Wednesday, February 20, 2013

Chelsea:Kerja Amal Mengharumkan Nama England II




UEFA Europa League
Chelsea - Sparta Praha
February 22, 2013 4:05:00 AM


 
Alhamdulillah syukur...perlawanan pertama berjalan lancar. Kini Chelsea menanti dengan penuh sabar kehadiran Sparta Praha di gelanggang keramat Stamford Bridge.


Perlawanan ini bukan sekadar aksi pemanas badan menjelang kerja amal menjinakkan Manchester City Ahad ini. Ia adalah pertarungan yang sangat penting. Pentingnya perlawanan ini kepada peminat The Blues memang tidak perlu disebut lagi. Sama penting seperti kempen Barisan Nasional menjelang PRU 13 tahun ini. Bak kata pepatah, bagaikan hempedu dekat di hati. Kemenangan dan Chelsea memang tidak dapat dipisahkan lagi sejak dari dahulu lagi.


Tapi kepada peminat Liverpool, sila ambil perhatian bahawa hanya Chelsea saja yang mampu memenangi UEFA Europa Cup dan bukannya Spurs. Nak harap Rodger dan Villa Boas? Memang hampeh.


Jadi, berdasarkan pada keadaan semasa, aku ramalkan Chelsea menang  3-0. Tidak syak lagi.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...