Saturday, January 7, 2012

Preview Piala Sumbangsih 2012:Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam...akhirnya tirai Liga M kembali menjengah kita.Dimulakan dgn perlawanan pembuka tirai Kelantan vs Negeri 9.Kelantan selaku juara Liga Super 2011,manakala Negri 9 sebagai juara Piala Malaysia 2011.Ternyata kehadiran pemain import dlm liga M adalah antara yg paling ditunggu.

Kelantan mempertaruhkan Mohd Ghaddar (27 penyerang, Lebanon), Antwi Dennis Agyare (18 penyerang, Ghana), Okine Emmanuel Ayaah (19, defensive midfielder Ghana), Zakaria Charara (tengah, Lebanon). Setakat ini aksi Mohd Ghaddar masih lagi belum benar2 meyakinkan. Namun Okine Emmanuel menunjukan sedikit keyakinan untuk beraksi pada tempo Liga M yg suam-suam kuku..hihi..Pastinya  Peter James Butler akan memilih gandingan terbaik untuk Mat Yo dan Piya bagi menghadapi Negeri 9 malam ini.

Bagi pasukan Negeri 9 pula..mereka pasti sentiasa yakin dengan slogan "Why Always Jang??".Ini kerana skuad Jang pastinya mempunyai elemen2 suprise setiap kali beraksi di Bukuit Jalil. Setelah kehilangan hampir suku daripada skuad utama yg beraksi di Final Piala Malaysia,pastinya peminat2 Jang ingin melihat percaturan Azrai Khor bagi meghadapi skuad Kelantan yg serba ampuh ini.

Walaupun tiada mata diberikan kepada pemenang pada malam ini,namun kedua-dua pasukan semestinya mahu mempamerkan kesungguhan dlam menambah koleksi piala dlm simpanan mereka.Milik siapakh Piala Sumbangsih pada tahun ini?Pasukan ramalan kami meramalkan Kelantan akan memennginya lagi utk kali kedua berturut-turut.Bagi peminat negeri 9 pula janganlah berkecil hati kerana ini hanyalah permulaan untuk musim ini.Semoga kedua pasukan menunjukan corak permaina yg menarik dan menghiburkan.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...