Sunday, July 31, 2011

Keputusan Undian Piala Dunia 2014:ASIA dan EROPAH



Zon Kelayakan Asia (Pusingan 3)


Kumpulan A: China PR, Jordan, Iraq, Singapore
Kumpulan B: Korea Republic, Kuwait, UAE, Lebanon
Kumpulan C: Japan, Uzbekistan, Syria, Korea dpr
Kumpulan D: Australia, Saudi Arabia, Oman, Thailand
Kumppulan E: Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia


ZON KELAYAKAN EROPAH (PUSINGAN 1)


Pot 1: Spain, Holland, Germany, England, Portugal, Italy, Croatia, Norway, Greece
Pot 2: France, Montenegro, Russia, Sweden, Denmark, Slovenia, Turkey, Serbia, Slovakia
Pot 3: Switzerland, Israel, Republic Of Ireland, Belgium, Czech Republic, Bosnia-Herzegovina, Belarus, Ukraine, Hungary
Pot 4: Bulgaria, Romania, Georgia, Lithuania, Albania, Scot;lland, Northern Ireland, Austria, Poland,
Pot 5: Armenia, Finland, Estonia, Cyprus, Latvia, Moldova, Macedonia, Azerbaijan, Faroe Islands,
Pot 6: Wales, Liechtenstein, Iceland, Kazakhstan, Luxembourg, Malta, Andorra, San Marino

Saturday, July 30, 2011

HARIMAU MALAYA THE BEGINNING PART 2(THE END)


Pertahanan




Muslim Ahmad masuk dan memberikan aksi terpuji

Kehadiran Aidil Zafuan memang amat diperlukan. Ketika nama beliau disebut sebagai kesebelasan utama di dalam stadium, sorakan penyokong membukttikan kehadiran beliau amat-amat dinanti. Amat kecewa sekali, pada minit ke-22, pemain pertahanan Malaysia itu, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas. Tiada masalah besar dgn dua gandingan ini. Tidak seperti aksi pertama di Jalan Besar, Muslim dan Fadhli kali ini mempamerkan persembahan terpuji namum bukanlah aksi terbaik mereka. Yang amat mengecewakan ialah pemain seperti Asraruddin yang kerap kali kali kehilangan bola apabila diasak pemain serangan Singapura. Mahali Jasuli juga tidak konsisten dan pada hujung-hujung permainan beliau lebih banyak berjalan dan seringkali melakukan hantaran yang salah.

Ingin dicadangkan agar Rajagopal mencuba pemain seperti Azmi Muslim bagi memberi cabaran pada Asrarudin yg nampaknya sangat mudah dan selesa untuk berada dalam pasukan kebangsaan Malaysia. Helmi Rameli pula agak gugup seperti yang ditunjukan dalam perlawanan bertemu Taiwan (memaksa Amirulhadi menggantikan beliau bermain sebagai bek kanan). Perlu diperhatikan perkembangan pemain seperti Afizie Faisal (bek kiri) dan juga Fandi Othman (Bek kiri dan kanan). Ini amat penting dan bagus untuk masa depan Malaysia. Di bawah ini petikan dari facebook Mahali Jasuli selepas tamat permainan.

"Teruja dengan sokongan yang di berikan oleh penyokong-penyokong malaysia sama ada di stadium mahupun di rumah.memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kemenangan kepada rakyat malaysia..teruskan sokongan anda.sukan nadi negara kepada kita satu malaysia :) "–Mahali Jasuli.

Tengah

Ismail Faruqi perlu banyak pendedahan
Ketiadaan Safiq Rahim amat dirasai. Penggantinya Ismail Faruqi masih perlu banyak belajar. Amat pelik sekali kenapa Rajagopal mengekalkan beliau bermain sehingga separuh masa kedua, sedangkan beliau memang langsung tidak berkesan. Kenapa dia boleh melakukan taktikal gila semasa bertemu Taiwan dengan mengeluarkan Helmi Rameli, memasukan Hadi Yahya, kemudian meletakan Amirulhadi di posisi bek kanan. Kenapa tidak memasukan pemain seperti Baddrol dan Ashaari? Di sini Rajagopal amat memgecewakan. Sebaliknya beliau memasukan Gurusamy yang lebih defensive di kala kita memerlukan gol kedua.

Amar Rohidan hanya biasa-biasa sahaja..kurang menutup ruang sehingga membolehkan pemain serangan Singapura berleluasa di kawasan Malaysia. Amirulhadi pula tidak berapa berkesan. Beliau lebih elok dimasukan sebagai pemain gantian disaat genting. Peranan seperti ini lebih sesuai untuk beliau. S.Kunalan hanyalah satu-satunya pemain midfield yang paling cemerlang. Larian kencang beliau di sebelah kiri memberi ancaman kepada pertahanan Singapura. Hantaran beliau kepada Safee Sali mebolehkan penyerang itu meledak gol pertama untuk Malaysia.

Serangan

Penyerang terbaik era kini
Gandingan Safee Sali dan Hadi Yahya masih belum serasi . kekurangan sumber bola dari kawasan midfield menyebabkan kedua penyerang ini seperti hilang punca. Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan. Inilah satu-satunya peluang terbaik yang kita ade dan hasilnya jaringan gol dijelmakan.

Masa inilah kita rindukan Aksi Mat Yo dan Zaquan Adha. Aku percaya sekiranya kita mempunyai full squad, pastinya kejayaan milik Malaysia. Dibawah ini saya senaraikan pemain-pemain yang jika kita ada pastinya akan memberi kesan yang berbeza..Bayangkan senarai pemain di bawah ini beraksi dah hasilnya juga…ermmmms…malangnya semua sudah berakhir. Jumpa lagi 2018 di Russia. Insya’allah..


