdiri teguh di kiri dan kanan jalanraya. Kagum melihat keutuhan struktur bangunan lama yang masih gah berdiri. Apabila teringatkan Terengganu, aku termalu sendiri sambil menggeleng kepala perlahan.

"Creeeeeeeeeeeeeet" - Teksi berhenti mengejut.

Dekat tiga jam berkereta akhirnya aku selamat sampai di Nanteuil tempat bertapaknya kelab yang diwakili oleh Titus James ketika ini. Dari sini untuk menjejak rumah Titus James tidak sukar. Sebut saja nama Titus James dan semua orang kenal anak muda ini. Ternyata 'Black Pearl from Brickfield' ni memang besar pengaruhnya di Perancis.

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Steve Marlett yang sedang menimbang bola di kaki lima. Bandannya yang berpeluh dan tidak berbaju aku abaikan. Aku nekad menghampirinya.

Setelah memperkenalkan diri dengan serba mantap, aku ceritakan segala-galanya tentang tujuan aku ke sini. Tentang tugasan aku menjejak Titus James, kegilaan aku terhadap Chelsea dan bagaimana rindunya rakyat Malaysia kepada Titus James ini membawa aku terbang jauh ke Perancis dari Itali, walaupun dekat-dekat raya Deepavali ni susah nak dapat tiket sebenarnya.

"Oooh..pahamlah saya kenapa abang datang ke sini. Tapikan bang, kenapalah agaknya Malaysia selalu jek abaikan pemain berbakat yang main luar daripada Liga M? Ape hebat sangat ke Liga Malaysia tu? Tengok macam Wan Kuzain Wan Kamal, sekarang ni dah wakil USA bawah 17 tahun. Tak rasa ralat ke terlepas pemain berbakat macam ni?"

Satu soalan dari Marlett yang seakan-akan cuba bermain dengan emosi aku. Aku beristighfar bertalu-talu sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muda ini. Dengan semangat yang padu, aku lontarkan senyuman semanis tebu sambil menjawab.

"Dulu tahun 2005 kita dah panggil Titus berlatih di bawah bimbingan Bertalan Bicskei. Tapi masa ni dia tak cergas. Masa 2008 pulak, dia tidak menjawab panggilan Sathianathan untuk bermain menentang Chelsea atas alasan permit kerja. Jadi sebenarnya memang sudah ada usaha untuk membawa pulang Titus James ni. Cuma masanya sahaja belum tahu." - kemas aku melontarkan jawapan kepada Steve Marlett.

“Sebenarnya kitorang dekat Perancis ni pun tak berapa berkenan kalau Titus main untuk Malaysia. Bukannya ada faedah pun. Rosaklah reputasi pemain sehebat Titus kalau turun bermain untuk negara yang berkedudukan di tangga ke-160 FIFA. Kami semua dekat Perancis ni kira berterima kasih jugalah sebenarnya pada Malaysia sebab melahirkan bakat sehebat Titus. Meriah sikit liga kitorang”

Tidak mahu bertekak panjang, aku pun meminta arah jalan menuju ke rumah Titus James. Dari Marlett aku diberikan petunjuk ke rumah keluarga Titus. Belok kanan, belok kiri, jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, semua ada. Sebelum aku beredar Marlett sempat bertanya soalan cepu mas.

“Bro, bila Malaysia nak layak ke Piala Dunia?”

Aku memilih untuk berdiam diri. Soalan macam tu biarlah FAM yang jawab.

Selepas beberapa minit berjalan dan beberapa batang rokok dihabiskan. Eh, maksud aku orang lain di tepi jalan yang aku ternampak hisap rokok, aku tak hisap rokok, akhirnya aku tiba juga di rumah Titus James.

Aku lihat habis basah baju aku dengan peluh. Berpeluh itu memang satu nikmat, tapi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengenai wajahku ini lebih memberi nikmat kepadaku.

Aku lihat jam di tanganku. Tepat jam 4 petang aku tiba di hadapan rumah Titus James. Aku menunggu di luar dengan penuh mantap. Titus melangkah keluar dari rumahnya dengan sebuah senyuman manis dilontarkan kepadaku.

"Jemputlah masuk. Makanan dah lama terhidang"

Ramahnya Titus James umpama sudah bertahun mengenali diri ini. Aku melangkah penuh tertib ke dalam rumahnya. Di dalam hati aku masih lagi berharap agar susuk ini pulang berbakti kepada negara satu hari nanti.

TAMAT.
 
Nota: Selamat Hari Besday Soltan Bola. Tahniah pada Datuk Jamal dan Datuk Rossa. Kahkahkah...

From Brazil With Love: Fiksyen Piala Dunia 2014



Selepas mengetahui secara rasmi 21 buah pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014. Aku dijemput oleh 2 orang lagenda bola sepak dan juga rakan sepermainan aku untuk minum petang di sebuah restoran terkemuka di Itali sana. Aku agak terkejut. Tetapi aku cuba tenangkan diri apabila aku membaca pesanan yang tertera di telefon pintar aku ini.

"Minggu depan teman belikan kome 2 teket kapal terobang. Kome datang sini tau. Lama bebenor tak berborak dengan mengkome pasal bola."

Rileks jek Roberto Baggio me-whatsapp aku. Itu memang dah perangai dia sejak azali lagi. Rileksnya perangai Baggio ni sampaikan sepakan penalti dia pun sengaja disepak tinggi melangit ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1994. Siapa yang boleh melupakan kejadian super pilu tersebut?

