UEFA Champions League 2012/13 | |||
Februari 20, 2013 (Rabu) | ||
FC Porto | vs | Malaga |
Arsenal | vs | Bayern Munich |
Februari 21, 2013 (Khamis) | ||
Galatasaray | vs | Schalke 04 |
AC Milan | vs | Barcelona |
FC Porto vs Malaga.
Estadio do Dragao akan menyambut ketibaan Malaga dalam pertemuan penuh sensasi buat pertama kalinya menentang Porto. Malaga merupakan antara 4 pasukan yang masih tidak kalah dalam Champions League musim ini bersama-sama pasukan Borussia Dotrmund, Juventus and Schalke 04. Mereka berjaya mengatasi Ac Milan dalam peringkat kumpulan dan telah menjaringkan 12 gol, lebih 5 gol daripada pasukan Itali tersebut. Sebagai rekod, ini adalah penampilan pertama Malaga dalam UEFA Champions League.
Kehadiran Sheikh Abdullah Al Thani dari Qatari Royal Family benar-benar mengubah Malaga. Diego Lugano telah dibawa masuk secara pinjaman untuk bergandingan bersama Martín Demichelis di bahagian pertahanan tengah. Manakala Joaquín Sánchez, Jérémy Toulalan, Duda dan Isco akan bertahan serta menyerang dari kawasan tengah Malaga. Dibahagian serangan pula gandingan veteran antara Javier Saviola dan Roque Santa Cruz serta pemain muda Chelsea Lucas Piazón akan bersedia untuk menghuru-harakan pertahanan Porto.
Setakat ini Porto masih mengekalkan rekod 7 perlawanan tanpa kalah ketika bertemu pasukan dari Sepanyol dalam kejohanan Champions League ini (3 menang, 4 seri). Real Madrid merupakan pasukan terakhir yang berjaya menewaskan Porto pada October 2003. Rekod mereka ketika beraksi di Estadio do Dragao juga amat hebat. Mereka hanya tewas 1 daripada 11 perlawanan Champions League (vs Manchester Utd, April 2009).
Gandingan serangan Porto antara Jackson Martínez dan Silvestre Varela benar-benar menggerunkan. Dalam saingan domestik, Jackson Martínez sedang mendahului senarai penjaring gol terbanyak dengan 19 gol. Manakala Lucho González dan Joao Moutinho membentuk gandingan mantap di bahagian tengah pasukan Porto dan ia menyukarkan mana-mana pasukan untuk menewaskan mereka. Kemampuan Malaga bakal teruji sepenuhnya apabila berdepan dengan anak buah Vítor Pereira ini.
Ramalan: Porto FC 2 - 2 Malaga.
Arsenal vs Bayern Munich
Arsenal berdepan tugas sukar apabila diundi menentang naib juara UEFA Champions League 2011/12, Bayern Munich. Kali terakhir Arsenal dan Bayern Munich bertarung di Champions League adalah pada 2004-05 yang mana kelab Jerman itu menang aggregate 3-2 dalam pusingan pertama. Sejak daripada itu, Arsenal tidak pernah tewas dalam perlawanan Champions League yang berkangsung di Jerman.
Aksi terakhir Arsenal sebelum menentang Bayern
Bayern Munich pula tetap tenang menghadapi anak-anak tadika dari Arsenal. Bola sepak secara dewasa akan dipersembahkan oleh Jupp Heynckes dan anak buahnya. Sambil menanti kehadiran Pep Guardiola, pemain seperti Arjen Robben dan Frank Ribery sudah pasti ingin menunjukkan skil teragung mereka. Tidak kiralah sama ada Mandzukic atau Gomez yang akan diturunkan, 'Double Mario' ini tetap akan mendatangkan masalah kepada pertahanan Arsenal. Jelas, terang dan nyata bahawa Arsenal akan menjadi lunyai apabila bertemu Bayern Munich.
Ramalan: Arsenal 2 - 1 Bayern Munich.
Galatasaray vs Schalke 04
Ramai yang ghairah ingin melihat aksi Drogba bersama pasukan barunya ini. Ditambah pula dengan kehadiran Wesley Sneijder yang merupakan antara pemain tengah tebaik dalam generasinya. Selain itu Galatasaray turut mempunyai sebuah pasukan yang penuh pengalaman bermain di eropah dan diadun cantik bersama pemuda tampan bergaya dari Turki. Pemain seperti Muslera, Eboue, Riera, Melo dan Elmander semuanya sudah lama beraksi dengan pasukan-pasukan terbaik di serata Eropah. Jadi tidak hairanlah sekiranya pasukan bimbingan Fatih Terim ini angkuh di persada Liga Super Turki.
Jaringan pertama Drogba bersama Galatasaray
Schalke 04 pula dengan tabah hati akan berkunjung ke Türk Telekom Arena dengan harapan mampu mengejutkan pasukan dari Turki tersebut. Penyerang Schalke 04 iaitu Huntelaar dijangka akan pulih daripada kecederaan mata dan akan diturunkan untuk bergandingan dengan Farfan serta pemain pinjaman baru dari Lyon, Michel Bastos. Walaupun ketiadaan bek kanan dari Jepun, Atsuto Uchida yang masih tercedera, Jens Keller sudah bersiap sedia menyediakan pengganti yang sesuai untuk Uchida. Berdasarkan aksi semasa, tidak mustahil Schalke 04 boleh menewaskan Galatasaray.
Ramalan: Galatasaray 3 - 2 Schalke 04
AC Milan vs Barcelona
Messi selesaikan Granada
Kalau dah jodoh takkan ke mana. Itulah perumpamaan untuk kedua pasukan ini. 5 pertemuan sebelum ini lebih berpihak kepada Barcelona dengan 3 kemenangan dan 2 seri. Pada pertemuan ini Barcelona akan turun tanpa kelibat pemain berpengaruh mereka iaitu Xavi. Namun tiada apa yang perlu dirisaukan oleh penyokong The Catalan ini apabila Messi berada di atas padang. Terkini Messi melakukan kerja rutin menyelamatkan maruah Barcelona apabila menjaringkan 2 gol ketika bertemu Granada. Ketiadaan Vilanova juga nanti akan lebih membakar semangat juang pemain-pemain Barca untuk menghadiahkan jurulatih mereka itu hadiah paling bermakna di muka bumi.
AC Milan mungkin mengalami sedikit masalah apabila akan turun tanpa pemain kepala hangin Si Balotelli. Tetapi mujur M'baye Niang disenaraikan untuk pusingan kalah mati ini. Kebangkitan AC Milan juga semakin jelas apabila kini mereka berada di tangga ke-3 Serie A. Persembahan mantap Montolivo, Nocerino, dan Muntari banyak membantu AC Milan mencapai kejayaan sejak kebelakangan ini. El Shaarawy dan Putera Boateng pula sentiasa bersedia untuk meragut kebahagiaan Barcelona. Di atas kertas, AC Milan adalah pasukan ampuh yang sukar diturukan Barcelona.
Ramalan: AC Milan 2 - 2 Barcelona
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...