Khairul Fahmi, Aidil Zafuan,Safiq Rahim, S.Kunalan, Badrol bahktiar, Ashaari Samsudin, Zaquan Adha, Nurshahrul Idlan Talaha.
Mat Yo sayu...

Lupaka kisah ini. Kita buka cerita baru dan semangat baru. Yang paling penting sokongan kita kepada tean Malaysia. Ditinggalkan dengan full highlight Malaysia vs Singapore.

Undian Piala Dunia 2014

Tarikh Undian: Julai 30, 2011 (Julai 31, 2011 (Ahad) 2 pagi waktu Malaysia )
Venue: Marina da Gloria, Rio de Janiero, Brazil
Pembahagian balang (pot) berdasarkan kepada kedudukan Ranking FIFA bulan Julai 2011.

UEFA (53 negara, 13 tempat): Sembilan kumpulan dengan juara layak secara terus. Lapan pasukan ditempat kedua kumpulan akan bermain play-off untuk empat tempat pada November 2013.
Ahli Persatuan: 53
Ahli Persatuan Yang Menyertai: 53

ZON KELAYAKAN EROPAH (PUSINGAN 1)

Pot 1: Spain, Holland, Germany, England, Portugal, Italy, Croatia, Norway, Greece

Pot 2: France, Montenegro, Russia, Sweden, Denmark, Slovenia, Turkey, Serbia, Slovakia

Pot 3: Switzerland, Israel, Republic Of Ireland, Belgium, Czech Republic, Bosnia-Herzegovina, Belarus, Ukraine, Hungary

Pot 4: Bulgaria, Romania, Georgia, Lithuania, Albania, Scot;lland, Northern Ireland, Austria, Poland,

Pot 5: Armenia, Finland, Estonia, Cyprus, Latvia, Moldova, Macedonia, Azerbaijan, Faroe Islands,

Pot 6: Wales, Liechtenstein, Iceland, Kazakhstan, Luxembourg, Malta, Andorra, San Marino

ZON CONMEBOL

CONMEBOL (10 negara, 4.5 tempat tambah 1): Brazil layak secara automatik sebagai tuanrumah.sembilan negara lain akan bermain secara liga timbal balik. Empat pasukan teratas layak secara terus. Pasukan di tempat kelima akan bermain di kelompok play-off antara benua.

Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venzuela

Ahli Persatuan:10
Ahli Persatuan Yang Menyertai: 9*
*Layak sebagai Brazil tuanrumah

ZON ASIA

ASIA (46 negara, 4.5 tempat): Dua puluh tiga pasukan telah tersingkir. Pasukan akan bersaing untuk tiga lagi peringkat kumpulan. Dua pasukan teratas di peringkat akhir kumpulan kelayakan akan layak, dengan pasukan di tempat ketiga akan bertemu sesama sendiri untuk mentukan pasukan ke kelompok play-off antara benua.

Ahli Persatuan: 46
Ahli Persatuan Yang Menyertai: 43
* Bhutan, Brunei Darussalm, Guam tidak mendaftar menyertai kejohanan

Tersingkir Di Pusingan Pertama: Chinese Taipei, Pakistan, Cambodia, Sri Lanka, Afghanistan, Macau, Timor Leste, Mongolia.

Tersingkir Di Pusingan Kedua: Palestine, Bangladesh, Laos, Turkmenistan, Philippines, Myanmar, Hong Kong, Maldives, Tajikistan, Vietnam, Yemen, Malaysia, Kyrgyzstan, India, Nepal


ZON KELAYAKAN ASIA (PUSINGAN KETIGA):

Pot 1: Australia, China PR, Iran, Iraq, Japan, Korea Republic

Pot 2: Jordan, Kuwait, Qatar, Saudi Arabia, Uzbekistan

Pot 3: Bahrain, Iraq, Oman, Syria, UAE

Pot 4: Indonesia, Korea DPR, Lebanon, Singapore, Thailand


ZON AFRIKA


AFRIKA (53 negara, 5 tempat): Dua belas pasukan akan tersingkir pada perlawanan kalah mati pada November dengan baki 40 pasukan di pecahkan kepada kumpulan atas. Pemenang kumpulan akan bermain secara play-off kalahmati untuk lima tempat kelayakan pada Oktober dan November 2013.

Ahli Persatuan: 53
Ahli Persatuan Yang Menyertai: 52
* Mauritania tidak mendaftar menyertai kejohanan

ZON CONCACAF

CONCACAF (35 negara, 3.5 tempat): Lima pasukan sudah tersingkir dengan 24 pasukan bermain secara satu kumpulan untuk menyertai Amerika Syarikat, Mexico, Honduras, Jamaica, Cuba, Costa Rica di peringkat kedua kumpulan dengan tiga kumpulan empat pasukan. Dua pasukan teratas akan layak ke kelompok play-off antara benua.
Ahli Persatuan: 35
Ahli Persatuan Yang Menyertai: 35

Tersingkir Di Pusingan Pertama: Monteserrat, Anguilla, British Virgin Islands, Aruba, Turks and Caicos Islands.

ZON OCENIA

OCEANIA (11 pasukan, 0.5 tempat): Hanya satu pasukan akan layak dari liga empat pasukan di Samoa pada November untuk menyertai tujuh pasukan lain. Lapan pasukan ini akan mara ke peringkat kumpulan untuk menetukan juara yang akan bermain di kelompok play-off antara benua.