'The Divine Ponytail' ini juga kata yang Paolo Maldini pun nak lepak sekali nanti. Aku akur dan tidak banyak membantah. Lagipun memang dah lama tak lepak buang masa dengan depa semua.

Aku nak bawak siapa pergi Itali ni? Takkan nak bawak makwe muda? Aaaah...bukankah aku seorang lelaki merangkap suami dan bapa yang soleh. Masakan aku mempunyai makwe yang muda. Ketika ini, aku hanya terbayangkan satu susuk sahaja. Taruddin.

Sampai di Itali, aku duduk makan spaghetti dengan Roberto Baggio dan seorang lagi lagenda The Azzurri, Paolo Maldini. Aku memesan minuman halal, sebotol coke tanpa alkhohol.

Turut serta ialah Taruddin, kutu yang aku pilih untuk dibawa ke Itali. Dia betul-betul bernasib baik sebab aku teragak nak ajak dia sekali. Bukan main gembira si Taruddin. Sampai berbuih mulut beliau kegembiraan.

Sambil makan, Maldini membuka mulut memulakan bicara.

“Aku fikir pasukan Bosnia sangat bertuah kerana telah layak ke Piala Dunia tahun depan .,”

Baggio meletakkan sudu dan garfu. Aku dan Taruddin hanya terdiam. Muka tegas Roberto Baggio tajam merenung mata kami berdua secara bergilir-gilir. Kemudian dia mengalihkan pandangan matanya ke arah Maldini pula.
“Itu aku tau Dini...tapi yang hairannya negara depa baru saaaaat ja merdeka tahun 1992. Masa Bosnia perang dulu, Malaysia kelam kabut hantar askar pergi sana tolong. Entah apa depa buat dekat bola depa, tiba-tiba layak ke Piala Dunia 2014.,” - jawab Baggio pula.

Maldini kelam kabut menelan baki spagetti yang berada di dalam mulutnya. Tak sabar ingin menambah cerita. Gelojoh gila orang Itali ni. Komen aku sendiri di dalam hati.

"Macam Malaysia ni pulak, Merdeka saja dah dekat 56 tahun. Tapi jangankan Piala Dunia, bau Piala Asia pun masih samar-samar akibat dikerjakan oleh Presiden FAM dan orang bawahannya.," - pedih apabila aku mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Maldini itu.

Ketika ini aku hanya mampu terdiam seribu bahasa. Memang ada betulnya apa yang mereka berdua ini katakan. Aku cuba hafal sebaik mungkin kenyataan Baggio dan Maldini dalam kepala. Taruddin pula aku lihat sedang cuba hendak mengeluarkan buku nota merah jambu dan pen merah jambu dari poket baju beliau, cuba mencatat sesuatu. Aku menghalangnya dengan memijak kaki beliau. Perjanjian aku dengan kutu kacukan Portugis-Cina ini, hanya aku boleh buat laporan eksklusif perbincangan dengan Baggio dan Maldini. Dia hanya berstatus sebagai tukang eskot sahaja.

"Hadri, aku nak tanya hang satu benda. Itu hari ketua pasukan yang pakai nombor 8 masa lawan Bahrain tu memang pemain terhebat yang negara kamu ada ke? Kenapa aku tengok dia main sangat teruk? Dia macam tak tahu tugas dia adalah memegang bola dengan tenang dan set tempo permainan.,"- sambil tersengih Maldini merenung aku, seolah-olah meletakkan cabaran berbentuk soalan kepada aku.
Taruddin di sebelah aku buat muka manja seperti mengejek kepada aku. Menyampah pulak aku tengok. Ikutkan hati memang aku nak tumbuk muka Taruddin dengan kedua belah tangan aku. Tapi kami ditempat orang. Tidak manis kalau kami tunjuk budaya buruk depan Maldini dan Baggio. Aku kuatkan iman sambil cuba baca zikir penenang.

“Kita tidak boleh bandingkan pemain Malaysia dengan pemain Itali Dini..Bagi aku kelas mereka sangat jauh berbeza. Kebanyakan pemain Itali telah menunjukkan diri mereka sebagai seorang pemain bola sepak yang kuat dan cemerlang dalam permainan berpasukan sejak berdekad lamanya . Bagi aku Malaysia harus segera mencari bakat baru dan berhenti daripada mengamalkan prinsip kronisme dalam memilih barisan pemain yang hendak mewakili negara.," - tegas aku dengan penuh bergaya, tidak mahu terperangkap dengan provokasi dari Maldini.

Aku berbisik dengan nada keras menyuruh Taruddin makan tembikai susu yang ada di atas meja. Dia akur sahaja mendegar arahanku. Mungkin barangkali bimbang ditumbuk di halkum sekali lagi.

Roberto Baggio lantas menyalakan sebatang rokok Nazionali. Rokok tersebut disedut dalam-dalam. Kemudian dia pun menghembuskan asap berkepul-kepul dari mulut dan hidungnya dengan penuh nikmat. Sampai terpejam mata beliau menikmati aroma asap membunuh tersebut. Aku biarkan Baggio menyambung hujahnya pula.

"Aku rasalah..pasukan bola Malaysia sekarang dah makin nazak. Bosnia yang baru merdeka tahun 1992 dah layak ke Piala Dunia. Iceland yang sebahagian besar daripada negaranya diliputi ais pun mungkin boleh layak ke Piala Dunia. Apa lagi alasan untuk Malaysia tidak layak ke Piala Dunia? Negara tidak aman? Negara kelaparan? Tiada stadium?.," - semakin serius Baggio aku lihat petang ini.

