Wednesday, February 13, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 6

Peminat Setia Yob!!


Liga Super 6 Feb 15, 2013 (Jumaat)


Penyu tak rela disondol Seladang.
Terengganu mln Perak 4.45ptg
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Pasukan tercorot liga ketika ini iaitu Terengganu akan melayani kunjungan Perak yang menghuni tangga ke-6. Sang Penyu ketika ini masih lagi menangis kerana belum mencatatkan sebarang kemenangan daripada 5 perlawanan liga. Effa Owana pula masih meroyan kerana baru sahaja berjaya menjaringkan 2 gol dan tidak berjaya menterjemahkan aksi cemerlang seperti ketika beraksi dengan Negeri Sembilan musim lepas.


Namun Elavarasan tetap yakin dengan barisan pemain yang dimilikinya seperti trio Manaf Mamat, Ismail Faruqi dan Ashaari Shamsuddin yang suatu ketika dahulu pernah menggegar Liga Malaysia. Malangnya kegoyahan di posisi penjaga gol adalah perkara yang merisaukan beliau ketika ini. Wan Azraie pada mulanya adalah pilihan utama di posisi ini. Tetapi digantikan oleh Syed Adney kerana persembahannya yang kurang menyakinkan. Hendak dijadikan cerita ini lebih malang, Syed Adney juga melakukan aksi 'Ya Tak Ya' sehingga merunsingkan Elavarasan. Perlukah Terengganu membeli Valdes? Berat nanang nate ni...


Tidak ada banyak masalah buat Azraai Khor selaku jurulatih Perak. Ini kerana pemain yang tercedera pada awal musim kini sudah kembali. Kembalinya Kapitan Yob Shahrulnizam Mustapa, S Chanturu Si Turbo Chan, V Thirumurugan, Mohd Noor Hazrul, Mohd Sharom Kalam, Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Rafiuddin Roddin serta awang import, Karim Rouani membuatkan Azraai Khor tersenyum lebar sehingga sampai ke telinga. Cuma status Karim Rouani sahaja yang masih lagi menjadi tanya. Khabarnya beliau akan digantikan dengan Albert Bodjongo. Semuanya masih kabur...


Penyerang Hadi Yahya akan membuktikan sentuhan berbisa beliau selepas kembali dari Qatar, sementara Failee Ghazali yang baru menjaringkan 1 gol kini semakin selesa diturunkan bersama Hadi Yahya. Selain dari itu, gandingan tengah antara M. Sivakumar dan Yong Kuong Yong terbukti berkesan buat Yob. Serius bebenor bile teman becerite pasal pasukan Yob ni.


Pemain Tumpuan Terengganu : Vincent Bikana
Pemain Tumpuan Perak  : M. Sivakumar

Ramalan: Terengganu 1- Perak 3.
Keputusan: Terengganu 2- Perak 0.

Sentiasa Berdarah...


Kelazatan Budu dan Tempe tiada tandingan
Selangor mln Kelantan (Siaran Langsung Astro Arena 801)
8.45mlm, Std Shah Alam


Status pasukan paling klasemen di muka bumi Malaysia bukan lagi milik Kelantan. Aksi goyah mereka pada awal musim tidak menampakkan langsung mereka adalah pengaut 3 piala musim lepas. Kali ini mereka bakal berdepan ujian getir menghadap skuad Red Giants di Stadium Shah Alam. Harus diingat Selangor setakat ini masih belum pernah tewas di tempat sendiri dan dijangka bakal memberi saingan sengit apabila jurulatih Irfan Bakti mengumumkan bahawa trio Amri Yahyah, S.Kunalan dan Forkey Doe bakal turun beraksi.


Kehebatan Amri Yahyah, S.Kunalan dan Forkey Doe ditagih untuk menghasilkan gol buat Red Giants. Cuma barisan pertahanan Selangor yang agak menggusarkan Irfan Bakti  (bolos 5 gol setakat ini) tetapi mengambil kira barisan serangan Kelantan yang agak tumpul (hanya 3 gol), Red Giants berpeluang cerah untuk membaham 3 mata penuh.

Juga Sentiasa Berdarah...


Bojan Hodak pula menjangkakan Norfarhan bakal dirantai oleh pertahanan Red Giants lalu mengharapkan penyerang tua yang lembab Keita Mandjou untuk memburu gol buat Red Warriors sambil Piya memainkan peranan sebagai pembekal umpan buat barisan serangan. Kemungkinan besar kudrat Shakir dan Indra Putra amat ditagih bagi memecah pertahanan Selangor yang diketuai oleh Ramez Dayoub dan Asraruddin.