Ahli Persatuan: 11
Ahli Persatuan Yang Menyertai:11

Undian pasangan lawan peringkat play-off juga akan diadakan antara pasukan Asia, Oceania, CONCACAF dan Amerika Selatan.

Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA THE BEGINNING PART 1

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 telah tamat. Peluang Malaysia pun berakhir di sini. Kita perlu optimis dan percaya yg ini hanyalah permulaan sahaja. Sokongan yg tinggi dan tak berbelah bahagi adalah bukti kembalinya bolasepak Malaysia diletakan di peringkat tertinggi di kalangan hati peminat semua. Aku yg berada di Stadium pada perlawanan menentang Singapura 28 July 2011 dapat menyaksikan betapa semua peminat sentiasa berdiri di belakang pemain2.

Sokongan padu ditunjukkan oleh peminat ketika bola sepak Malaysia memasuki fasa baru selepas merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF tahun lalu.Kesannya lebih 90ribu yg datang membanjiri stadium. Sampai ade duduk kat tangga tu…Ini sangat berbeza ketika Malaysia melayan kunjungan Bahrain pada aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2010 di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober 2007, hanya 2,000 orang yang hadir.

Jumlah kehadiran semalam juga jauh melebihi angka gabungan tiga perlawanan kelayakan edisi 2006 Malaysia beraksi di laman sendiri, 12,000 di Stadium Darul Makmur, ketika Malaysia tewas 1-3; 9,327 juga di Stadium Darul Makmur (Malaysia 0-2 Kuwait) dan 14,000 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang (Malaysia kalah 0-1 China).

Kepada semua rakan2 yg cintakan bolasepak janganlah bersedih hati ye..Perjalanan masih jauh dan sokongan kita amat diperlukan.Ape yg ingin saye ulaskan adalah analysis peribadi saya mengenai keseluruhan aksi pemain Malaysia. Lupakan takti dan cara permainan Singapura sbb ini adalah bolasepak. Kita akan buat apa sahaja untuk menanng sekalipun maruah digadaikan(tapi tidak untuk Harimau Malaya).Nikmati ulasan ini dn hari yg terbuka….

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat = Hero. Inilah name yg saye cadangkan selepas tamat 1st leg game aitu dan ternyata beliau memang layak bermain sbg penjaga utama Malaysia. Ingin saya ulangi, jikalau penjaga gol menunjukan bahasa badan yg positive,melakukan satu dua save bertaraf dunia.Secara tak lansung aksi permain pertahanan juga akan menjadi lebih baik.Inilah yg berlaku semalam.

Pemain import singapura, cubaan Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 berjaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.Khairul Fahmi juga terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini.” katanya.


Terbuktilah memang Apex penjaga gol No.1 di Malaysia sekarang ni. Tiada keraguan. Diharap Rajagopal akur dgn situasi ini. Cuma carilah pemain yg betol2 layak untuk challenge posisi No.1 ini supaya Apex tak segera tenggelam. Di bawah ini video aksi2 Apex sepanjang 90 minit perlawanan malam tadi.



Full result 2014 FIFA World Cup Qualification AFC Second Round

Thailand won 3–2 Palestine on aggregate and advanced to the Third Round.


Lebanon won 4–2 Bangladesh on aggregate and advanced to the Third Round.


China won 13–3 Laos on aggregate and advanced to the Third Round.


Indonesia won 5–4 Turkmenistan on aggregate and advanced to the Third Round.

Kuwait won 5–1 Filipines on aggregate and advanced to the Third Round.


Oman won 4–0 Myanmar on aggregate and advanced to the Third Round.


Saudi Arabia won 8–0 Hong Kong on aggregate and advanced to the Third Round.


Iran won 5–0 Maldives on aggregate and advanced to the Third Round.


Syria won 6–1 Tajiskistan on aggregate and advanced to the Third Round.


Qatar won 4–2 Vietnam on aggregate and advanced to the Third Round.


Iraq won 2–0 Yaman on aggregate and advanced to the Third Round.


Singapore won 6–4 Malaysia on aggregate and advanced to the Third Round.


Uzbekistan won 7–0 Kyrgystan on aggregate and advanced to the Third Round.


United Arab Emirates won 5–2 India on aggregate and advanced to the Third Round.


Jordan won 10–1 Nepal on aggregate and advanced to the Third Round




























Wednesday, July 27, 2011

Perlu ade kesedaran...


Di atas ini adalah contoh yang tak baik..buat pengetahuan semua,Kevin Chee tu officemate aku. Yang lagi satu tu maybe kawan dier.Baca dan nilailah sendiri...

Tuesday, July 26, 2011

Footballer of the Month:Luis Alberto Suárez



Díaz Luis Alberto Suárez (sebutan Bahasa Sepanyol: [lwiz 'swares]: lahir 24 Januari 1987), biasanya dikenali sebagai Luis Suarez, pemain bola sepak antarabangsa Uruguay yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool sebagai penyerang. Suarez juga bermain untuk pasukan kebangsaan Uruguay. Beliau dikenali sebagai 'El Pistolero' (Gunner). Suarez membesar di Salto bersama-sama dengan enam beradik, dengan seorang ibu tunggal. Pada tahun 2005, beliau memulakan kerjaya profesional di Montevideo untuk kelab Nacional. Abangnya,Paolo Suarez-Nya juga seorang pemain bola sepak profesional.