Maldini diam seketika. Aku pula memikirkan kata-kata dari Baggio tadi. ‘pasukan bola Malaysia sekarang dah makin nazak’. Tinggi makrifat ayat Baggio ini. Memang susah kalau tidak pandai bahasa Itali dan terpaksa guna Google translate.

Maldini aku lihat masih diam. Taruddin pula menghabiskan hirisan tembikai susu yang terakhir, menikamnya dengan garfu yang tajam. Tapi mungkin tidak setajam pasukan Itali bak kata Maldini.

“Jangan risau wahai rakyat Malaysia. Usai sahaja Soltan Bola letak jawatan. Bola sepak Malaysia akan kembali cemerlang dan gemilang,”

Maldini tiba-tiba bangun dan bersuara penuh yakin. Roberto Baggio tersenyum manis, aku sekali lagi terdiam sementara Taruddin pula hanya memegang garfu.

Dengan kata semangat itu, aku yakin satu hari nanti selepas tamat era pemerintahan Soltan Bola, kita boleh melihat pasukan Harimau Malaya bermain di Piala Dunia. Cuma soalnya bila?

Taruddin pula awal-awal lagi dah pesan. Kalau jadi pergi Brazil tahun depan, dia nak ikut. Aku pasrah.

Kah..kah..kah..sudah la. Tak larat aku nak menipu pagi-pagi ni.

TAMAT
 
Nota: Selamat Hari Besday SOltan Bola.


Tuesday, October 22, 2013

My Team 2013



Walaupun masih lagi berbaki 3 perlawanan dalam Liga Malaysia musim ini. Namun senarai kesebelasan utama terbaik musim ini telah pun berjaya saya kumpulkan. Setiap individu ada senarai pemain terbaik masing-masing. Dan ini adalah pilihan saya berdasarkan aksi di dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

My Team 2013 ini tidak termasuk pemain import dan Lions XII. Taktik yang akan saya gunakan ialah 3-5-2. Dah, tidak perlu rasanya saya menulis panjang lebar. Berikut adalah senarai pemain terbaik 2013 Liga Malaysia mengikut pengamatan dan kajian peribadi saya. 
 
Penjaga Gol


Al-Hafiz Hamzah
  • Jika tidak salah, rasanya Zamir Selamat adalah penjaga gol utama JDT. Namun selepas hanya 2 perlawanan liga yang tidak cemerlang, tempatnya telah di ambil alih oleh Al-Hafiz Hamzah. Bermula dari itu, Al-Hafiz Hamzah terus menjadi pilihan pertama Fandi Ahmad. Jika beliau mempunyai barisan pemain pertahanan yang mantap, sudah pasti rekodnya akan lebih cemerlang. Ketiadaannya paling dirasai apabila JDT tewas 6-1 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia.


Pertahanan

Nik Shahrul Azim
  • Buat masa ini beliau adalah pemain pertahanan  muda yang terbaik dalam negara selain Fahdli Shas. Boleh bermain di mana sahaja posisi di bahagian pertahanan sama ada kiri, kanan mahupaun tengah. Fleksibeliti yang dimiliki beliau ini memudahkan dirinya menjadi pilihan automatik jurulatih sekiranya rakan pertahanan yang lain mengalami kecederaan.

Amirizwan Taj
  • Mungkin ramai yang tidak menggemari corak permainan beliau. Tetapi secara peribadi saya amat meminati stail pemain ini. Gemar naik ke atas dan berani melakukan serangan menyerlahkan ciri-ciri pertahanan zaman moden. Corak permainan yang berbeza daripada tipikal pertahanan yang bermain dalam Liga Malaysia.

Razman Roslan
  • Penjenamaan semula yang berjaya daripada Dollah Salleh. Di Pahang dia bermain sebagai bek tengah. Konsisten dan lebih tenang seiring dengan kematangan usianya. Musim ini adalah milik beliau. 


Tengah

Junior Eldstal
  • Akhirnya kita memilik pemain yang berfizikal antarabangsa. Walaupun agak perlahan, tetapi beliau sering melakukan kerjanya di bahagian tengah dengan sempurna. Mungkin musim depan dia akan menjadi semakin matang apabila Sarawak bermain dalam Liga Super yang lebih mencabar daripada Liga Perdana.

Badri Radzi
  • Apa lagi yang perlu dikatakan mengenai pemain ini? Konsisten sejak 4 tahun yang lalu. Dan secara konsisten juga tidak berjaya menembusi pasukan kebangsaan Malaysia. Kehebatan dia ni tak perlu saya ceritakan lebih lanjut. Semua orang dah tahu.

Amirul Hadi
  • Satu lagi produk kejayaan penjenamaan semula dari Dollah Salleh. Beraksi bagaikan remaja 21 tahun. terbukti pertukaran posisi daripada sayap kanan kepada pemain tengah amat berbaloi untuk dirinya. Musim ini merupakan antara yang terbaik buat dirinya.

Sayap

Azwan Roya
  • Awe melakukan tugasnya dengan cemerlang di JDT. Namun sayangnya tiada sokongan yang jitu daripada pemain yang lain. Ketika di awal musim, Awe jelas amat serasi apabila dipadankan bersama Guiza dan Mat Yo dibahagian depan JDT. Cuma terlalu banyak perlawanan yang seakan-akan beliau seperti bermain bola sepak seorang diri.

