Salam..sambil menunggu perlawanan ke-3 Liga Super malam ini. Dibawakan serba sedikit analisis khas (sementara aku ade masa). Kedua-dua perlawanan ini akan dibawakan secara langsung malam ini sekiranya tiada apa-apa aral melintang.
Perak lawan Negeri Sembilan Live di Astro Arena 801
Ramai yang melenting apabila televisyen sekali lagi mangambil perlawanan pasukan Negeri Sembilan untuk dibawakan secara langsung. Dah nama pun Nogori...WHY ALWAYS JANG??hahahaha...mungkin tarikan si hitam Effa tu menyebabkan tv semakin ghairah mengambil perlawanan melibatkan negeri sembilan.
Jang di posisi ke 2 dan masih tidak kalah pada saingan kali ini akan hadir di stadium mungkin sebagai pasukan pilihan. Ini kerana Perak hanya berada pada kedudukan ke 7 liga. Namun Perak agak kebal ketika bermain in Ipoh. Lihatlah bagaimana Perak menghuru-harakan T'ganu di perlawanan pertama. Sehingga T'ganu berkira-kira mahu menarik diri dari liga super gamaknya..
Paling dinantikan adalah aksi anak tempatan seperti Mahatdevan dan Rashid Mahmud dari negeri sembilan serta pemain import Perak, Michal Kubala. Dua pemain negeri sembilan di atas antara wira senyap yg tidak diendahkan oleh peminat dan pengkritik tempatan. Adakah Mahatdevan berjaya mengekalkan prestasi cemerlang beliau?Mampukah Perak menewaskan Negeri dgn hanya berharap pemain importnya mampu menjaringkan gol sekali lagi?
Ramalan: Seri 2-2.
PKNS FC lawan Kedah Live di RTM TV1
Pertemuan pasukan bawah liga ini mungkin akan sedikit membosankan. Sesuai dengan stesennya jugak. PKNS dengan tanpa pemain import adlah pasukan yang berjiwa tinggi. Wajar diberi sokongan tanpa berbelah bagi kerana semangat mereka utk bermain dalam Liga Super musim ini.
Fauzan Dzulkifli setakat ini menjaringkan dua gol semuanya menerusi sapakan penalti. Jangan pandang rendah PKNS ini. Lihatlah bagaimana Kelantan hampir dimalukan mereka pada perlawanan kedua.
Aksi misteri Fauzan Dzulkifli dari jarak jauh... |
Kedah pula wajar bangkit segera. FAM mesti gembira dengan keadaan ini kerana ketiadaan Wan Jamak jelas sedikit sebanyak memberi kesan pada aksi pemain Kedah di dalam padang. Sepatutnya pemain Kedah bermain mati-matian bagi membuktikan penggantungan Wan Jamak oleh FAM itu tak memberikan sedikit impak pun.
Ramalan: Kedah menang 3-1. (Fauzan Dzulkifli score penalti utk PKNS..hihihi)
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...