Monday, April 1, 2013

Kebangkitan Bolasepak Johor - Adakah Ia Keterujaan Jangka Pendek? Part II


Kisah Syahdu


Pada 11 Nov 2012, kawe dengan rela hati telah menulis entri ini:  http://hadriegas.blogspot.com/2012/11/kebangkitan-bolasepak-johor-adakah-ia.html. Makanya ramailah yang bertempik. Sayugiya juga bahawa tempikkan itu sangatlah kuat sehingga bergegar tiang seri istana dalam sebuah negeri di selatan tanah air. Ramai juga yang menggelar kawe sebagai pengkhianat negeri, penderhaka..tidak kurang juga ada yang mengatakan aku umpama Hang Jebat (walaupun selepas aku selidik salasilah aku memang tiada kena mengena pun dengan pahlawan Melaka tersebut). Tetapi mereka semua lupa itu adalah pendapat peribadi kawe sahaja. Kamu semua pun boleh luahkan pendapat sendiri. Sebab itulah kawe selalu mintak link dari teman-teman yang sudi komen pada akhir entri tersebut.


Bazir atau Baloi?


Apakah yang berlaku kepada JDT dalam masa 5 bulan ini? Seperti yang semua tahu JDT melakukan pembelian pemain secara besar-besaran. Nama-nama besar dalam bola sepak tempatan telah dibawa masuk. Tetapi setakat ini hanya Norshahrul Idlan sahaja yang sedikit berguna. Selebihnya adalah sampah tumpangan. Safee Sali dan Zaquan Adha telah membuktikan bahawa istilah 'berjogging' pun boleh cedera sememangnya bukan satu mitos dalam bola sepak. Azmi Muslim dan Muslim Ahmad sudah hilang entah ke mana. Disyaki sesat dalam arus kemodenan negeri Johor. Zaquan Adha sekadar melengkapkan kesebelasan utama kerana beliau lebih fokus kepada perihal Rita Rudaini yang semakin lama semakin ummmmmmmmmmphhsss. Manakala kapitan mabeles Safiq Rahim pula lebih banyak bermain boling dan kadangkala melakukan lawatan sambil belajar di Legoland dan Hello Kitty.


Bagaimana pula dengan pemain import mereka yang pada mulanya bersungguh mahu menjaringkan 50 gol dalam liga M musim ini? Setakat ini status Dani Guiza masih lagi samar-samar. Namun Del Nero mungkin akan meninggalkan JDT. Masa kawe tulis: http://hadriegas.blogspot.com/2012/12/berfikir-di-luar-kotak-cara-tengku-bola.html bukan sedikit umat Johor yang meroyan. Masing-masing mempertahankan polisi putera raja kesayangan mereka. Khabar terbaru JDT kononnya mahu merisik Pablo Aimar dan Santa Cruz. Tetapi seperti yang selalu kawe tegaskan, belilah sesiapa pun. Tetapi buat masa ini ia masih belum sesuai untuk dilaksanakan dalam Liga M yang jelas kekurangan dari serba serbi aspek. Tidak perlu disebut lagi apa kekurangan itu. Semua sedia maklum.


Undang-undang dari Si Pandir kepada Pak Pandir


Sepanjang 5 bulan ini juga pelbagai kontroversi melanda tuan punya pasukan ini. Isu urusan tukar nama pasukan, pembelian pemain secara pasar borong, penggunaan askar dalam bola sepak umpama di medan perang, mempersoalkan kredibiliti pengadil dan terbaru ialah duduk dibangku pemain ketika masih lagi menjalani tempoh penggantungan dari FAM. Tetapi ada golongan cerdik pandai yang pantas tampil mempertahankan anak raja kesayangan mereka. Kata mereka "TMJ datang stadium sebagai anak raja, dan bukan presiden PBNJ." Ya!!!Kamu betol. Jadi selepas ini kalau Mourinho dikenakan hukuman yang sama. Beliau masih boleh duduk bersama-sama pemain di bangku simpanan atas status rakyat Portugal dan bukannya jurulatih Real Madrid.


Inilah kesannya apabila golongan bangsawan terlibat dalam sukan. Apabila ditegur kesalahan mereka, dikatanya kita derhaka. Sejak dari awal lagi TMJ seolah-olah kebal dalam melakukan apa sahaja yang terlintas di benak hatinya. Ini pun mungkin disebabkan oleh undang-undang FAM yang digubal oleh golongan Pandir. Makanya Pak Pandir pun sewenang-wenangnya melanggar undang-undang Si Pandir. Kesimpulannya tidak mustahil bola sepak di Malaysia akan menjadi Pandir selama-lamanya selagi terdapat golongan bangsawan yang menguruskannya. Perlu diingat, bola sepak adalah sukan rakyat untuk rakyat kepada rakyat.


Jadi dimanakah arah tuju pasukan JDT selepas ini? Cukupkah hanya kerusi Recaro dan padang yang bertakung airnya selepas hujan? Dan adakah keterujaan ini hanya untuk jangka masa pendek?

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...