Nor Farhan
  • Berada pada kelasnya yang tersendiri. Tajam apabila berada di depan gol. Yang ini pun aku malas nak cerita panjang. Siapa yang nengok Liga Malaysia musim ini mesti tahu betapa hebatnya pemain ini.

Penyerang

Norshahrul Idlan
  • Mat Yo masih lagi yang terbaik di Malaysia. Itulah kenyataan yang pahit tapi wajar ditelan dengan redha. Walaupun tidak sehebat dulu, tetapi aksinya masih lagi berbisa. Dan apabila bola berada di kakinya, beterabur pertahanan lawan cuba menumpaskan beliau. 


Amri Yahyah
  • Tua dan masih mantap. Setia bersama Selangor. Jelas pemakanan tempe yang konsisten banyak membantu beliau mengekalkan stamina sehingga pada usia begini. Lebih layak bermain untuk Malaysia berbanding Abang Jalal.


Simpanan
 
Khairul Fahmi
Aidil Zafuan
Mahali Jasuli
Nazmi Faiz
Azamuddin Akil

UEFA Champions League 2013/2014: FC Schalke 04 vs Chelsea



October 23, 2013 2:45 AM MYT
Veltins-Arena — Gelsenkirchen
Referee:‬ V. Kassai‎


 
Semalam aku lepak dengan Ramli. Ramli ni seorang peminat sukan bola sepak nombor satu. Dan kelab luar yang dia sokong ialah Chelsea. Dia mula layan Chelsea sejak zaman Glen Hoddle lagi katanya. Handal tak handal Ramli ni, semua pemain Chelsea masa tu dia kenal nama.
 
"Aku yakin Chelsea menang pagi nanti. Walaupun Ashley Cole dan Andre Schurrle belum confirm main. Tetapi bertemu dengan Shalke 04 yang ketika ini yang tidak stabil dalam Bundesliga, adalah peluang terbaik untuk kita mengutip 3 mata kau tahu?"
 
Sambil mengunyah biskut merrie, aku menghirup tenang teh'O nipis kedai nasik lemak janda Lopa. Tersenyum manis mendengar keyakinan yang diluahkan Ramli. Betul apa yang Ramli cakap tu. Schalke 04 kini berada di tangga ke-5 Bundesliga dengan rekod 4 menang, 2 seri dan 3 kalah. Jika nak dibandingkan dengan Chelsea yang power ni memang tak sepadan langsung.
 
"Kau tengok masa Chelsea laukkan Cardiff Sabtu lepas. Bukan main hebat lagi depa semua main. Walaupun ketinggalan seawal minit ke-10, tetapi dengan semangat juang yang tinggi, menjadikan Chelsea pasukan teragung ketika ini. Inilah comeback sebenar."
 
Sekali lagi aku bersetuju dengan pendapat Ramli. Kalau diikutkan hati, memang aku rasa macam nak pergi Stamford Bridge jek masa tuh. Apa barang tengok kat rumah? Makcik-makcik je yang tengok bola kat rumah sambil lipat kain. Itu pun ada jenis anak yang tak reti bahasa, orang nak tengok bola dia boleh alih siaran nak tengok Akademi Fantasia.
 
"Kau jangan risaulah..Walaupun Mourinho kena denda dengan FA England, itu semua takkan memberi kesan kepada moral pasukan pagi ini. Aku jangka John Terry akan turun main pagi ni. Cuma pasangan dia masih belum muktamad lagi. Sama ada Luiz ataupun Cahill. Tapi sesiapun yang main nanti perlu berjuang untuk merampas 3 mata dari Schalke 04"
 
Dengan keyakinan Ramli seperti ini, aku yakin Chelsea akan menang. Paling kurang pun 2-0. Huh!!
 

Sunday, October 20, 2013

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: KELANTAN vs ATM



Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Kedua
25 Oktober 2013 (Jumaat)

Secara tulus ikhlas dari hati yang suci ini, aku memang mahu Kelantan menang. Kenapa? Pasal kalau Kelantan menang Piala Malaysia lagi musim ini, sekurang-kurangnya kita boleh dengar cerita penglipurlara baru dari peminat mereka. Ini dah setahun aku dengar "kami dah menang treble lah musim lepas!!" dan "kitorang menang treble bergaya macam dinasti Qin". Bosan kau tahu? Bosan tahap perlawanan JDT menentang JFA. 

Nampak gayanya The Battle of Kota Bharu Jumaat ini pasti meletop. Kalau Kelantan menang, impian ATM untuk memenangi Piala Malaysia sekali lagi hancur di tangan pasukan yang sama seperti musim lepas. Pada waktu yang sama Annuar Musa akhirnya berjaya "menolak Kelantan dari tenggekkan senggama mereka".

Kekalahan ATM 1-2 di Selayang ibarat petanda awal badai kedua yang bakal melanda mereka di Kota Bharu pula. Seperti awan hitam yang kelihatan jauh di ufuk, perlahan-lahan hampir untuk menyelimuti ATM dalam kegelapan. Pada saat yang getir ini, ATM perlu berjuang sekuat mungkin umpama melawan Durjana Sulu di Lahad Datu.

