Harimau Malaya kali ini mungkin tidak ada Safee Sali Yang Menonggeng, Wak Lan Talaha, Safiq Rahim atau Adik Nazmi Bieber Faiz yang menjadi pujaan ramai wanita. Tetapi untuk malam ini, bermain dengan membawa maruah seluruh umat Malaysia, Rajagopal tetap yakin, pasukan kebangsaan masih mantap dan 'power'. Saya telah memilih 4 orang pemain tonggak untuk misi berani mati Rajagopal kali ini. MENANG adalah HEBAT, KALAH adalah BANGANG.
Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat dinafikan seorang penjaga gol yang tangkas, cepat membaca arah bola, mempunyai lompatan yang tinggi, tangkapan yang kemas, tampanan bola yang baik serta mampu menafikan sepakan penalti. Jika anda tidak percaya dengan semua ciri-ciri ini, tanyakan sahaja kepada isteri beliau, Leuniey. Inilah puncanya Apeks menjadi pilihan utama di Kelantan. Ia terbukti berdasarkan peribahasa purba Kelantan yang ada menyebut bahawa 'Kelantan itu Apeks dan Apeks pula adalah Kelate'.
Ya sememangya Red Warriors tidak dapat dipisahkan dengan Apeks, ibarat aur dengan tebing. Anak jati Kelantan ini merupakan antara pemain dalam skuad Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki 2010. Namun kecewa pada edisi 2012 selepas hanya mampu membuat 1 penampilan sahaja. Mungkin bagi Apeks, the only country for him is Islamic Republic of Kelantan. Sebab itulah gadis Kelate juga yang menjadi pilihan hatinya. Namun malam ini beliau bakal melakukan tugas amal untuk Malaysia berdepan Qatar. Demi isteri tercinta yang sabar menanti di rumah, beliau sudah pasti sentiasa bersedia beraksi cemerlang untuk nusa dan bangsa!!!
Aidil Zafuan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pujaan Rita Rudaini, kini sudah mula memasang angan-angan untuk memancing bekas kekasih Nazmi Bieber Faiz. Pernah suatu ketika dahulu Arsene Wenger khabarnya terpesona dengan kepoweran Aidil Zafuan hingga hampir menandatangani pemain ini untuk Arsenal. Namun kecederaan 'hamstring' beliau telah menjadi penghalang.
Itu cerita tahun 2011 dulu ketika Lawatan Kelab BPL ke Asia pada 2011 di mana Malaysia berentap lawan Arsenal dan Liverpool. Ketika itu kerja Aidil Zafuan ialah mengekang Marouane Chamakh dan Andy Caroll. Jadi kerja-kerja mengekang pemain berbadan gergasi ini lebih kurang macam makan roti canai saja buat Aidil Zafuan. Berkemungkinan besar akan menggalas jawatan sebagai kapitan pada malam ini walaupun Rita Rudaini sudah lagi tiada di sisi.
Mohd Shakir Shaari
Pada suatu ketika dahulu beliau bukanlah pemain utama skuad Harimau Malaya. Rajagopal lebih berminat menggunakan Amar 'Pirlo' Rohidan berbanding Shakir. Tetapi ketika bermain untuk Kelantan lain pula ceritanya, Shakir adalah ibarat budu, tidak ada memang bukan Kelantan namanya. Namun, kini selepas ketiadaan pemain kesayangan Rajagopal itu, Shakir pasti diberi peluang kerana aksinya yang konsisten dalam membantu Kelantan menjuarai treble musim lepas.
Amar Rohidan sebelum ini lebih bernasib baik kerana aksinya dilihat sangat baik jika digandingkan dengan seorang lagi bangang kesayangan Rajagopal iaitu Safiq Rahim dalam kempen Piala AFF 2010 yang lepas. Tetapi pada edisi 2012, Shakir berjaya membuka mata Rajagopal yang selama ini buta dengan bakat yang dimiliki beliau. Kelebihan Shakir ialah terjahan kemas ala Tori Black, hantaran ‘killer’ kepada penyerang ibarat ulian tepung Farah Quinn, serta rajin dan dikenali sebagai ‘Gerrard versi Kelantan’
Amri Yahyah
Sejak bola sepak dimainkan di muka bumi ini, dunia kita hanya ada satu Amri Yahyah sahaja. Satu-satunya pemain bolasepak yang menumpaskan 2 penjaga gol Manchester United (Edwin van der Sar dan Ben Foster) dalam 90 minit permainan. Satu pencapaian yang hanya menjadi impian tidak kesampaian buat Adebayor atau Si Dubuk Liar bernama Didier Drogba.
Pemusnah Red Devils ini walaupun sudah agak berusia tetapi mempunyai pengalaman yang berharga menentang kelab-kelab EPL dan pasukan serantau Asia Tenggara. Mengamalkan pemakanan tempe secara sihat, tidak kiralah siapa gandingan beliau dengan malam ini sama ada Koji, KM ataupun Hadi Yahya, sudah pasti bakal menggentarkan pertahanan Qatar. Like they said in Tanjung Karang, you don't mess with tempe eater.
Ada beberapa lagi pemain yang perlu diberi perhatian sekiranya diturunkan seperti Farizal Marlias, penjaga gawang Perak, Si Barracuda Mahali Jasuli serta anak muda kelahiran Pekan, Fauzi Roslan a.k.a Koji. Ya, sekalipun Harimau Malaya kali ini kononnya tempang tanpa 10 pemain utama, tetapi skuad Harimau Malaya malam ini bukan juga calang-calang barisan. Perlawanan bermula pada 11.30 malam dan tidak mustahil akan ada siaran langsung. Marilah kita sama-sama doakan kejayaan mereka.
Apa? Tak ada cerita pasal Piya? Jangan tanya saya, tanya DIA!!!!
Ada beberapa lagi pemain yang perlu diberi perhatian sekiranya diturunkan seperti Farizal Marlias, penjaga gawang Perak, Si Barracuda Mahali Jasuli serta anak muda kelahiran Pekan, Fauzi Roslan a.k.a Koji. Ya, sekalipun Harimau Malaya kali ini kononnya tempang tanpa 10 pemain utama, tetapi skuad Harimau Malaya malam ini bukan juga calang-calang barisan. Perlawanan bermula pada 11.30 malam dan tidak mustahil akan ada siaran langsung. Marilah kita sama-sama doakan kejayaan mereka.
Apa? Tak ada cerita pasal Piya? Jangan tanya saya, tanya DIA!!!!
terbaikk
ReplyDelete