Selain itu di gawang pula ialah persaingan peribadi antara kedua penjaga gol Harimau Malaya iaitu Norazlan Razali untuk Selangor dan penjaga gol popular masa kini, Khairul Fahmi untuk Kelantan. Norazlan Razali pastinya mahu menebus kekecewaan dibolosi gol dari pemain Kelantan pada saingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012. Manakala Khairul Fahmi lebih kepada misi membuktikan yang dirinya masih antara penjaga gol paling bergaya di bumi Malaysia yang bertuah ditadbir Barisan Nasional ini.


Pemain Tumpuan Selangor : Norazlan Razali
Pemain Tumpuan Kelantan  : Khairul Fahmi
Ramalan: Selangor 3- Kelantan 2.

Keputusan: Selangor 2- Kelantan 0.

Liga Super 6 Feb 16, 2013 (Sabtu)



Ujian Sebenar Tok Gajah
Lions XII mln Pahang (Siaran Langsung Astro Arena 801)
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura


Karakter sebenar anak buah Dollah Salleh bakal teruji apabila berkunjung ke padang plastik tiruan kebanggaan warga Temasik ini. Apa yang diharapkan ialah tiada campur tangan saat akhir dari Soltan Bola sehingga perlawanan ini berubah venue ke Temerloh pula. Namun siapa tahu kuasa Soltan Bola bukan? Penjaga gol Pahang yang berbadan gempal, Nasril Nourdin yang sentiasa memegang falsafah "Biar bolos 'last' minit, asalkan jangan bolos celah kangkang", berjanji akan mempersembahkan aksi terbang separa udara buat peminat Tok Gajah di atas padang plastik kelak.


Sementara itu ketika ini Pahang angkuh mendahului Liga Super dengan 12 mata serta Fauzi Roslan menjadi penjaring terbanyak dengan 5 gol. Hasilnya Koji dipanggil Rajagopal untuk mewakili Harimau Malaya dan ini menyebabkan kepopupularitian Koji bertambah-tambah. Fauzi Roslan ketika ditanya tentang trend pemain bola berkahwin dengan artis dengan tenang menjawab.."Walaupun yang datang bergolek itu adalah Emma Maembong sekalipun, dengan tenang saya akan menolaknya bulat-bulat. Huh!".



Fauzi Roslan ketika sesi ditipu bulat-bulat oleh Rajagopal.

Bagi Lions XII pula, dua kekalahan kepada pasukan berstatus kelab iaitu PKNS dan T-Team merupakan malapetaka yang perlu dilupakan segera. Berhadapan Pahang yang serba laju dan muda adalah cabaran besar yang wajar ditempuhi oleh V Sudramoorthy dan pasukannya. Namun buat Sudramoorthy yang baru sahaja naik pangkat menjadi jurulatih sementara Singapura, kekalahan ketiga dalam liga super sudah pasti wajib dielakkan.


Pertarungan antara Singa dan Gajah memang tidak akan berlaku di dunia realiti. Namun ia hanya boleh dijumpai di Liga Super Malaysia yang serba hebat dan melangkaui batas pemikiran manusia normal seperti Pepe Reina.

Pemain Tumpuan Lions XII : Gabriel Quak Jun Yi.
Pemain Tumpuan Pahang : Hafiz Kamal.
Ramalan: Lions XII 2 -Pahang 1.
Keputusan: Lions XII 3 -Pahang 0.

Arkib dari muzium.


Meriam buluh buat Sang Rusa.
Negeri Sembilan mln ATM
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi.


Jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Alves dipetik sebagai berkata semalam bahawa beliau agak gusar sekiranya perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung oleh Astro Arena. Ini kerana mereka segan dan malu sekiranya dititik cukup-cukup oleh ATM serta ia ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Terpelosok di tangga ke-11 dan tidak lagi beroleh sebarang kemenangan setakat ini adalah sesuatu petanda yang buruk untuk Negeri Sembilan.


Divaldo Alves ternyata tidak mampu memahami Liga Malaysia sebaiknya dan jelas di sini apa yang datang dari Indonesia adalah benda yang tidak berkualiti. Dari pekerja kontrak sehinggalah jurulatih bola sepak. Pemain import Negeri Sembilan dari Argentina yang berumur 31 tahun iaitu De Porras pula tidaklah sehebat Aguero dan Tevez malah jauh bangang daripada Rodrigo Palacio. De Porras masih lagi gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan sejak dirinya menyarung jersi keramat Hobin Jang Hobin.


ATM pula sedar sekarang ini terdapat gerakan GANYANG SHUKOR yang mula tercetus selepas aksi pergaduhan ketika menentang Selangor. Setiap pasukan yang menentang ATM akan lebih berhati-hati apabila berurusan dengan Shukor Adan. Tetapi Sathianathan juga sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal mereka hadapi. Dalam usaha memintas Pahang di persada Liga, ATM sudah pasti akan menganggap perlawanan bertemu Negeri Sembilan ini sebagai pertarungan mesti menang dan membawa pulang 3 mata penuh.


