Thursday, January 26, 2012

Lagenda:Hakan Sukur



Hakan Sukur adalah legenda bolasepak bagi Galatasaray dan Turki. Peminat bola sepak Turki menggelar Sukur sebagai "Kral." Beliau adalah salah satu penyerang terbaik Eropah pada era penghujung 90-an. Sukur adalah pemegang rekod gol terpantas di Piala Dunia. Dia menjaringkan gol pada separuh masa kedua saat ke 10.8 ketika  menentang Korea Selatan, semasa perlawanan tempat ketiga di Piala Dunia 2002. Dia menjaringkan 38 gol dalam Piala UEFA sepanjang kerjayanya.


Sukur menyertai Galatasaray pada 1992. Dia menjaringkan 54 gol untuk Galatasaray. Dia berpindah ke Torino FC pada tahun 1995.Namun beliau menyertai semula Galatasaray untuk berkhidmat kali kedua pada tahun 1995. Dia bermain untuk Galatasaray sehingga tahun 2000. Mereka memenangi liga Turki pada tahun 1997, 1998, 1999 dan 2000. Dia juga menjuarai Piala Turki pada tahun 1996, 1999 dan 2000 dengan Galatasaray. Beliau menang Piala Raja pada tahun 1996 dan 1997 dengan Galatasaray. Sukur menjaringkan 119 gol semasa berkhidmat kali kedua untuk Galatasaray dalam 146 perlawanan sepanjang tempoh tersebut.


Beliau merupakan penjaring terbanyak dalam liga Turki pada tahun 1997, 1998 dan 1999.Dia memenangi Piala UEFA dengan Galatasaray pada 2000.Dia adalah penjaring terbanyak dalam Piala UEFA musim tersebut dengan 10 gol. Beliau berada di kedudukan yang kedua untuk kasut Emas Eropah pada tahun 1997 dengan 38 gol.


Beliau kemudiannya menyertai Internazionale pada tahun 2000.Dia berpindah pula ke Parma FC pada 2002.Beliau memenangi Copa Italia pada tahun 2002 dengan Parma. Beliau telah berkhidmat dengan kelab Inggeris, Blackburn Rovers pada musim 2002/2003. Akhirnya dia pulang ke Galatasaray pada tahun 2003 untuk khidmat kali terakhir beliau. Beliau memenangi liga Turki pada tahun 2006 dan 2008 dengan Galatasaray. Beliau memenangi Piala Turki pada tahun 2005. Dia menjaringkan 55 gol semasa bertugas dengan Galatasaray, yang berakhir pada tahun 2008.


Dia bermain untuk pasukan Turki di bawah-21 pada tahun 1993. Dia turut bermain untuk pasukan Olimpik, Turki di bawah-16 tahun serta pasukan Turki bawah-18 tahun. Turki memasuki suku akhir kejohanan Eropah pada tahun 2000.Walaupun beliau bergelut untuk mencari rentak pada tahun Piala Dunia 2002, namun Turki menduduki tempat ketiga dengan mengalahkan tuan rumah Korea Selatan. Dia menjaringkan gol terpantas dalam piala dunia semasa perlawanan itu. Dia turut menjaringkan 51 gol dalam 112 perlawanan sebelum dia bersara dari bola sepak Antarabangsa. Beliau pastinya akan dikenang di kalangan peminat bola sepak sebagai pemain Turki paling berjaya.


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...