Dia berpindah ke Belanda untuk kelab Eredivisie iaitu Groningen pada tahun 2006 pada usia 19 tahun, sebelum berpindah ke Ajax pada tahun 2007. Beliau memberikan impak yang besar di kelab Amsterdam sebagai penyerang sokongan dengan penyerang utama yang pada mulanya menjadi Klaas-Jan Huntelaar, kemudian Marko Pantelić, dan kemudian Mounir El Hamdaoui. Berikutan kedatangan pengurus Martin Jol di Ajax dan perpindahan Thomas Vermaelen ke Arsenal pada tahun 2009, Suarez telah dilantik menjadi kapten kelab. Suarez berpindah ke Liverpool dengan harga € 26.5 juta pada bulan Januari 2011, dengan secara rekodnya menjadi pemain kelab yang paling mahal.

 
Pada tahun 2010, Suarez dinamakan sebagai Pemain Belanda Tahunan Terbaik, setelah berakhir musim itu sebagai penjaring terbanyak di Eredivisie dengan 35 gol dalam 33 perlawanan liga (49 gol dalam semua pertandingan). Pada 5 Ogos 2010, Suarez menjadi bapa, dengan isteri yang mempunyai seorang anak perempuan bayi di Barcelona. Juga pada tahun 2010, Suarez menjadi ahli kumpulan pilihan pemain yang mempunyai rekod menjaringkan lebih daripada 100 gol untuk Ajax dalam perlawanan yang kompetitif, menyertai pemain seperti Johan Cruyff, Marco van Basten, Dennis Bergkamp dan Klaas-Jan Huntelaar.  Pada 2011, Suarez menjaringkan empat gol untuk Uruguay memenangi copa América 2011 yang baru berlalu 2 hari yang lepas. Beliaa juga dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan. Saksikan jaringan beliau di Perlawanan Akhir Copa America 2011 bertemu Paraguay dengan keputusan 3-0.












Aku dah dapatkan!!!!


Hari ini aku pegi beli tiket utk kawan2 aku bagi perlawanan 2nd Leg Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura. Sampai di kaunter jam 9.15am. Orang tak ramai dan tak beratur panjang. Tapi tak putus2 orang yg datang.Satu petanda baik. Aku beli 10 keping tiket. Semuanya untuk Ricerd (3),Epul (1),Latt(2),Aku(1),Bob(1) dan Ruben(2).Hahahaha...

Lepas tu masa tengahari tiba2 si Bob call pulaaaaaaaaaak..mintak belikan lagi satu..memandangkan dier jauh nun ni negeri 9,payah plak nak suruh dier booking online.Leceh nak tebus smula.So, aku pun merempitlah semula ke Stadium Shah Alam..Mujur aku nain moto aini.Sampai stadium lebih kurang jam1pm.Dah agak ramai dan perlu beratur.Papan tanda mengatakan tiket "Grand Stand" dah habis..huhuhu..

Akhirnya berjaya aku mendapatkan tiket utk kawan2 aku.Coti aku pun dah approve..hihi..Khamis,Jumaat dan Sabtu. Mari kita doakan pasukan Harimau Malaya berjaya khamis ini.Amiiiiiiiiiiiiiin....

Sunday, July 24, 2011

Sharbinee,Safiq dan Singapura.



Tamat sudah 1st leg Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.Keputusan pun dah kita tau.5-3 beriphak pada Singapura dan kita ade 90mnit lagi di Bkt Jalil nanti.Di sini saye berminat utk membuat analisis bagi game 1st leg ni yang mana saya nampak banyak kelemahan yg perlu diperbaiki.Ini pendapat peribadi dan hasil dari luahan hati peminat2 bolasepak yg saye dengar.


Penjaga gol 

  • Seperti yg saye jangka,memang Sharbinee memulakan permainan mlam tadi.Dia sepatutnya membalas kepercayaan yg Rajagopal berikan pada beliau.Malangnya dia mengulangi semula aksi longlai seperti mana perlawanan pertama AFF suzuki menentang Indonesia tahun lepas.Rajagopal wajar memasukan Khairul Fahmi khamis ini.Ini kerana Fadli Shas dan Muslim Ahmad bermain lebih baik apabila Apex menjadi penjaga goal. Buktinya sepanjang AFF Suzuki Cup dan Perlawanan genting Kelayakan Olimpik bertemu Lubanan 2bulan yg lepas.Dan jika Apex betol2 mahu membuktikan kehadiran dia bukan sekadar penjaga gol kedua negara,beliau mesti menapak kedalam kesebelasan utama Malaysia dgn aksi yg lebih baik dan pnuh meyakinkan.
 Pertahanan
  •  Rapuh dan tak terusus. Ketiadaan ketua di barisan pertahanan membuatkan pertahanan Malaysia kelam kabut bila diserang.Fadli dan Muslim pula memang belum cukup matang.Kekurangan ketenangan juga menjadi kunci kpd kerapuhan benteng pertahanan kita.Sewajarnya mereka berdua lebih bijak utk membaca permainan dan melakukan pintasan yg tepat sebelum penyerang S'pore menyambar peluang yg mereka cipta.Rajagopal patut memasukan Aidil Zafuan dan mengeluarkan salah sorang daripada Fadli dan Muslim.Mahali Jasuli dan Asraruddin pula perlu lebih mantap kerana ketika ini hanya mereka berdua yg terbaik di posisi mereka.Jika kita bole memanggil pemain senior yg tiada dlam senarai ke Singapore,Rajagopal perlu memikirkan utk memanggil Norhafiz/Subramaniam/Marzuki Yusof.Kehadiran pemain2 seperti ini mampu mebawa kesetabilan dalam pasukan.Tapi agak mustahil kerana Rajagopal mesti tidak mahu mengganggu perancangan asal pasukan ini sebelum mereka berlepas ke S'pore lagi.

