Thursday, February 21, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 8



Liga Super Perlawanan 8 : Feb 22, 2013 (Jumaat)


Pelesit
Persaudaraan Berkekalan
Selangor mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Std Shah Alam.

Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kepada kehebatan dua pasukan bersaudara ini bertarung dalam suasana yang cukup mengerikan. Ini kerana kedua-dua pasukan telah gagal mencatatkan kejayaan pada perlawanan yang lalu. Skuad Red Giants telah tewas kepada ATM ketka Amri Yahyah masih lagi tidak dapat diturunkan atas masalah kecergasan. Walaupun sekiranya terpaksa beraksi tanpa susuk tubuh Amri Yahyah pada kali ini, pemain lain seperti Ramzul dan Afiq sentiasa bersedia untuk beraksi.

Apa yang perlu Irfan Bakti perbaiki ialah barisan pertahanan Selangor yang kelihatan gugup dan pening-pening lalat. Tak kisahlah dengan cara apa sekalipun. Rendam dalam sungai ataupun letak sarang kerengga dalam seluar. Semua cara perlu dilakukan supaya kesilapan ketika menantang ATM tidak diulangi lagi. Tiada guna sekiranya Norazlan beroleh pemain terbaik perlawanan andainya pertahanan lintang pukang terkangkang macam Cik Anzalna. Mahali, Nasriq, Ramez dan Asrar semuanya kelam kabut apabila bertahan. Marahnya kawe!!!


Buat pasukan PKNS pula, tiada apa kelegaan selain daripada melihat Fauzan Dzulkifli kembali menjaringkan gol buat mereka. Penyerang import mereka iaitu Patrrick Wleh Ronaldinho semakin konsisten dalam memburu gol untuk PKNS. Akan tetapi, prestasi anak buah Haji Abdul Rahman secara keseluruhan begitu meningkat dari satu perlawanan kepada satu perlawanan.


Barisan pertahanan yang diketuai Es Lizuan dan P.Gunalan begitu mantap dan ini akan memberi kelebihan ketika bertemu Selangor kerana P.Gunalan terutamanya pernah beraksi untuk Selangor serta cukup kenal dengan corak permainan kebanyakan pemain dalam skuad Selangor tersebut. Sementara itu, seorang lagi pemain PKNS, siapa lagi kalau bukan 'El Capitano', Helmi Rameli pula menunjukkan skil yang baik ketika menyerang dan bertahan. Namun beliau perlu berhati-hati apabila berhadapan dengan S. Veenod dan Shukor Jusoh yang sudah pasti akan mengambil kesempatan dari kegilaan turun naik Helmi Rameli ini.


Pemain Tumpuan Selangor: Raimi Mohd Noor 
Pemain Tumpuan PKNS : Fauzan Dzulkifli
Ramalan: Selangor 2 - PKNS 1.
Keputusan: 0 - 0.
Bukan fans Nogori mahupun T-Ting..

Perebutan Corot
Negeri Sembilan mln Terengganu PBDKT T-Team (Siaran Langsung Astro Arena 801)
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi.


Membuat ulasan tentang pasukan bawahan ini memanglah sangat mencabar. Tiada liputan siaran langsung dan kekurangan info menyebabkan kadangkala bingung dengan kejadah apanya yang kawe hendak rangkumkan. Tetapi berkat doa dan tawakal, kawe bulatkan tekad untuk terus berusaha sepoyo mungkin. Dengan meminjam kata-kata hikmah dari Rozita Che Wan "alang-alang menyeluk pekasam, bio sampei ke pangkal ehem-ehem.."


Pasukan Negeri Sembilan seperti yang kita tahu telah mempamerkan aksi yang sungguh impresif dengan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah (3 seri) dalam 3 perlawanan berturut-turut. Mereka berjaya seri dengan Kelantan, ATM dan terbaru PKNS. Masih terlalu awal untuk menggelar mereka pakar seri. Ini kerana berhadapan T-Team, (pasukan yang berada 2 tangga atas dari mereka) merupakan antara tugas yang mencabar.