Marlon Alex kini berada dalam keadaan terbaiknya. Begitu juga dengan aksi kental di barisan pertahanan daripada Irwan Fadli dan Amir Taj. Keserasian Rezal Zambry dan Shukor Adan mengemudi bahagian tengah memudahkan Hai-O serta Bruno Martelotto membantu ATM mengasak lawan mereka. Berdepan Negeri Sembilan merupakan tugas mudah buat 'The Galdiators' umpama mengunyah serunding di pagi raya.


Pemain Tumpuan Negeri Sembilan : De Porras
Pemain Tumpuan ATM  : Marlon Alex
Ramalan: Negeri Sembilan 0 - ATM 3.



Aksi Klasik Pasukan Kelab.
KL Felda United FC mln Selangor PKNS FC
4.45ptg, Std Petaling Jaya. Kelana Jaya.


Kekalahan 2-0 kepada ATM bulan lepas bukan sahaja membuatkan Felda United berputih mata, tetapi turut kehilangan beberapa tonggak utama. Ketiadaan pemain utama mereka Fauzi Shaari yang akan berehat panjang selepas kejadian kemalangan mengerikan, mungkin sedikit sebanyak mengganggu persediaan K. Devan. Dan tugas lebih berat menanti The Settlers apabila menyambut kunjungan skuad Semut Merah yang kini mendapat suntikan baru tentang berita ketibaan Nazmi Faiz.



Nadi baru PKNS

Mungkin ramai remaja wanita hanya boleh memenuhi stadium MBPJ Kelana Jaya mulai April ini. Bak kata pepatah "Yang muda datang berkuda, Yang tua datang berkereta". Ini kerana kehadiran Nazmi Bieber Faiz sudah pasti akan membuatkan seluruh negara teruja. Namun begitu kegagalan PKNS menewaskan pasukan yang lemah dalam liga menyebabkan mereka hanya berjaya menempatkan diri di tangga ke-9. Inilah masanya untuk Nazmi Faiz memberi kelainan kepada pasukan PKNS. Pada bulan April nanti beliau akan mula beraksi dan ketika itu PKNS akan menjadi sebuah pasukan yang hebat umpama Swansea.


Pemain Tumpuan KL Felda United FC : Mohd Helmi Eliza Elias
Pemain Tumpuan Selangor PKNS FC  : Helmi Loussaief
Ramalan: KL Felda United FC 0 - Selangor PKNS FC 2.
Keputusan: KL Felda United FC 1 - Selangor PKNS FC 3.


Antara Bangang dan Bangang!!!
Johor Darul Takzim FC mln Terengganu PBDKT T-Team
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB


Kembalinya Safee Sali dan Wak Lan merupakan satu rahmat kepada Fandi Ahmad. Ini memberikan lebih pilihan kepada beliau di barisan serangan. Cuma Del Nero sahaja yang mengalami kecederaan jangka panjang. Selebihnya pemain Johor Darul Takzim FC bebas dari masalah kecederaan serius dan boleh diturunkan pada bila-bila masa sahaja. Demi Amanat Fazura!!!


Buat masa ini Safiq Rahim masih lagi Kapitan Terulung buat Johor Darul Takzim FC walaupun sibuk bersosial bersama teman wanitanya Zandra Aziela. Tiada masalah dari segi persembahan pemain seperti Nurul Azwan Roya dan Daniel Guiza yang sentiasa 100% cemerlang. Selain dari itu, Azmi Muslim dan Muslim Ahmad perlu lebih mantap sekiranya tidak mahu menjadi topik cacian di laman facebook.


Nafas...


Walaupun T-Team hanya berjaya menewaskan LionsXII menerusi sepaakan penalti, Peter Butler sudah pun menggelarkan dirinya sendiri sebagai pakar taktikal. Tetapi tiada orang gila di dunia ini yang mengaku dirinya gila. Jadi, apakah motifnya beliau membuat kenyataan sebegitu? Jurulatih PKNS, Haji Abdul Rahman dengan selamber hanjeng menewaskan LionsXII sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 minggu. Namun tidak pula kedengaran pengakuan angkuh dari mulut beliau.


Semua pun sedia maklum bahawa Peter Butler seorang yang angkuh dan suka bercakap besar. Namun otak beliau sangat sengal dan tidak bijak seperti Mourinho. Buktinya T-Team terjerumus di tangga ke-10. T-Team juga kelihatan masih terkial-kial mencari prestasi terbaik untuk bersaing dalam Liga Super musim ini. Bertemu  Johor Darul Takzim FC akan mencabar kepakaran Peter Butler dalam merencana pasukan taktikal terbaik untuk memeri kejayaan kepada The Titans.


Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC : Safiq Rahim
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team : Iqbal Suhaimi
Ramalan: Johor Darul Takzim FC 4 - Terengganu PBDKT T-Team 0.
Keputusan: Johor Darul Takzim FC 1 - Terengganu PBDKT T-Team 0

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...