Tengah
  • Safiq Rahim...aduuuuuuuui..ape dah jadi dgn kapten kita ni?Tackle yg tak sepatutnya dia lakukan tlh meberi kesan besar kpd pasukan negara kita.Siapakah yg layak menggantikan beliau?Jika Rajagopal mahu mencuba Badrol juga tiada salahnya.Badrol bole menjaringkan gol dan mencipta jaringan.Posisi Kunalan dan Amar Rohidan memang hanya untuk mereka. Ismail Faruqi dgn persembahan pertamanya yg goyah wajar digantikan dgn pemain seperti Ashaari Samsuddin/Amirulhadi.Pilihan saye utk 2nd leg nanti adalah Kunalan (kiri), Amirulhadi (kanan),Amar (defensive mid) dan Badrol Bahtiar (attacking mid).

Penyerang
  •  Safee Sali memang berada dlm kelasnya tesendiri. Maslaahnya gandingan beliau yg betol2 serasi belum muncul.Ketika inilah kita merindui aksi Mat Yo dan Zaquan Adha yg terbukti berkesan bila digandingkan dgn beliau.Kehadiran Fakri Saarani juga tak banyak membantu. Namun kemasukan Hadi Yahya bole memberikan kita peluang jaringan di depan gol. Ashaari Samsuddin juga bole bermain diposisi serangan.Sekiranya kita buntu jaringan,Rajagopal perlu bersedia mencuba gandingan Terengganu ini Ashaari-Hadi.

Inilah antara kaji selidik dan pendapat saye.Anda semua mungkin ade pendapat tersendiri.Tapi yg penting marilah kita bersama2 memenuhi stadium Khamis ini.Jadikan Stadium Bukit Jalil kita ini sebagai tempat kita menempa kejayaan layak ke Piala Dunia.Amiiiiiiiinnnnnnnn...

Wednesday, July 20, 2011

Senarai 24 Pemain Kelayakan Piala Dunia Malaysia Lawan Singapura Sabtu ini 23 JULY 2011


Julai 20, 2011 - Rajagobal menggugurkan Norshahrul Idlan Talaha (hamstring), Shakir Shaari, S. Chanturu, Shahrizal Saad dari senarai 24 pemain yang akan mewakili Malaysia dalam perlawanan menentang Singapura Sabtu ini.


Ketua Jurulatih:
  • Datuk K. Rajagobal

Penjaga Gol:

  • Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee, Mohd Nasril Nourdin.

Pertahanan:

  • Aidil Zafuan, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Asruddin Putra Omar, Muslim Ahmad, Azmi Muslim, Farisham Ismail, Rizal Fahmi, Helmi Remeli .

Tengah:

  • Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy, S.Kunalan, Ismail Faruqi

Penyerang:

  • Safee Sali, Ashaari Samsudin, Abdul Hadi Yahya, Ahmad Fakri Shaarani, Izzaq Faris Ramlan



Tuesday, July 19, 2011

Malaysia vs Singapore : 28 JULY 2011


Tiket untuk Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Asia Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura pada Julai 28 boleh didapati dalam talian bermula hari Rabu ini (Esok) di www.tickethotline.com.my.

Tiket dijual pada harga RM50 (utama), RM30 (tempat-duduk terbuka) dan RM5 (untuk kanank-kanak bawah 12 tahun).

Tiket juga boleh dibeli di pintu masuk utama Stadium MBPJ, Stadium Shah Alam pintu A dan Pagar Kuning di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 9pagi hingga 7malam pada Julai 26 dan 27.

Juga pada hari perlawanan (Julai 28, 2011), tiket akan dijual di pintu masuk pagar kuning Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 9pagi sehingga waktu rehat masa perlawanan.

Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:

1. Penyokong Singapura:

a. Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.


2. Penyokong Malaysia:

a. Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah

b. Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah. 

Sunday, July 17, 2011

Awas Singapore!!Kami ada double 'S'



Charlie Adam menjaringkan gol debut pertama untuk Liverpool sebagai hadiah buat Kenny Dalglish bagi Liverpool memenangi satu lagi perlawanan persahabatan dengan keputusan 6-3.

Adam, bernilai £ 6,75 juta yg ditandatangani dari Blackpool, telah diletakan di bahagian tengah bersama-sama dengan Jay Spearing, Raul Meireles dan Conor Coady, dengan Andy Carroll di hadapan Joe Cole dalam serangan.


Mohammad Safiq Rahim menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma cantik selang lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.


Liverpool membuat 11 penggantian pada waktu rehat dan selepas 68 minit David Ngog menjaringkan gol berikut kelemahan pertahanan Malaysia. Pemain perancis tersebut menambah gol keduanya sebentar kemudian dalam satu gerakan serangan balas. Maxi Rodriguez menjadikannya 4-1 pada minit ke-76.

Rajagobal kemudiannya mengeluarkan Chanturu dengan memasukan Amirulhadi serta membawa masuk Safee Sali. Kemasukan Safee Sali meberikan sedikit sengat di bahagian serangan dengan beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam masa 5 minit. Sekaligus meletakkan tuan rumah kembali dalam persaingan dengan kedudukan 3-4.


Gerakan cantik dari sebelah kanan oleh Amirulhadi.



Through pass menarik dari Rizal Fahmi terus mencari Safee Sali

Maxi kemudian menjaringkan gol kedua peribadinya di saat-saat akhir dan Dirk Kuyt menjaringkan gol keenam untuk keputusan akhir 3-6.

Riise ke Fulham : Liverpool beli Doni


Liverpool akhirnya telah mengumumkan menandatangani penjaga gol Brazil Alexander Doni dari Roma (Gambar di atas).