Aksi perlawanan pertama memperlihatkan tiupan angin deras mirip sebelum melandanya badai. Takdir seperti bergurau, ibarat memberitahu imbangan kekuasaan akan berpindah dari Selayang ke Kota Bharu. Seawal minit ke-15, Kelantan sudah di depan, namun ATM dilegakan dengan jaringan penyamaan dari Jayaseelan. Tetapi Nor Farhan tampil memberikan kembali kelebihan kepada Kelantan pada minit ke-78.

Untuk seketika Sathianathan, pengurus ATM, kelihatan bakal berakhir dengan kegagalan. Timbal balik di Stadium keramat Kelantan seakan menidakkan peluang mereka untuk bangkit. Ketika inilah sentuhan ajaib Sathianathan ditagih untuk di adun sebati inti roti dengan barisan pemain terbaik mereka seperti Hairuddin Omar, Marlon Alex dan Martelotto.

Pada kali ini juga aku tidak mahu meneka jumlah gol yang akan mereka jaringkan. Dikhuatiri ada yang akan berkecil hati. Tetapi jika diambil kira prestasi semasa Indra Putra, Badri Radzi, Nor Farhan dan tidak ketinggalan Dickson, kita seakan sudah boleh mengagak siapa yang akan bertemu Pahang di perlawanan akhir nanti. 

Saturday, October 19, 2013

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: SARAWAK vs PAHANG



Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Kedua
26 Oktober 2013 (Sabtu).

Aku suka lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz. Hafiz anak jati negeri Sarawak dan lagu-lagu beliau memang mahakarya contohnya seperti Awan Nano, Masih Jelas dan Ku Akui. Siapa yang tak suka Bahagiamu Deritaku  atau Hafiz memang tak layak baca Mata Pena Si Hitam.

Sarawak sebuah pasukan negeri yang hebat, macam Hafiz dan itu tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan Pahang yang begitu berbangga dengan adanya Siti Nurhaliza. Tapi kekuasaan dan kehebatan itu tidak akan kekal selama-lamanya. Ini kerana Kelantan memiliki Neelofa sebagai senjata pembunuh yang sedang menanti sama ada Sarawak mahupun Pahang di perlawanan akhir.

14 tahun lamanya selepas kali terakhir Sarawak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kini apa yang pasti, ada sinar di hujung terowong. Mereka telah melalui satu musim tanpa kalah di Liga Perdana. Dan ia wajar diakhiri dengan penuh kelas - menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2013.

Setiap ruang vakum kelemahan ketika tewas 3-1 di Darul Makmur wajib diisi. Sudah masanya Sarawak bangkit dan menjadi kuasa dominan bola sepak Malaysia. Apa lagi yang mahu ditunggu?

Hari Sabtu ini fokus kita semua bakal bertumpu ke Stadium Negeri Sarawak dalam apa yang boleh dikatakan sebagai ujian paling getir buat Pahang. Ya, Pahang perlu bermati-matian untuk mempertahankan kelebihan 2 gol mereka.

Menang dan prospek menewaskan Pahang agak cerah sekiranya Sarawak beroleh 2 gol awal dan seterusnya mengikat kedudukan menjadi 3-3. Tetapi jika kalah walaupun 1-0, kemungkinan besar Pahang akan mara ke akhir dengan selesa.

Pahang mungkin berada dalam musim terburuk mereka. Itupun sekiranya persembahan bertenaga mereka di awal musim tidak di ambil kira. Tapi mereka yang kaki bangku dan otak tepu saja akan menganggap Pahang ialah kari ayam yang enak dibedal. 

Pahang akan bermain habis-habisan Sabtu ini. Sama seperti tahun 1992 apabila mereka menundukkan Kedah biarpun risikonya beraksi di Sarawak amat tinggi. Tok Gajah adalah pasukan tradisi yang kaya dengan sejarah silam. Mereka perlu menjaga prestij dan kejantanan mereka, tetapi bukannya dengan melondeh seluar kepada Sarawak agar rekod mereka tidak lebur begitu sahaja. Pahang perlu menang agar Soltan Bola boleh terus berkuasa.

Untuk sekali ini, aku tidak letakkan sebarang ramalan mahupun tilikan. Sebab ramai yang tidak gemarkan 'prediciton' ketika berbicara hal bola sepak. Kita tengok sajalah perlawanan hari Sabtu nanti.

Friday, October 18, 2013

Berita FA Selangor.

 
 
Aku mendapat berita terkini perihal FA Selangor (FAS) yang khabarnya mereka telah membuat permohonan rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah peruntukan tahun hadapan. Permohonan telah dibuat semasa mesyuarat jawatan kuasa pro-league selangor malam tadi melalui wakil Menteri Besar Selangor, yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut.
 
FAS memohon penambahan sebanyak RM3 juta dari jumlah  RM7.5 juta yang diberi oleh kerajaan negeri sebelum ini. Jika penambahan diluluskan, dengan jumlah rm10.5 juta, FAS yakin dapat membentuk pasukan super league yang mantap, selain daripada hal-hal development.
 
FAS juga khabarnya telah menerima laporan post mortem dari kesemua jurulatih mengenai kegagalan memenangi sebarang piala tahun ini. Pada masa yang sama, FAS sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan pihak swasta bagi liga musim hadapan. Difahamkan juga, FAS sedang menyelesaikan perihal 'kedudukan' pemain-pemain yang masih berminat untuk kekal di Selangor dan juga penolong-penolong jurulatih. selain itu, khabarnya, FAS ada perancangan tersendiri dalam menambah dana persatuan. Semuanya akan diketahui hujung tahun ini.

