Schalke 04 vs Bayern Munich
Pendahulu Liga, Bayern Munich akan ke Veltins Arena untuk bertembung dengan pasukan tempat ke-4 Bundesliga ketika ini iaitu Schalke 04. Kedua-dua pasukan masih belum kalah dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Ini membuktikan pertembungan mereka akan menjanjikan sesuatu yang menarik.
Schalke 04 dalam 5 perlawanan terakhir mereka termasuk UEFA Champions League telah menjaringkan sejumlah 14 gol. Manakala Bayern Munich sudah mengumpul sebanyak 18 gol. Dari segi statistik serangan memang kelebihan berpihak kepada pasukan Bayern Munich. Namun Schalke 04 juga tidak kurang hebatnya dengan Papadopoulos mantap di pertahanan serta gandingan Farfan dan Huntelaar yang semakin serasi dan mendatangkan bahaya kepada pihak lawan mereka.
Sangat menarik untuk melihat bagaimana kedua pasukan ini bertarung selepas mereka mengharungi perlawanan Champions League pada pertengahan minggu. Huntelaar dan Schweinsteiger akan menjadi penentu kepada pasukan mana yang akan memenangi pertemuan ini.
Ramalan : Schalke 04 1 - 1 Bayern Munich.
Liverpool vs Manchester United
Panas dan membara. Itulah yang boleh diibaratkan pertemuan antara dua pasukan yang bermusuh sejak King Kenny belum tumbuh misai lagi. Kini dengan persengketaan terkini berpunca dari cinta tak berbalas Evra kepada Suarez. Sebenarnya tidak susah untuk memilih siapa pemenang dalam pertembungan penuh sejarah ini. Manchester dengan barisan pemain baru yang hebat, boleh menenggelamkan Liverpool hanya dalam sekelip mata sahaja. Tetapi harus diingat Liverpool seakan-akan masuk hantu apabila bertemu pasukan 'Red Devils' ini.
Prestasi Rodgers akan kurang memberansangkan. Kekurangan sengat dibahagian pertahanan menunjukkan itu adalah kelemahan ketara mereka. Nampaknya Liverpool hanya mengharapka Suarez untun menghuru-harakan Manchester United. Bagi Alex Ferguson pula, tiada apa yang perlu dirisaukan ketika ini kerana para pemain mereka berada dalam prestasi terbaik dan memuaskan. Namun aksi menentang Galatasaray tempohari ada meninggalkan gusar di hati beliau.
Pertemuan berat sebelah ini semestinya akan dimenangi oleh pasukan Syaitan Merah. Ya! Hanya ada satu merah sahaja!!!

Ramalan : Liverpool 2 -3 Manchester United.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...