Kelab Liga Perdana itu belum mengeluarkan apa-apa lagi butiran mengenai kontrak pemain tesebut, tetapi telah mengesahkan persiapan pemindahan perubatan.

Liverpool telah mengejar pemain berusia 31 tahun itu, yang mempunyai 10 caps antarabangsa, bagi kebanyakan musim panas untuk mendapatkan pemain yg lebih berpengalaman pengganti pilihan pertama Kenny Dalglish untu Jose Reina.

Sesuatu kenyataan yang ringkas di laman web rasmi mereka: "Liverpool hari ini mengesahkan mereka telah selesai menandatangani Alexander Doni dari AS Roma

Sementara itu, Fulham telah selesai menandatangani Norway pertahanan John Arne Riise dari Roma.

"Saya tahu bahawa kelab itu bercita-cita tinggi, dan terus membuat kemajuan yang baik setiap tahun, di bawah bimbingan pengerusi Mohamed Al Fayed. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Martin Jol dan lain skuad apabila saya melaporkan untuk latihan minggu depan . "

Jol percaya berusia 30 tahun itu akan membuktikan suatu tambahan yang berharga untuk skuad di Craven Cottage.

"John Arne Riise yang mempunyai pengalaman antarabangsa akan membawa beberapa kualiti kepada skuad kami dan menyediakan lebih banyak pilihan bagi saya," kata Jol.

"Dia adalah digunakan untuk melaksanakan misi di peringkat tertinggi bagi kedua-dua kelab dan negara, dan pemain pertahanan yang juga boleh menyumbang kepada taktik menyerang kami.

"Saya amat gembira bahawa kita telah dapat menambah beliau untuk skuad kami, dan percaya bahawa dia akan membuktikan suatu tambahan yang berharga seperti yang kita maju."

Dibawah ini antara goal2 menarik yg pernah dijaringkan Riise...

Saturday, July 16, 2011

Woodgate dan Downing.


Pulis merasakan Potters telah menandatangani  pemain pertahanan kelas tinggi apabila Stoke City telah selesai menandatangani bekas Leeds United dan pertahanan Tottenham Hotspur Jonathan Woodgate di kontrak satu tahun.

Woodgate telah mengalami masalah kecederaan dahsyat sejak beberapa tahun yang lalu dan bepindah dari Tottenham minggu lepas. Terdapat pilihan untuk kontrak setahun lagi jika berusia 31 tahun itu membuktikan kecergasan dan Pulis gembira mempunyai bekas pemain antarabangsa England tersebut.



Liverpool telah mengesahkan menandatangani Stewart Downing pada 'kontrak jangka panjang dari Aston Villa dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Pemain yang berusia 26 tahun itu, yang telah bermain sebanyak 27 kali untuk England, menjadi pemain keempat musim panas untuk Kenny Dalglish berikutan ketibaan Jordan Henderson, Charlie Adam dan Alexander Doni.

Villa mengesahkan awal minggu ini bahawa Downing telah mengemukakan permintaan pemindahan rasmi dan dia pergi ke Liverpool untuk membincangkan syarat kontrak sebelum menandatanganinya.

Downing, yang berpindah ke Villa pada harga £ 10m dua tahun yang lalu, telah menjadi sasaran utama musim panas Dalglish, yang melihat tawaran £ 12m dan 15m £ ditolak sebelum perjanjian dengan bayaran yang tidak didedahkan, dipercayai sekitar £ 20m.

Downing dibuat dengan jelas hanya bulan lepas, apabila bertugas England, bahawa dia tidak akan menandatangani lanjutan dengan Villa, berkesan memaksa mereka untuk mendengar untuk menawarkan.

Thursday, July 14, 2011

Copa America 2011 Suku Akhir


Quarter-finals Copa America 2011


Saturday, July 16, 2011

a) Colombia v Peru  at Mario Alberto Kempes Stadium

b) Argentina v Uruguay  at Brigadier Gral. Estanislao López Stadium


Sunday, July 17, 2011

c) Brazil v Paraguay Ciudad de La Plata Stadium

d) Chile v Venezuela Estadio del Bicentenario Stadium

Harimau Malaya Dibedil Meriam

Arsenal mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas XI Malaysia dalam perlawanan pembukaan jelajah Asia mereka di Stadium Bukit Jalil semalam. Aaron Ramsey menjaringkan gol daripada sepakan penalti selepas hanya lima minit berikutan kekasaran pada Jack Wilshere yang dilakukan oleh suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan.

S.Kunalan dalam aksi mengerikan

Theo Walcott menjaringkan gol kedua melalui lob cantik hasil lorongan bola dari Ramsey. Gol ketiga pula dijaringkan oleh Carlos Vela.

Ia adalah permulaan yang baik buat Gunners apabila Wilshere terpelanting ke sebelah kiri kawasan penalti dijatuhkan oleh Mohd Aidil Zafuan. Ramsey tenang menewaskan penjaga gol Malaysia Mohd Nourdin.Salah satu cubaan menarik Malaysia adalah melalui sepakan percuma Safiq Rahim yg berjaya diselamatkan oleh Vito Mannone.

 
Gol keempat Arsenal dijaringkan ole Nasri apabila beliau masuk dari bangku simpanan.







Tuesday, July 12, 2011

Maradona Eksiden daaa...

Diego Maradona telah mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan kereta di pinggir bandar Buenos Aires.
Maradona, 50, dan rakan kongsi beliau Veronica Ojeda telah dibawa ke hospital selepas kereta yg dipandunya dilaporkan melanggar bas, sejam sebelum pertembungan Copa Argentina Amerika dengan Costa Rica.

