Monday, February 18, 2013

Prebiu Liga Super Perlawanan 7



Misi Sang Semut Merah
Selangor PKNS FC mln Negeri Sembilan
8.45mlm, Std Shah Alam


Belum pun susuk Nazmi Faiz hadir dalam kem pasukan PKNS, tetapi rohnya sudah mula menyerap masuk ke dalam jiwa setiap pemain. Menjadikan Felda sebagai mangsa apabila menewaskan mereka dengan jumlah skor 3-1. Haji Abdul Rahman telah mempamerkan seni sebenar dalam permainan bola sepak. Potensi Helmi Rameli telah digali sedalamnya. Bukan sahaja menjadikan pemain yang berasal dari Langkawi ini sebagai ketua pasukan terbilang, namun turut mengubah posisi Helmi dari bek kanan ke pemain tengah sejak dari musim 2012 lagi. 

El Capitano PKNS

Berdepan Negeri Sembilan, PKNS akan mengerah segala kudrat yang ada untuk menambah lagi episod sedih ke dalam jiwa seluruh warga Jang. Skuad Hobin Jang Hobin masih tegar menjadi satu-satunya pasukan yang belum memenangi sebarang perlawanan dalam liga super musim ini. Namun Jang masih tenang, setenang Sheila Hamzah yang melepaskan Sharnaaz dari kepitannya. Mujur Jang semuo eh penyabar orang eh. Tak sio-sio ajaran orang lamo. Ingat Jang, nogori kito nogori beradat. Biar kito kono, jangan kito buek orang. Kito semuo kan pemain bolasepak professional. Tibo masanyo..semuo musuhnyo akan abih binaso!!


Pemain Tumpuan PKNS : Helmi Rameli
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan : Mohd Firdaus Azizul 
Ramalan: PKNS 3- Negeri Sembilan 0.
Keputusan PKNS 2- 2 Negeri Sembilan


Pertarungan Berdarah II
ATM mln Selangor (Siaran Lansung 801 Astro Arena)
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pemusnah The Gladiators.

Menjadi pasukan terhebat seperti Selangor pada ketika ini amat indah. Dari puncak liga Selangor dapat melihat pasukan lain beria-ia hendak memintas dan menewaskan mereka. Namun buat masa ini Selangor adalah pasukan paling hebat dan sukar ditewaskan. Ampuh di semua posisi dan ini adalah ciri-ciri pasukan juara. Norazlan semakin mengusir jauh nama Shabinee dari bibir Zainal Abidin Rawop, Ramez membuktikan dia bukan sahaja pertahanan yang hebat tetapi juga penjaring gol yang konsisten, K. Soley si lipas kudung serta Veenod menterjermahkan aksi jelmaan Shahrin Majid dan Sanbagamaran, manakala aksi cemerlang Ramzul memberi kelabihan di bahagian serangan yang sedia kala memiliki Amri Yahyah dan Afiq Azmi.


Aksi goyah ATM ketika hanya mampu seri dengan pasukan tercorot Negeri Sembilan sedikit menggusarkan hati para peminat. Mungkin rehat selama sebulan menjadi punca kepada aksi perlahan mereka. Tapi jiwa Sathianathan masih kuat dan berani. Walaupun sedikit berang dengan keputusan ini, beliau masih yakin anak didiknya boleh mengutip 3 mata penuh apabila menentang Selangor nanti. Episod pergaduhan ketika Piala FA perlu dilupakan. ATM dengan jiwa pahlawan akan beraksi jantan. Dengan pemain tua berhati muda seperti Irwan Fadli, Hairuddin Omar serta Shukor Adan sudah pasti tidak mahu di ayam-ayamkan oleh anak-anak muda Irfan Bakti.

Pemain Tumpuan ATM : Venice Elphi
Pemain Tumpuan Selangor  : K.Soley 
Ramalan: ATM 2- Selangor 2.
Keputusan ATM 2 - 0 Selangor



Bukan Lagi Pertarungan Agung
Kelantan mln Terengganu
8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, Kota Bharu


Pertarungan merebut status penguasa pantai timur ini sudah tidak gah seperti dahulu. Manakan tidak, kini Kelantan terpelosok jauh di tangga ke-9. Manakala Terengganu selesa di tanga ke-11. Ia ibarat pertarungan pasukan bawahan yang perlu kita abaikan. Stesen TV pun tidak berselera mahu buat liputan siaran langsung. Baik RTM mahupun Astro Arena. Aku pun takde selera nak ulas pasal perlawanan ini. Tapi demi semangat cintakan bola sepak, kugagahkan jua berbuat demikian.


Setelah berehat sebulan Terengganu berjaya mengukir kejayaan pertama ketika menewaskan Perak 2-0. Ashaari Samsudin kembali menemui sentuhan gol. Manakala Owana menjaringkan golnya yang ke-3 musim ini untuk pasukan Terengganu. Senyuman kembali terukir di bibir Elavarasan dan sekurang-kurangnya mereka kembali beroleh keyakinan terutamanya apabila beraksi di waktu siang. Kini mereka memandang pertemuan menentang Kelantan ini amat penting dan merupakan peluang untuk melangkah lebih jauh lagi dalam saingan liga.


Pemain Tumpuan Kelantan : Faiz Subri
Pemain Tumpuan Terengganu  : Ashaari Samsudin 
Ramalan: Kelantan 1- Terengganu 1.
Keputusan Kelantan 2 - Terengganu 0.

