Tuesday, January 17, 2012

Pemain Import Buat Kacau?

Salam..ramai yg teruja dgn kembalinya pemain import dlm kancah liga Malaysia. Namun saya secara peribadi tidak berapa selesa dgn keadaan ini. Amat jelas setelah seminggu liga bermula,isu2 yg dibawa pemian import lebih mendapat tumpuan. Sebagai contoh,Effa Owana.Aksi pertama beliau ketika pembukaan piala sumbangsih mmg amat menarik utk dilihat. Namun,perhatian yg terlebih dari media seolah-olah hanya dia sahaja yg bemain cemerlang utk negeri sembilan.Ini tidak adil utk pemain lain seperti Shaurain dan Kunalan. Pengulas tv juga kerap kali menyebut nama pemain import berbanding tempatan.Adakah mereka jakun?

Penyakit ini berulang lagi ketika N.9 bertemu Selangor. Ketika pengulas sukan sibuk menyebut nama Effa dan Ramesh,mereka tidak sedar yang sumbangan pemain tempatan sebenarnya lebih banyak memberi hasil. Sharurain berjaya mendapatkan penalti utk gol kedua N.9. Namun Effa pulok yang sibuk ambil penalti tersebut. Kemudiannya pasukan Selangor bangkit dengan dua gol hasil jaringan Amirulhadi dan Safiq Rahim. Jelas disini sebenarya pemain tempatan wajar diberikan kredit. Janganlah terlalu kerap ade 'double standard' ketika membuat ulasan.

Tahniah buat PKNS dan Johor FC yg beraksi mantap walaupun dengan tanpa kehadiran pemain import. Terengganu pula seolah2 sudah 'kiamat' setelah kalah kepada Perak dalam perlawanan pertama dengan jaringan Perak dihasilkan okeh pemain import juga iaitu Michel Kubala. Inilah kekurangan pasukan Perak musim lepas,iaitu ketiadaan senjata pembunuh yg mantap di bahagian hadapan.

Saya harap pemain tempatan berjaya bersaing dgn pemain import. Jangan jadi seperti S'pore yg terlalu bergantung pada pemain import mereka. Lihatlah hasilnya, mereka hanya mampu kalah dan seri pada 2 perlawanan awal dlm Liga Super. Kami tidak mahu diakhir musim nanti senarai penjaring terbanyak dikuasai pemain import sahaja...takbiiiiirrr...

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...