Maradona dikatakan mempunyai kecederaan lutut dan hip beliau. Tetapi Oscar Sico, pengarah di Hospital de Ezeiza, mengesahkan tiada yg serius dengan kecederaan mereka.

Beliau memberitahu Radio 10: "Mereka dalam keadaan yang sempurna."

Sico menambah: "Mereka pergi ke hospital sendiri dan tidak mempunyai masalah Kedua-duanya boleh pulang ke rumah.".

Punca kemalangan sedang disiasat. Maradona kapten negara untuk memenangi Piala Dunia pada tahun 1986 dan jurulatih Argentina selama dua tahun sehingga 2010.

Monday, July 11, 2011

Messi di mana?


ARGENTINA memulakan kempen Copa America dengan dua keputusan seri dan langsung tidak kelihatan seperti pasukan yang mampu menamatkan kemarau kejuaraan dua dekad, tetapi Lionel Messi bertegas mereka akan bangkit dan mara ke suku akhir.


Messi yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sekali lagi terbukti handal sepanjang musim ini ketika menyarung jersi Barcelona, tetapi apabila bersama Argentina, kehebatannya seakan tenggelam dengan pasukan itu sekadar seri ketika menentang Bolivia dan Colombia.

Kegagalan memenangi aksi final berturut-turut ke atas musuh ketat, Brazil, membayangi siri kekecewaan Argentina dalam kempen Copa sejak 1993, dan dengan kejohanan kali ini berlangsung di laman sendiri, tekanan semakin memuncak buat Messi dan rakan sepasukan.

Namun Messi yakin pasukannya mampu bangkit menjelang perlawanan bertemu Costa Rica di Cordoba, hari ini.

“Saya yakin dan bersedia untuk cabaran seterusnya,” kata Messi yang kemampuannya bersama skuad kebangsaan mula dipersoalkan. “Pasukan ini akan layak dan saya berkeyakinan penuh.”

Dalam satu perlawanan persahabatan Mac lalu, Costa Rica mengikat Argentina dengan keputusan seri tanpa jaringan – keputusan yang perlu dielakkan Argentina – andai mahu mara ke suku akhir.

Bekas jurulatih Argentina, Alfio Basile, yang mengendali pasukan itu menjuarai kejohanan 1993, memberitahu: “Satu tragedi jika kami tidak layak ke suku akhir. Tetapi kami mampu memenanginya.”

Basile turut menuntut jurulatih sekarang, Sergio Batista membuat perubahan besar jika dirasakan perlu.

“Saya terfikir untuk menukar sistem,” kata Batista yang mungkin akan menggandingkan Messi dan Gonzalo Higuain, serta memasukkan Sergio Aguero dan Angelo di Maria yang bakal menyaksikan Carlos Tevez dan Ezequiel Lavezzi kembali ke bangku simpanan.

Saksikan esok Argentina vs Costa Rica (Live at 811 and 831 Astro)

*kredit to Sokernet.


Pemain Import:Baik atau Buruk?


Salam.Esok akan diumumkan keputusan pemain import dlam Liga Malaysia.Seperti yg kita tahu,memang ade pemain import musim depan.Cuma yg menjadi persoalan adalah jumlah yg dibenarkan untuk setiap pasukan.Seperti biasa ahli panel kami yg berwibawa akan membincangkan apekah kebaikan dan keburukan yg mungking akan dibawa oleh mereka ini.

1) Shebby Song : Bagi saye pemain import ini bole mendatangkan banyak kesan positif baik kepada Liga tempatan mahupun pemain tempatan itu sendiri.Contohnya ia akan mewujudkan persaingan sihat dlam merebut posisi untuk beraksi dlam setiap minggu.Pemain tempatan juga boleh belajar dari pemain2 import ini mengenai teknik2 dan kemahiran bolasepak yg mereka ada.Ini kerana pemain import kebanyakan mempunyai latar belakang yg berbeza dan datang dari benua yg berlainan.Kesempatan ini wajar diambil oleh pemain2 tempatan kita.


2) Hasbollah Awing: Sebenarnya kehadiran pemain2 import ini boleh menyekat pembangunan pemain2 muda kita.Cuba kita lihat 2 tahun yg lepas semasa kita tidak menggunakan pemain import.Banyak kejayaan yg pasukan kebangsaan kecapi. Pemain2 muda mula berani menunjukan kehadiran mereka memang didambakan di Liga Malaysia. Safiq Rahim,Mat Yo,Hadi Yahya antara nama yg muncul dibibir peminat2 tempatan.Ini kerana pasukan tempatan akan menjadi rakus membeli pemain import seterusnya menguburkan bakat2 muda ini.Sudah pasti pasukan ini akan mengimport pemain2 bagi mengisi posisi midfield dan serangan.Seperti yg kita tau dalam pasukan bolasepak,inilah posisi yg menjadi nadi2 dlam sesebuah pasukan.Ini yg merisaukan saya..

Sebelum saye tutup hujah kali ini.Syae sediakan klips Tony Cottee yg memang amat dibenci.Beliau adalah pemain import Selangor yg paling keji.Adakah baik pemain import?adekah buruk sangat seperti Rosmah?semuanya terpulang pada pemain tempatan itu sendiri.

Tak baaaaiiiiiiiiiiikk taaaaaaaaau...

Saturday, July 9, 2011

Perihal Manusia: KES 2

KES 2:Hari ini merupakan upacara besar-besaran pihak Polis untuk menghalang penyokong2 BERSIH dari memasuki KL.So,banyak jalan yg disekat.Aku mujur keluar dari KL sebab mau balik kampung dan berbincang dgn family mengenai hal2 isteriku yg bakal bersalin nanti.Tapi on the way balik dari office aku terserempak dgn 2 road block.Semuanya from Shah Alam to KL.Aku nak ke Shah Alam ni mujur takde roadblock.