Sahabat Selamanya..pui!
Siapa Juara Selatan?
Johor Darul Takzim FC mln Lions XII FC
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB


Dua pasukan bola sepak heavyweight dari Selatan Malaysia (selain Melaka pastinya) bertemu di Larkin selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam perlawanan sebelumnya. Jurulatih kedua pasukan juga khabarnya sedang diulit kegembiraan dengan V Sudramoorthy semakin lega kerana prestasi pasukan mula menunjukkan tanda-tanda positif terutamanya apabila beraksi di stadium keramat berpadang plastik Lions XII FC iaitu Stadium Jalan Besar. Persembahan pemain muda seperti Safuwan Baharudin juga membuatkan jurulatih ini tidak gusar dengan aksi skuad pelapis milliknya.
Fandi Ahmad pula agak optimis bermain di tempat sendiri bakal memberi kelebihan buat Harimau Selatan dengan harapan gandingan Guiza dan Wak Lan sekali lagi mampu menghasilkan gol buat Johor Darul Takzim FC. Namun Fandi Ahmad mungkin akan dipanggil pengkhianat negara andai pasukan temasik bimbingan V Sudramoorthy itu terkulai di Larkin. Dengan rekod jaringan 10 gol dan bolos 7 gol, ia ternyata bukan sesuatu yang perlu dibanggakan buat penyokong Johor Darul Takzim FC. Kelemahan kekurangan stamina untuk bertahan selama 90 minit perlu dibaiki segera menjelang pertarungan dengan Lions XII FC yang serba laju dan bertenaga.

Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC : Nurul Azwan Roya.
Pemain Tumpuan Lions XII FC  : Safuwan Baharudin
Ramalan: Johor Darul Takzim FC 2- Lions XII FC 1.
Keputusan JDT 2 - 2 LIONS XII

Gajah Tergolek...


Yob, Kak Limah dan Gajah Pakai Toncit.
Perak mln Pahang (Siaran Lansung RTM)
8.45mlm, Std TLDM, Lumut.


Tok Gajah yang klasemen di awal musim kini mula pincang selepas kubu keramat mereka dinodai Singa Selatan dari Temasik tempohari dengan jumlah skor 3-0. Kini Yob dan Hantu Kak Limah pula bersedia untuk merodok dan merogol skuad Tok Gajah.  Jadi, oleh kerana Pahang a.k.a pasukan Soltan Bola sudah kalah minggu lepas, kita kembali meletakkan pasukan ini di tahap paling keji dalam bola sepak dunia. Huh!!
Dollah Salleh yang masih meroyan dengan kekalahan di Temasik kini acapkali menyalahkan padang plastik sebagai puncanya. Walhal ketua pasukan dan pertahanan Tok Gajah yang tua iaitu Tuan Jalal sudah semakin jelas perlu bersara. Pergerakannya yang lembab itulah punca kekalahan kepada Lions XII. Kini mereka kembali beraksi di padang rumput di Stadium Lumut dan Tok Gajah sepatutnya boleh kembali menyengat seperti sebelum liga berehat.
'No talking. Talking doesn't play football' . Itulah ungkapan paling sesuai untuk pasukan Perak ketika ini. Selepas agak kecoh di musim perpindahan (selain JDT dan Kelantan). Ramai menyangka pasukan ini akan mejadi pesaing utama liga super. Namun setakat ini hanya mampu mencatatkan 2 kemenangan dari 6 perlawanan serta meduduki tangga ke-7 liga. Mujur masih ada lagi yang mempercayai fahaman tahyol yang mana Azraai Khor akan menggegor apabila tiba saingan Piala Malaysia. Sekurang-kurangnya kita takkan dapat melihat beliau dipecat oleh PFA dalam masa terdekat ini.


Pemain Tumpuan Perak : Mohd Failee Mohamad Ghazli
Pemain Tumpuan Pahang  : R. Gopinathan
Ramalan: Perak 1- Pahang 3.
Keputusan Perak 1 - Pahang 0.
Kemenangan Yang Dicari!!! 
Terengganu PBDKT T-Team mln KL Felda United FC
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


KL Felda United FC yang masih tidak tentu hala terpaksa bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team, yang tewas sabtu lalu dan kini pastinya bengis ibarat seekor yang anak penyu luka (tak dapat aku bayangkan anak penyu luka bengisnya macam mana walaupun kini gelaran T-Team adalah The Titans). Satu lagi kekalahan nanti bakal meletakkan kerjaya K. Devan selaku jurulatih KL Felda United dalam bahaya. Tetapi K. Devan semakin bijak bermain kata-kata apabila dengan pantas menjadikan kecederaan ramai pemain utamanya sebagai punca kepada penurunan prestasi di dalam liga. Padahal KL Felda United  memang tidak pernah hebat pun dalam Liga Super.

Bagi T-Team pula, berdepan KL Felda United adalah peluang terbaik untuk mereka kembali mengutip 3 mata. Namun peluang T-Team untuk menang bergantung pada keupayaan penyerang seperti Caleb Folan untuk menghasilkan gol. Dukacita dimaklumkan ketajaman serangan T-Team setakat ini agak tumpul (2 gol dari 6 perlawanan). Inikah yang dinamakan pakar taktikal? Peter Butler..U R DRUNK!!!

Pemain Tumpuan PBDKT T-Team : Mazlimaz Muhammad
Pemain Tumpuan KL Felda United FC  : Mat Ghaddar
Ramalan: PBDKT T-Team 0 - 0 KL Felda United FC.
Keputusan T-Team 1 - 1 Felda

1 comment:

Silakan Laser Saye...