Sunday, January 22, 2012

Penyokong Penyangak Pemain Samseng.



Salam..minggu ini saye amat terganggu sedikit dengan isu-isu yang muncul dlam Liga Malaysia. Setiap minggu ada sahaja benda panas yang berlaku. Cukuplah dengan 'kecerdikan' FAM dan FA Negeri yang seringkali mengeluarkan 'statement' bijak pandai. Kini 'kecerdikan' itu pula menular pada diri pemain bolasepak dan penyokong pula. Maaflah kalau ade yang tersinggung.

Video di bawah ini adalah selepas Kedah tewas kepada Kelantan Jumaat lepas. Ya, kamu semua bole meminta KFA membuat perubahan. Namun ini bukan cara yang berhemah dan betul. Kenapa tak mahu gunakan Kelab Penyokong sebagai saluran?Ataupun kalau anda bijak lagi, sila boikot dan jangan pergi ke stadium selagi KFA tak mahu buat perubahan drastik (Stadium Darul Aman sentiasa penuh sebab tu KFA besar kepala). Sememangnya kita tahu Kedah pasukan yang hebat. Dan mungkin sebab itu mereka mahu keputusan yang baik secara segera walaupun liga baru berlansung 4 perlawanan.

Memenatkan...

Tapi ini tak ganas lagi..ade yang lagi ganas..semasa perlawanan antara Negeri Sembilan bertemu Felda United, berlaku satu lagi insiden yang tak sedap mata memandang. Video pertama ini menunjukan Hardi Jaafar dilayangkan kad merah kerana menyerang Effa. Ape yang berlaku sebenarnya pun kita tak tahu. Tapi menurut kenalan rapat Hardi Jaafar. Beliau kata yang si Effa ni ludah tangannya sebelum bersalaman dengan Hardi. Makanya Hardi pun mengamuk. Betul atau tak...ontahla...

Video 1:Ludahku warna hitam, kau mahu?
Ia belum tamat disitu apabila Hamsani Ahmad pula ingin menunjukan keperwiraan beliau dengan menyerang pemain Negri 9. Walaupun tak jelas tindakan beliau dalam video kat bawah ni. Tapi kita nampak kesannya selepas itu. Selepas beliau dilayangkan kad merah dan melalui tempat duduk penonton. Dengan selambanya beliau dihentam oleh objek apa entah dari penyokong Negeri 9.Hahahaha bengong..Muncul pula seorang lagi wira Felda United yang memanjat penghadang penonton dan mahu membalas semula kekejaman tersebut. Pergggh...macam filem perang sabil..aku langsung tak paham???

Video 2: King of fighter

Berakhirnya drama ini apabila penyokong Hobin Jang Hobin menunggu semua pemain Felda United di luar stadium. Ini mengingatkan aku kepada 'Baracuda dan Indonesia'.Korang bangga ke?Punyela kita berapi mengutuk perangai orang Indon, tapi tiba-tiba kita pulak yang buat perangai macam diorang. Mana belajar ni?Cameroon ka? Bak kata pepatah...'MUSUHNYA HABIS BINASO'..haaa rasekanlaaa...

Video 3: Perwira Jang menunggu mangsa

1 comment:

  1. pengambilan awang import adalah menafikan hak setiap player tempatan untuk beraksi. menafikan dari segi apa? dari segi penempatan posisi / dari segi pemain muda/baru menimba pengalaman di saingan liga tempatan. mungkin dari satu sudut ianya value bagi satu2 pasukan & kantung persatuan tetapi itu hanya dakyah sesat bagi mengaburi mata penyokong & rakyat. apa guna kalau menang sorak kampung tergadai. jika perlukan awang import boleh tetapi biarlah hanya 1 bagi setiap pasukan. itu adalah lebih adil & saksama bagi kesemua pehak.

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...