Friday, January 20, 2012

Preview Perlawanan Liga Super Week 4

Liga Super 4 Jan 20, 2012 (Jumaat)
Kedah v Kelantan 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar (Live Astro 801)

Semakin nipis rambut Wan Jamak

Kedah ketika ini masih dalam bahaya. Tanpa kelibat Wan Jamak di tepi padang, nampaknya pemain Kedah kelihatan terumbang-ambing. Kecederaan yg dialami Badrol Bahktiar pada awal musim membuatkan Kedah kehilangan pemimpim di dalam padang. Pemain import yang dibeli pula tidak menyumbangkan banyak impak kepada mereka. Kedah perlu bangkit segera sekiranya mahu memberi saingan kepada pasukan-pasukan yg lain.
 
Bagi Kelantan pula, kemarau 3 tahun tidak pernah menang di Alor Setar masih lagi menghantui mereka. Mungkin inilah masa paling sesuai untuk mengakhiri badi tersebut. Kelantan juga mempunyai masalah pemain import, namun pemain tempatan mereka masih mampu memacu Kelantan ke kedudukan kedua Liga Super. Mantap untuk semua posisi berbanding Kedah, perlawanan ini akan menjadi milik Kelantan walaupun bermain di Alor Setar.
 
Ramalan: Kedah 1 - Kelantan 4
 
Liga Super 4 Jan 21, 2012 (Sabtu)
Selangor v Sarawak 8.45mlm, Std Nasional, Bukit Jalil (Live RTM 1)

Pasukan Muda Sarawak ini masih belum benar2 menunjukan bisa. 2 kali kalah dan sekali menang merupakan pencapaian. Mereka menguasai permainan bertemu Terengganu selasa lepas,namun tewas jua dengan kemantapan T'ganu. Menjadi pelawat di Bukit Jalil pasti mengundang payah kepada S'wak yang mungkin kepenatan menaiki 'belon'.

Selangor pula tersentak apabila ditewaskan Felda di bawah panas terik mentari. Namun itu bukanla alasan, sebagai pemain Professional kita sepatutnya bersedia beraksi dalam apa jua kondisi. Masih mengharapkan Amri Yahyah yg semakin tua kerana import Mbele tidak dapat diturunkan akibat cedera dan mungkin akan digantikan sebelum tarikh perpindahan pemain import ditutup.

Ramalan: Selangor 2 - Sarawak 0

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...