UEFA Champions League 2012/13 | |||
Round of 16 (1st leg) Februari 13, 2013 (Rabu) | |||
Celtic | vs | Juventus | |
Valencia | vs | Paris Saint-Germain | |
Februari 14, 2013 (Khamis) | |||
Shakhtar Donetsk | vs | Borussia Dortmund | |
Real Madrid | vs | Manchester United | |
Celtic vs Juventus
Celtic akan tampil dengan harapan ingin mengejutkan Juventus seprti mana mereka lakukan ke atas Barcelona. Namun masalah kecederaan pemain utama mereka seperti Georgios Samaras dan Emilio Izaguirre mungkin membataskan hasrat dalam pertemuan pertama di Celtic Park ini. Selain itu, pemain yang telah beraksi dalam Piala Afrika iaitu Efe Ambrose (Nigeria) juga sudah boleh disenaraikan serta James Forrest yang juga telah pulih daripada kecederaan Hamstring.
Juventus bakal bertemu pasukan yang bukannya ayam. Mereka akan mengahadapi Celtic yang kebal 21 perlawanan di tempat sendiri dalam kejohanan UEFA Champions League ini. Tetapi mereka tidak mempunyai masalah untuk menurunkan skuad utama. Ini kerana pemain utama seperti Buffon, Berzagli, Pirlo dan Vidal semuanya cergas dan sentiasa bersedia untuk berbakti. Walaupun beraksi sebagai pelawat, skuad Antonio Conte tidak berdepan masalah besar untuk menyaingi Celtic.
Ramalan: Celtic 2 - Juventus 2.
Valencia vs PSG
Walaupun tanpa kelibat David Beckham pasukan PSG masih kelihatan gagah dan berkuasa. Cuma ketiadaan Thiago Silva dan Thiago Motta yang masih cedera menggusarkan sedikit Ancelotti. Tetapi tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana PSG tetap memiliki Zlatan Ibrahimovic serta Lucas Mora dan Pastore yang akan merencana gerakan dari kawasan tengah PSG. Dengan penerapan formasi 4-3-2-1, pasukan PSG jelas mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan ini.
Pada bulan Disember yang lepas tiada siapa yang menjangka Valencia akan pergi sejauh ini. Inilah yang dinamakan rezeki. Dalam pertemuan ini, Valencia masih lagi bukan pasukan pilihan. Dengan bimbingan jurulatih baru Ernesto Valverde, pemain-pemain seperti Joao Pereira, Victor Ruiz dan Diego Alves seperti sudah mendapat semangat yang baru. Pada perlawanan terakhir La Liga, mereka berjaya menewaskan Celta Vigo 1-0. Valencia juga boleh bergantung kepada nasihat daripada Aly Cissokho, yang mana telah menghabiskan masa selama 3 tahun di Perancis ketika berasama Lyon. Are Ready For PSG?????
Ramalan: Valencia 1 - PSG 3.
Shakhtar Donetsk vs Borussia Dortmund
Pasukan Shakhtar Donetsk juga tidak boleh dipandang mudah. Mereka berjaya menyingkirkan juara bertahan Chelsea dan di situ terserlah kualiti yang dimiliki oleh anak buah Mircea Lucescu yang mana telah bersama pasukan ini sejak 2004 lagi. Ketiadaan Willian yang berpindah ke Anzhi Makhachkala mungkin akan dirasai. Tetapi pemain seperti Alex Teixeira dan Taison akan sentiasa bersedia untuk mengisi kekosangan tersebut. Shakhtar Donetsk adalah pasukan yang penuh dengan kejutan dan sudah bersedia untuk menjadikan Juara Jeraman ini sebagai mangsa seterusnya.
Ramalan : Shakhtar Donetsk 2 - Borussia Dotmund 0.
Real Madrid vs Manchester United
Perlawanan terbesar dalam pusingan 16 ini diwarnai dengan isu kembalinya Ronaldo ke kelab lama beliau Manchester United. Jose Mourinho akan mengahadapi perlawanan ini tanpa penjaga gol utama yang juga ketua pasukan Real Madrid, Iker Casillas. Jadi Diego Lopez akan berada dalam kesebelasan utama dalam pertemuan yang penuh sejarah ini. Pepe dan Alonso pula akan kembali dari rehat kecederaan. Manakala Di Maria terpaksa diketepikan akibat kecederaan peha. Kondisi Ronaldo, Ozil dan Khedira yang dalam keadaan terbaik sudah pasti akan membuatkan Manchester melalui jalan penuh berliku di Barnebeu.
Bagi Machester United pula mereka dengan penuh angkuh akan meletakkan Phil Jones sahaja sebagai pemain yang akan merantai pergerakan Ronaldo. Kemampuan Jones mengunci pergerakan Bale dan Fellaini sebenarnya tidak patut dijadikan kayu pengukur kerana mereka jauh sengal jika hendak dibandingkan dengan Ronaldo. Rio dijangka akan berganding dengan Vidic. Manakala Carrick sekali lagi akan ditugaskan menghalang pergerakan pemain Real Madrid di bahagian tengah bertahan. Bahagian serangan yang akan diketuai Rooney dan Persie kelihatan lebih merbahaya apabila Welbeck turut diturunkan oleh Si Tua Ferguson.
Ramalan: Real Madrid 1 - Manchester United 2.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...