Wednesday, October 16, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014



7 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014. Kini 21 pasukan dengan rasminya akan bertanding di kejohanan yang berprestij tersebut. Malangnya ia tanpa kehadiran pasukan Harimau Malaya. Sayu rasanya di hati ini. Ada 11 lagi tempat yang perlu direbutkan. Dibawah ini senarai pasukan yang berjaya layak malam tadi dan juga pagi ini.


Russia

Menjuarai kumpulan F dengan mengumpul 22 mata meninggalkan pasukan Portugal di tempat kedua (21 mata). Ini adalah penampilan ke-10 mereka. Kali terakhir muncul pada tahun 2002. Pencapaian terbaik mereka ialah di tempat ke-4 pada tahun 1966.

Bosnia and Herzegovina
Negara yang  merdeka pada tahun 1992 ini berjaya melayakkan diri buat kali pertama dalam Piala Dunia selepas menjuarai kumpulan G. Gol jaringan Vedad Ibisevic telah membawa mereka ke Brazil tahun depan. Walaupun berkongsi jumlah mata dengan pasukan Greece, namum kelebihan jaringan ternyata berpihak kepada mereka (30 gol).

England

Setelah melalui satu kempen yang kurang konsisten, England akhirnya layak apabila menjuarai kumpulan H. Ini memberikan mereka penampilan ke-14 untuk bekas Juara Piala Dunia 1966. 

Spain

Penyandang juara seperti yang diramal berjaya meletakkan diri mereka ke Brazil tahun depan. Penampilan yang ke-14 ini bolehlah dikatakan agak susah untuk direalisasikan kerana mereka terpaksa menunggu sehingga hari yang terakhir.

Chile

Chile layak buat kali kedua berturut-turut  selepas kehadiran mereka yang menggemparkan pada edisi 1998. Pada edisi 2010, pasukan mereka masih muda. Namun kali ini mereka sudah cukup matang dan bersedia memberikan senyuman manis kepada Ivan Zamorano dan Marcelo Salas. 

Ecuador

Ini adalah penampilan yang ketiga untuk Ecuador. Pencapaian terbaik mereka adalah pada tahun 2006 apabila layak ke pusingan-16 pasukan terakhir. Mereka layak setelah hanya mendahului Uruguay dengan perbezaan jaringan sahaja.

Honduras

Ini juga adalah penampilan ketiga buat Honduras. Hanya berjaya menempatkan diri di peringkat kumpulan sahaja pada edisi tahun 1982 dan 2010. Selamat berjaya buat Honduras!!!

  
8 pasukan dari benua Eropah akan diundi dan bermain menentang sesama mereka pada 15 dan 19 November 2013 untuk mencari 4 lagi pasukan yang akan bermain di Brazil tahun depan.
  • Portugal 
  • Greece
  • Croatia
  • Ukraine
  • France
  • Sweden
  • Romania
  • Iceland


Manakala 2 pasukan lagi akan ditentukan peluang mereka seperti dibawah ini,

1st leg: 13–14 Nov 2013
2nd leg: 20 Nov 2013

AFC 5th place vs CONMEBOL 5th place | Jordan vs Uruguay

CONCACAF 4th place v OFC winner | Mexico vs New Zealand

Tuesday, October 15, 2013

Malaysia 1 - Bahrain 1: Analisis Pemain Malaysia.



1. 20 minit pertama dikuasai pasukan Bahrain. 

2. 20 minit pertama jugalah pemain Malaysia bergembira sesama mereka.

3. Pemain nombor 8 Malaysia sangat teruk. Rutin beliau ketika bersama kelab dan negara.

4. Pemain nombor 8 ini juga tidak tahu tugas dia adalah memegang bola dengan tenang dan set tempo permainan.

5. Kunanlan lebih banyak memiliki bola berbanding pemain nombor 8 yang bermain di posisi central midfielder.

6. K. Reuben berkongsi otak dengan Rajagobal. Jadi dia tidak boleh berfikir banyak.

7. Ini menyebabkan Alex Akil seperti seorang pejuang individu di atas padang. Kami rindukan Abang Jalal.

8. Rehat separuh masa, Nazab Hidzan mula mengomel macamlah masa muda dia sehebat Edgar Davids.

9. Selepas 20 minit separuh masa kedua, Alex Akil mula terikut-ikut dengan penyakit K. Reuben.

10.Kini dua pemain yang tidak berotak bermain bersama di sebelah kanan. Rajagopal masih tenang.

11.Alex dikeluarkan pada minit ke-74 (Nazrin Nawi). Bukti pemain Pahang adalah masalah utama dalam skuad Harimau Malaya.

12.Fakri Saarani masuk pada minit ke-85 (Kunanlan). Ketika peminat mahukan gol kemenangan secara tiba tiba Rajagobal memasukkan Fakri. Rajagopal cuba menjadikan dirinya nampak sedikit cerdik.

13.Fitri Omar masuk menggantikan Asrar bagi melengkapkan kuota 3 pertukaran pemain.

14.Tamat permainan 1-1. Seminggu la kita terpaksa dengar Rajagopal mendabik dada.


Prebiu Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia vs Bahrain




Kalau mengikut kajian si bijak pandai. Secara matematiknya amat mudah untuk menjangka keputusan perlawanan ini. Dengan keadaan semasa prestasi pasukan bola Malaysia ini, tidak mustahil untuk melihat skuad Harimau Malaya tewas dengan jaringan besar, 0-5 sebagai contoh. 


