Salam Haji yang bakal tiba..setelah hampir sebulan liga bolasepak Eropah bermula, sudah mula kedengaran sayup-sayup dari jauh suara pekikan dan lolongan dari peminat bolasepak di Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia begitu minat dengan bolasepak Eropah terutamanya dari England. Adakah ini semua dek kerana negara kita adalah bekas jajahan British yang maha loghat perangainya itu? Kenapa kita tidak meminati Liga Jepun dan Portugal seperti asyiknya kita menonton aksi 'diving' pemain-pemain Manchester United di dalam kotak penalti? Persoalan ini juga saya letakkan dalam kepala otak anda semua kerana pilihan jawapan ada pada kamu.
Di Malaysia ini boleh dikatakan penyokong Liga Inggeris adalah yang terpaling ramai. Payah kita nak melihat atau mendengar anak muda bergaduh bercerita tentang hancur lodohnya ketika ini pasukan AC Milan. Atau apakah konflik sebenar dalam pasukan Real Madrid? Jarangya sama seperti kita mendengar lelaki berkahwin empat. Jarang-jarang...Jikalau adapun yang bercerita bolehlah dikatakan 20% sahaja dari tajuk perbualan topik bolasepak harian mereka. Bayangkan pemain Liga Perdana Inggeris seperti Michu pun boleh menjadi tajuk perbualan, sedangkan aksi cemerlang Mandzukic langsung tak terkeluar dari molot mereka semua. Itulah dahsyatnya penangan BPL ini.
Apa yang lebih menarik juga, kita semua bukan sahaja mengetahui siapa isteri dan aweks pemain bolasepak BPL, malahan juga mengetahui nama pengadil yang saban minggu membuat aksi-aksi sarkis di tengah padang. Kita juga turut mengetahui pasukan kegemaran pengadil tertentu dan hal seperti ini sudah pasti menjadi isu besar sekiranya berlaku keputusan yang mencurigakan di atas padang. Perkara seperti ini amat berbeza di Malaysia. Kita hanya mula mengenali seseorang pengadil itu selepas beliau ditangkap akibat rasuah. Ini pun boleh dikira suci daripada ditangkap akibat khalwat dengan isteri orang. Eh, itu bukan pengadil ek??? Itu penjada gol kebangsaan ek?Ek?Ek?
Permainan cantik? Itu mungkin jawapan yang kurang tepat. Yang adapun pasukan yang bermain cantik di BPL sekarang ini sudah 7 tahun kempunan piala. Kempunannya mereka bagaikan unta padang pasir yang dahagakan air zam-zam. Tidak seperti Barcelona dan Real Madrid yang bermain cantik seiring dengan kejayaan yang mereka perolehi. Manakala pasukan paling bersejarah di England pula hanya gah dengan kejayaan silam mereka dan masih yakin mampu buat 'comeback' dari ketinggalan 3 gol. Inilah antara mimpi indah yang tak kesampaian dan kadangkala ia boleh menjadi bahan ejekan rakan sepermainan yang bercakap ikut sedap 'molot' ajek. Jangan sampai ada yang jadi tajuk depan Harian Metro sudahlah...
Selain itu ada juga 'molot-molot' sumbang yang bangga dengan kejayaan mereka selepas pasukan 'kesayangan' dibeli oleh saudagar arab lalu membiaklah secara tiba-tiba puak biru cair di arena bolasepak BPL tempatan. Saya tidak marahkan mereka sekiranya umur mereka adalah sekitar 7 ke 12 tahun. Tetapi yang menjadi pelik adalah jika umur mereka adalah 20 tahun ke atas. Celah mana 'pulok' mereka semua menyorok ketika Darius Varsell dan Paul Dickov mula mencari keserasian di antara mereka? Atau kenalkah puak biru cair ini kepada Ali Benarbia dan Marc-Vivien Foe? Jika tidak kenal, maka serupalah mereka semua ini seperti peminat hoki menonton sukan kayak. Tiada faedah, tiada hasil.
Kita tidak boleh dipaksa atau memaksa seseorang itu untuk memilih pasukan kegemaran masing-masing. Namun kita boleh membuat pilihan bijak supaya tidak nampak sangat kebodohan yang ada pada diri kita. Dimanakah letaknya maruah jika menang sesuatu perlawanan hanya atas ehsan pengadil? Apakah makna indahnya permainan bolasepak jika saban musim hanya mampu menjadi pelengkap 'big 4'? Apa sangatlah yang ada pada kejayaan sejarah silam sedangkan ia hanya layak mejadi tontonan di History Channel? Seronok sangatkah menjadi pasukan kaya raya yang dibenci?
Jika anda semua menghayati hasil tulisan diatas, ia merupakan secebis sindiran dan cacian halus yang mungkin boleh meninmbulkan pergaduhan. Pergaduhan yang berpanjangan. Pertengkaran molot yang tiada penamatnya. Jika tidak mahu 'dihanjeng-hanjengkan', maka berlalulah kamu pergi menyokong Liga Samoa. Sebab itulah entri kali ini bertajuk BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...