Setakat ini Negeri Sembilan benar-benar bergantung kepada ketangkasan Hamsani Ahmad untuk mengelak daripada pasukan mereka dibocori pihak lawan. Persembahan Shakir Ali pula sedikit mengecewakan apabila seringkali melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Ini antara yang perlu diberi perhatian menjelang pertemuan dengan T-Team. Penggantungan S. Sivanesan dan juga mungkin Rashid Mahmud (3 kad kuning) sedikit sebanyak menggusarkan pengendali Nogori, Divaldo Alves.


Kedua pasukan ini pasti akan bertarung habis-habisan bagi membuktikan mereka adalah bukan pasukan belasahan semenanjung Malaysia. Sudah pasti T-team akan cuba mendominasi perlawanan dengan Negeri Sembilan akan sekali-sekala melakukan serangan balas melalui dua orang pemain sayap mereka iaitu Eddy Helmi dan Shahurain. Walaubagaimanapun, amat sukar melihat T-team tewas pada pertarungan ini kerana mereka memiliki kelebihan kualiti dari segi pemain import berbanding Negeri Sembilan.


Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: Idris Karim
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Iqbal Shuhaimi
Ramalan: Negeri Sembilan  2 - Terengganu PBDKT T-Team 0.
Keputusan: 0 - 0.

Getah Atau Sawit?
KL Felda United FC mln Johor Darul Takzim FC
4.45ptg, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya





Budak-budak Felda dengan bibir tersenyum akan menyambut ketibaan wira Harimau Selatan di Kelana Jaya kerana sepak bola akan berlangsung pada waktu siang. K. Devan gembiranya bukan kepalang apabila kini mereka kembali ke lubuk bertuah mereka. Difahamkan beberapa tonggak Felda juga telah mula menyertai latihan ringan dan akan kembali mengisi kesebelasan utama pada perlawanan ini. K. Devan yang lega dengan situasi ini berkata..."Syukur yang amat. Kini dengan pemain yang kami ada, Johor tidak akan mampu meng-ayam-ayamkan pasukan kami yang sudah sediakala ayam ini..".


Namun dengan kedudukan Felda United di tangga ke-9 dan hanya 1 kemenangan dalam 7 perlawanan adalah sesuatu bangang yang tidak boleh diterima oleh pihak pengurusan Felda. Jumlah bolos Felda United juga lebih banyak dari jaringan gol mereka (4 gol dan 6 bolos). Sama ada K. Devan akan digantikan dengan pengait kelapa sawit yang lebih bijak dalam menguruskan pasukan bola sepak, detik itu hanya akan tiba bila sampai masa yang sesuai.


Manakala buat pasukan Johor, kehadiran kembali Aidil 'Rita' Zafuan dalam kem mereka benar-benar memberi seribu kenikmatan. Aidil dan Muslim berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang ketika menentang Lions XII tempohari. Gandingan mereka membuatkan pihak lawan bersusah-payah untuk menembusi Zamir Selamat. Namun beberapa aksi kurang cerdik menyebabkan mereka bolos 2 gol.


Jelas sekali gandingan mantap di bahagian pertahanan ini menjadi antara punca kepada kejayaan Johor setakat ini kerana bahagian tengah yang dikemudi Safiq Rahim kelihatan lemah lutut akibat terlalu kerap bermain 'bowling'. Dan sudah ada ura-ura bahawa Safiq Rahim akan dijual kepada Osotspa Saraburi menjelang jendela perpindahan Liga Malaysia yang akan dibuka semula pada April ini.


Pemain Tumpuan KL Felda United FC : Hemi Eliza
Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC : Aidil 'Rita' Zafuan
Ramalan: KL Felda United FC 1- Johor Darul Takzim FC  2
Keputusan: 0 - 0.

