Thursday, September 27, 2012

EP4 : Fokus Bola Eropah 2012

SERIE A ITALY: PERLAWANAN 6
Juventus vs AS Roma




Juventus masih dengan rekod tanpa kalah mereka. Persembahan mantap daripada Arturo Vidal, Mirko Vucinic dan Fabio Quagliarella membolehkan mereka menguasai Serie A dengan selesa ketika ini. Ketiga-tiga mereka sudah mengumpul 15 gol setakat ini. Asamoah juga mempamerkan aksi hebat apabila diturunkan dalam kesebelasan utama Juventus. Selain itu, tiada keraguan pada prestasi Pirlo yang semakin tua walaupun bekas rakan sepasukan beliau, Zvonimir Boban menyarankan agar Pirlo bersara dari arena antarabangsa untuk lebih fokus kepada Juventus.


AS Roma ketika ini berada di tangga ke-6 liga dengan mengumpul 8 mata. Musim lepas kedua-dua pertemuan mereka dimenangi oleh Juventus. Namun kali ini Roma boleh mencabar Juventus kerana mereka memiliki beberapa pemain mantap yang boleh mengubah permainan secara tiba-tiba. Balzaretti boleh dikatakan pertahanan kiri terbaik di Italy pada ketika ini dan kehadirannya memantapkan lagi pertahanan Roma. Totti kekal sebagai nadi penting untuk Roma bersama-sama De Rossi. Manakala Znedek Zeman juga boleh menurunkan Lamela dan Oswaldo untuk menjahananmkan Buffon.


Mampukan Roma meleburkan rekod tanpa kalah Juventus yang akan beraksi sebagai tuan rumah pada pertemuan ini? Kita doakan perlawanan menarik akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan ini.


Ramalan: Juventus 2-0 Roma

LIGA PERDANA INGGERIS : PERLAWANAN 6
Arsenal vs Chelsea

Rindu aksi seperti ini.

Kedua-dua pasukan masih lagi belum mengalami kekalahan dalam saingan liga setakat ini. Arsenal di tangga ke-5. Manakala Chelsea gah di persada liga dengan 13 mata. Pertemuan musim lepas di Emirates berakhir dengan keputusan seri 0-0.


Arsenal kelihatan lebih mantap dibarisan serangan walaupun ketiadaan Van Persie. Diaby membuktikan beliau mampu menggantikan Song. Manakala Carzola pula sentiasa merbahaya apabila beliau memegang bola. Namun kegoyahan kawalan zon di barisan pertahanan Arsenal mungkin boleh dieksploitasikan oleh Chelsea.


Mata, Harzard dan Oscar membuktikan mereka bertiga boleh bermain bersama dan memberi ancaman kepada pasukan lawan. Hanya yang bermasalah sekarang ini ialah Torres dan pertahanan Chelsea yang mudah hilang fokus. Inilah masalah utama yang perlu segera diatasi oleh pasukan Chelsea.


Ramalan: Arsenal 1-2 Chelsea FC
LA LIGA SPAIN: PERLAWANAN 6
Sevilla vs Barcelona



Barcelona dengan 15 mata maksimum selepas 5 perlawanan. Sevilla juga dengan rekod tanpa kalah mereka dan telah mengumpul 11 mata untuk menduduki tangga ke 4 La Liga. Sevilla berjaya menewaskan Real Madrid tempohari hasil jaringan pemain tengah berbangsa Jerman, Piotr Trochowski. Gandingan Rakitic dan Navas pula memudahkan tugas Negredo untuk menjaringkan gol bagi pasukan Sevilla. 4 gol setakat ini dari Negredo sudah pasti merisaukan peminat pasukan Barcelona.


Bagi Barcelona pula, kejayaan menewaskan Sevilla kelak akan mengukuhkan kedudukan mereka di dalam La Liga.  Rasanya mereka tiada masalah besar unutk melakar kejayaan pada hujung minggu ini. Hubungan cinta antara Messi dan David Villa kembali mekar selepas mereka berdua menafikan berlaku perselisihan antara mereka. Mereka juga memiliki Sanchez, Fabregas dan Song yang bila-bila masa sahaja boleh di panggil beraksi dalam pasukan utama. Namun masalah kecederaan pertahanan tengah Barca (Pique) mungkin merencatkan sedikit perancangan Vilanova.


Sevilla mungkin boleh mengejutkan anak buah Vilanova dengan ketiadaan pertahanan yang mantap dalam pasukan Barcelona itu. Mascherano yang tidak berapa nak tinggi itu amat tidak sesuai beraksi sebagai pertahanan tengah.


Ramalan: Sevilla 1-3 FC Barcelona

BUNDESLIGA : PERLAWANAN 6
F. Düsseldorf vs Schalke 04


Huntelaar bergaya comel...konon

Sesungguhnya pasukan Dusseldorf adalah sangat misteri. Kembali ke Bundesliga selepas 15 tahun terpelosok di bawah liga utama Jerman. Ketika ini menduduki tangga ke-5 (2013–14 UEFA Europa League play-off round) dengan rekod tanpa kalah dan mengumpul 9 mata. Satu mata dibelakang Schalke 04. Mempunyai barisan pemain yang terhad bakatnya. Namum tumpukan perhatian kepada Ken Ilsö dan Dani Schahin yang mampu memberi ancaman ke kubu penjaga gol Schalke 04, Lars Unnerstall.


Bagi Schalke 04 pula, mereka wajib menang ke atas pasukan yang baru sahaja naik divisyen ini. Perlawanan terakhir mementang Mainz, mereka menang 3-0 dan Lewis Holtby serta Farfan berjaya melakukan jaringan gol. Huub Stevens juga masih yakin dengan kemampuan Huntelaar dan sudah pasti penyerang pasukan Belanda itu diturunkan untuk menjaringkan seberapa banyak gol menentang Düsseldorf  ini.

Elemen kejutan memang selalu berlaku di dalam Bundesliga. Pertemuan pasukan ke-4 dan 5 ini semestinya menarik untuk ditonton bersama keluarga angkat di Bagan Lalang.


Ramalan: F. Düsseldorf 0-2 Schalke 04




No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...