Malam ni ramai yang bercadang untuk menonton perlawanan ini secara serius. Selepas itu, bersedia nak kutuk juga secara serius. Mungkin ramai yang sudah tidak sabar untuk mengutuk corak permainan Safiq Rahim. Mungkin juga ada yang sudah mula membasahkan bibir dengan caci maki untuk dihadiahkan kepada Rajagopal kelak.

Namun apa yang penting ialah....Menang kita puji, kalah kita maki. Tapi sokong tetap sokong. Ayuh Malaysia.

Saturday, October 12, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014

Lukaku


Tanggal 11 Oktober 2013, sebanyak 4 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014. Jerman, Belgium, Switzerland dan Colombia mengiringi  Brazil, Jepun, Australia, Iran, Belanda, Itali, United States, Costa Rica, Korea Selatan serta Argentina.

Belgium kembali menjengah pentas Piala Dunia selepas kali terakhir layak 12 tahun lalu. Dua gol dari Lukaku ketika menewaskan Croatia 2-1 di tempat lawan membuktikan pasukan ini memang berhak berada dalam 'top 5' pasukan pilihan Piala Dunia 2014. Berikut adalah rekod pasukan Belgium dalam kempen Piala Dunia yang lepas.

1st round  - 1930, 1934, 1938, 1954, 1970, 1998
2nd round - 1982, 1990, 1994, 2002
Quater Final - N/A
Semi Final - 1986
Withdrew - 1950
Do Not Qualify - 1958, 1962, 1966, 1974, 1978, 2006, 2010


Seperti yang dijangka, pasukan Jerman juga berjaya menempatkan diri dalam kejohanan ini tahun depan selepas dengan jayanya menewaskan Ireland 3-0 hasil jaringan Sami Khedira, Andre Schurrle dan Mesut Ozil. Apa yang jelas di sini ialah, aksi cemerlang mereka ketika bersama pasukan kelab berjaya diterjemahkan pula apbila turun mewakili pasukan kebangsaan mereka. 

Sementara itu, pasukan Switzerland menjadi negara Eropah ke-5 yang layak ke Piala Dunia 2014 setelah menang 2-1 ke atas Albania hasil gol daripada pemain Bayern Munich Xherdan Shaqiri dan Michael Lang. 

Bagi pasukan Colombia pula, mereka berjaya menjadi pasukan ke-3 dari Amerika Selatan yang layak ke Piala Dunia selepas mengikat pasukan Chile 3-3 dalam satu perlawanan yang penuh dramatik. Pasukan bimbingan Jose Pakerman ini ketinggalan 3 gol pada separuh masa pertama sebelum Teofilo Gutierrez dan Radamel Falcao (2 gol) menyelamatkan pasukan mereka. Berikut adalah senarai 14 pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014


TEAMCONFEDERATIONLAST APPEARANCEBEST PERFORMANCE
BrazilConmebol2010Winners
ArgentinaConmebol2010Winners
ColombiaConmebol1998Round of 16
NetherlandsUefa2010Runners-up
ItalyUefa2010Winners
BelgiumUefa2002Fourth place
GermanyUefa2010Winners
SwitzerlandUefa2010Quarter-finals
JapanAFC2010Round of 16
AustraliaAFC2010Round of 16
IranAFC2006Group stage
South KoreaAFC2010Fourth place
Costa RicaConcacaf2006Round of 16
USAConcacaf2010Third place

  

Sunday, October 6, 2013

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: ATM vs KELANTAN


Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Pertama
18 Oktober 2013 (Jumaat)  

Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Kedua
25 Oktober 2013 (Jumaat)


Saban tahun ketika Raya Haji memang musim yang agak sibuk dalam kancah Piala Malaysia. Mana dengan nak tangkap lembu buat korban, nak penuhkan peti ais dengan santan, nak bakar lemang lagi dengan nak berebut alat kawalan jauh TV sebab ayah nak tengok bola tapi anak pula nak tengok Akademi Fanstasia Raya Haji Special.

Namun jadual Raya yang padat ketika Raya Haji tidak pernah mengganggu fokus pemain ATM. Sangat bergaya ketika menyingkirkan Temasik bagaikan seekor rama-rama yang pantas hinggap pada kuntuman bunga ros lalu menyedut seluruh madunya.

Sejak dua tahun ini pasukan ATM memang amat merbahaya dan merupakan pasukan yang perlu dihormati oleh setiap lawannya. Jika tidak, lihatlah apa yang sudah terjadi kepada Lions XII. Lauk pauk untuk santapan Raya Haji.

Kelatan meneruskan kesinambungan tahun-tahun yang lepas apabila dengan bergaya menumpaskan JDT yang lemah itu. Desas-desus yang dibawa oleh Bobo yang mengatakan kejayaan ini adalah hadiah Raya Haji daripada JDT hadiah adalah bohong semata-mata. Dah kalah tu terima je la. Luaskan Lubokmu.

Kelantan yang mencatat kemenangan bergaya 6-1 ke atas JDT dijangka akan kembali menampilkam aksi lebih bertenaga apabila berdepan ATM kelak. Dikson dan Obinna pula yang sudah insaf akan berjanji tidak akan mengeluarkan skil bola sepak tertingginya kerana perbuatan itu dianggap menghina pihak lawan. Nampaknya peminat bola sepak tempatan amat risau dengan perkembangan ini kerana ia akan memperlihatkan standard sebenar pemain tempatan.