Liga Super Perlawanan 8 : Feb 23, 2013 (Sabtu)


Bersedia melaukkan Pahang

Yang Batil Tetap Batil
Pahang mln Kelantan (Siaran Langsung Astro Arena 801)
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan


Pada November 2012, ketika Perdana Menteri kesayangan ramai, Najib Razak mengumumkan yang Pahang menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, ramai warga kelantan menyangkakan mereka akan turut mendapat rezeki yang serupa. Tapi sayeeeeeeeengggg...semuanya hanya mimpi indah di siang hari. Maka ramailah warga Cik Sti Wan Kembang yang bangkit memperjuangkan hak mereka dalam menentang perkara yang batil.


Kini pasukan Kelantan turun ke Pahang untuk membalas dendam. Namun dalam misi yang berbeza. Sudahlah menjadi negeri kesayangan Perdana Menteri. Pasukan bola mereka juga adalah anak ikan belaan Soltan Bola pula. Hanya Kelantan sahaja yang layak mencalit malu di muka pasukan Pahang yang semakin merudum selepas rehat sebulan liga super. Hukuman denda RM62,500.00 wajar dijadikan pembakar semangat dalam usaha membelasah Pahang di tempat sendiri.


Kem pasukan Pahang ketika ini juga khabarnya sedang dilanda ribut petir. Dua orang pemain import mereka iaitu Nikolce Klečkarovski dan Mohamed Borji mempamerkan corak permainan tahap Majlis Sukan Sekolah Pekan, Pahang. Fauzi Roslan seperti sudah lupa cara menjaringkan gol selepas mendapat didikan Rajagopal selama 2 minggu. Manakala Tuan Jalal sedang memberi isyarat bahawa dia adalah individu yang wajar bersara dan bukannya Amri Yahyah mahupun Ryan Giggs.


Ketajaman Keita Mandjou akan menyukarkan pertahanan Pahang yang dikawal oleh Tuan Jalal dan Zaiza. Manakala Razman Roslan sudah pasti berhadapan tukar mencabar menyekat larian penuh tenaga dari Nor Farhan dan Indra Putra yang sering bertukar-tukar posisi. Tetapi jangan dilupa juga pertarungan klasik dibahagian tengah antara Amirulhadi dan Piya yang sudah pasti menjanjikan aksi penuh dramatik dan meragut jantung. Penentu kejayaan pasukan pada perlawanan ini semestinya si gempal Nasril Nourdin dan si kacak Khairul Fahmi.



Pemain Tumpuan Pahang: Mohd Razman Roslan
Pemain Tumpuan Kelantan : Keita Mandjou
Ramalan: Pahang 3 - Kelantan 4.









Runtuhnya Tiang Itu
Terengganu mln ATM
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Kejayaan ATM menewaskan Selangor yang sedang di kemuncak presatasi 2-0 merupakan 'tongkat ali' paling mujarab menjelang pertemuan menentang pasukan bawahan liga, Terengganu. ATM kelihatan lebih mantap berbanding Terengganu yang lebih bergantung pada kemampuan Effa Owana untuk menjaringkan gol. Dengan barisan pemain seperti penjaga gol Farizal Harun, pemain tengah Shukor Adan serta penyerang Marlon Alex James, ATM lebih ampuh bagaikan 'beruang pola yang kelaparan ais kepal'.


Manakala Terengganu pula hanya bersandarkan pada pemain senior mereka seperti Ashaari Samsudin, Ismail Faruqi dan Manaf Mamat dalam mencorak keputusan cemerlang ketika bertemu pasukan lawan. Walaupun begitu, kemampuan pasukan bimbingan Elavarasan ini tidak wajar dipandang rendah. Mereka mampu menghadirkan kejutan tanpa diduga kepada lawan mereka. Dengan menjadikan kejadian stadium runtuh buat kali kedua sebagai pemangkin semangat, ATM dijangka akan melalui jalan berliku di Kuala Terengganu.


Pemain Tumpuan Terengganu: Ashaari Samsudin
Pemain Tumpuan ATM : Amirridzuan Taj
Ramalan: Terengganu 0 - ATM 3.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...