Wednesday, January 18, 2012

Player of the Week: Akmal Rizal

Akmal Rizal memberikan persembahan mantap setelah masuk selepas 30 minit permainan menggantikan penyerang muda Failee. Beliau menunjukan bahawa dia masih berbisa di hadapan gol.


Gol Pertama ini dijaringkan dengan cukup sempurna dari segi teknik dan skill. Dengan libasan betul2 ke sebelah kiri Farizal Marlias, berjaya memerangkap penjaga gol Negeri 9 itu. Tak ramai penyerang muda sekarang yang mempunyai kelas seperti ini. Pemain seperti Hairuddin Omar dan Indra Putra antara penyerang yang masa muda dulu agak2 sengal. Namun sekarang mereka seringkali menjaringkan gol-gol yang menarik yang membezakan antara penyerang "Tua Berlikat" dan "Muda Tahi Kuda". Kini Akmal Rizal pula menunjukkan cara-cara menjaringkan gol dengan sempurna.


Gol Kedua ini adalah 'On the run' gol yang paling dibenci oleh setiap penjaga gol. Seorang penyerang sepatutnya berani menjatuhkan diri dalam usaha mendapatkan gol. Jangan takut sekiranya baju anda kotor atau lutut bedarah. Izzaq Faris, Thamil Arasu dan Fakri Saarani wajar menonton video ini bekali-kali tanpa rasa jemu.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...