Tetapi bagi aku mudah sahaja. Kalau Ronaldo dan Messi yang buat skill macam gitu mesti kamu orang kagum. Ini bila Awang Import yang buat kepada pemain tempatan kesayangan korang, bukan main marah lagi. Tidak professional lah, itulah inilah. Ahhhhhhhhhhh!!!!

Dengan kebengapan JDT, mungkin Kelantan tidak berdepan masalah besar. Tetapi lawan mereka kali ini adalah ATM, pasukan yang mereka tewaskan pada pentas akhir tahun lalu. Pertarungan yang sengit akan berlaku. Namun Kelantan akhirnya akan menewaskan ATM.

Ramalan: 1st Leg ATM 2-1 Kelantan | 2nd Leg Kelantan 3-1 ATM
Kelantan layak Aggregate 4-2.

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: PAHANG vs SARAWAK



Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Pertama
19 Oktober 2013 (Sabtu)

Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Kedua
26 Oktober 2013 (Sabtu)


Pahang seperti biasa layak ke separuh akhir dengan tenang dan membuktikan aku bukanlah pakar dalam meramal perihal keputusan perlawanan bola sepak yang berkaitan dengan pasukan Pahang. Aku meramal sekadar berdasarkan pemerhatian peribadi aku sahaja. Suka atau tidak, kadangkala ia memihak kepada kita, kadangkala tidak.

Tapi ini bukanlah hal yang sebenarnya ingin kita sembangkan. Kecintaan aku pada bola sepak itu adalah lebih penting dari segala hal. Kalau tak suka dengan ramalan dan cara penulisan aku, itu korang punya pasal. Prinsip aku yang bongkak ini akan tetap diteruskan.

Pahang menewaskan PKNS dengan penuh bergaya. Persembahan bertenaga daripada kesemua pemain Pahang membuktikan mereka adalah barisan terbaik yang pernah dimiliki Pahang selepas skuad Pahang 1992. Jika tidak menyerupai skuad 92 sekalipun, namun bayang-bayangnya masih tetap ada. 

Perlawanan selepas Raya Haji ini diharap tidak menjadi ujian besar buat pemain Pahang selepas beraya sakan dengan rendang kambing daging korban. Jika Pahang sedikit bernasib baik, pertemuan dengan Sarawak nanti akan menjadi makanan ruji sahaja buat anak buah Dollah Salleh. Secara keseluruhannya, untuk kekal dengan prestasi cemerlang sehingga penghujung tahun adalah pencapaian yang baik. Statistik menunjukkan bahawa pasukan yang berada di puncak pasca separuh akhir lazimnya bakal menjuarai Piala Malaysia.

Tapi itu hanya statistik.

Layaknya Sarawak ke peringkat separuh akhir pula adalah seperti yang aku jangkakan. Walaupun kurang meyakinkan ketika menewaskan Sime Darby, namun Sarawak masih gagah melayakkan diri. Korang tak perlu risau sebab aku takkan salah Taib Mahmud kalau Sarawak kalah kepada Pahang kelak. Sebab politik dan sukan tidak boleh dicampur adukkan kau tahu? Sukan adalah sukan. Politk sampah kita buang jauh-jauh. Itu pesan sang bijak pandai.

Lebih kurang 20 tahun jugak Ngap Sayot menyepi. Cuma sekarang ni peminat Bujang Senang agak bising sikit dengan harapan mereka untuk menjulang Piala Malaysia kembali cerah, sama cerah macam budak lelaki bawah umur yang hajatkan duit raya dari saudara mara ketika Hari Raya Korban.

Oleh itu, para peminat Bujang Senang bolehlah menyambut Raya Haji ini dengan penuh kesederhanaan tanpa perlu rasa bongkak kerana bab menewaskan Pahang ini sudah macam kebiasaan buat Sarawak, bukan macam JDT.

Tetapi aku meramalkan Pahang bakal menang 3-0 ke atas Sarawak di Darul Makmur dan kemudiannya tewas 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri.

Akhir kata, selamat menyembelih Lombu.

Ramalan: 1st Leg Pahang 3-0 Sarawak | 2nd Leg Sarawak 2-0 Pahang
Pahang layak Aggregate 3-2.

Friday, October 4, 2013

Musim Baru Akan Bermula Untuk Manchester United...Iaitu Pada Setiap Hujung Minggu.



Semua keputusan perlawanan mengikut landasan bookie-bookie EPL yang dah bertahun merancang. Mereka sangat bijak bistari. Percaturan mereka bukan calang-calang. Beratus juta pounds sterling punya strategi.

Manchester United  kalah.
Manchester City kalah.
Spurs seri (itupun Mourinho bagi muka pada bekas anak murid dia AVB)

Semua itu untuk menambah perisa EPL supaya lebih terbuka dan mendebarkan.

Arsenal menang?

Persatuan bookie-bookie sedunia yang berpusat di Temasik tidak pernah memasukkan Arsenal dalam senarai percaturan/pertaruhan mereka kerana mereka dan kaki judi semua sudah yakin, dipenghujung liga nanti Arsenal gerenti tempat ke-4 punya.

"We dun bet with kids" - tambah penjudi tegar, Sukeriey Nour.

Jadi, jangan seronok dulu Gooners semua.

Liverpool? Alamak....tak payahlah aku cerita dekat sini.