On the way balik tangkak ni adelah 2 orang rakan aku yg SMS mengatakan mereka tersangkut dlam jem.Masa dan waktu kami kelua opis memang bole dikatekan serentakla.Tapi aku jam 9am dah sampai tangkak.Rakan2 aku ni still sangkut dlam jem dan mereka hanya sampai umah masing2 pun lebih kurang jam 10.30pm.Bayangkan dekat 4 Jam sangkut. Dan ade juga yg sangkut 5 Jam.Semasa aku menaip blog ni kira2 1.20am 9 JULY 2011 pun masih ade rakan2 FB yg sangkut dalam jem.WTF apekah ini semua??



Aku takmau sembang politik di sini.Aku mau cerita pasal orang yg tak sadar diri dan peka dgn masalah sekitar.Berbalik pada kes diatas.Aku pun sampai2 kampung terusla update status kat FB..seperti berikut:



"Tahniah PDRM, anda telah berjaya : (Magrib + Isya') x Jumlah Pemandu Muslim = VICTORY!!!"



Aku tau memang agak bias dan jahat komen aku tu.Tapi mengenangkan rakan2 aku yg still sangkut kat dlam jem sedangkan aku sudah siap makan nasik di kampung.Aku suarakan juga ketidakpuashatian pada situasi ketika itu.Seperti biasa..ade jaguh2 yg terdiri dari fren list aku jugak (kawan study masa diploma,baru jek bulan lepas dier request nak jadi fren aku) menyuarakan pendapat dier di statusnya sendiri seperti di bawah:





Memangla dier tak mention name aku.Tapi malangnya post dier ni kua hanyalah beberapa saat lepas post aku wei..Saat tu..................................ko dahla dlm list fren aku.Takan aku tak baca status ko kot?Aku kondem POLIS ni bukan saje2 suka2 cari pasal ataupun sbab aku PRO-Pembangkang.Aku takde sebelah mane2 wei.Aku cume concern dgn keadaan semasa dan ketika itu sahaja.Janganla samekan situasi roadblock dengan kes rogol,ragut,samun tu..otak ada ka?maybe ko tak tesangkut dlam jem kot..itu ko punyer pasal la..

Dalam masa yg sama juga aku terus meminta maaf dgn sahabat aku yg juga anggota polis yg terpaksa bertugas 9 JULY 2011.Sempat aku chat dgn dier yg ketika tu sdg bertugas.Esoknya plak dier kena menjaga kawasan Masjid Negara.Dia pun sempoi jek tak amek hati pun dgn ape yang aku post kat FB.Gentle beb..aku siap ucap gudluck kat dier supaya dapat menjalankan tugas dgn baik ketika BERSIH nanti.POLIS sendiri pun bukan suka nak roadblock semua ni.Puncanya orang2 yg di atas tu yg suruh.

Mamat yg post perli2 status aku tu telah pun selamat aku removekan dari frenlist..diharap beliau dpt tidur lena tanpa perlu memikirkan nasib dan situasi penduduk Lembah Klang/KL/Selangor.Moral of the story..janganlah sibuk menjaga tepi kain orang..jagalah tepi kain Fazura ke..Rosnah Mat Aris ke...barulah ade hasil...kan dah kena remove..akhir kate...

TAK BAIK TAU.!!!!







Friday, July 8, 2011

Perihal Manusia: KES 1

Salam Satu Malaysia...chewah..Selalu aku sembang bola.Aini aku nak cerita sikit perihal manusia.Sejak ade FB ni kita makin mudah dpt info.Kalau salah guna memang padah jadinya.Tapi kita semua tau mane yg baik dan buruknya.Gunalah otak dan akal untuk berfikir...dipendekan cerita..Kegawatan politik makin menjadi2 dan sejak 1998 memang aku sentiasa amek tau hal2 ini.Cuma kebelakangan ini ia semakin menjadi semakin hangat.



Liwat,zina,video dan dot dot dot..sampailah satu hari yg mana adenyer Sumpah Lahnat yg hendak dibuat oleh Trio Datuk K.So, pada hari jumaat tu,macam2 la komen status kat FB kelua..aku pun menyibuk jugakla nak update status.Lebeh kurang macam nila bunyinya..



"Sumpah lahanat Datuk K di Mesojid Negara lepas asar "




Pastu adelah rakan yg sambung komen kat bawah status aku tuh.Aku pun melayanla..hehehe...tiba2 lepas aku refresh aku pun tejumpa salah satu rakan aku komen ini macam kat status dier..



"nasib baik hp aku dah ok..ni apahal bnyak sgt cite psl sumpah2 plak ni..ferarila..sepitla..sapa yg tersepit ni?"Perbualan kami adalah seperti gamba di bawah:(kalau tak jelas:press button Ctrl + scroll mouse)





OK.Ape yg dier tulis tu semuanya ade dlm komen aku.Aku tulis,kalaulah institusi kehakiman kita telus,tiada rasuah,mesti kita dah lama pakai ferari (perumpaan jek sebenanya).Takdelah hidup kita tersepit.Then aku pun menjadi pelikla..apehal ko update status ko dgn memerli status dan perbualan aku besama2 rakan aku yg lain?ape ko takde idea ke?nak kata ko bodoh,masa blaja dulu pinter ko memang tinggi dari aku.

Aku salah ke?aku emosi lebeh ke?hehehe...peduli ape aku.Aku tak penah perlekah komen/status fb/pendapat orang lain kat FB ni.Jadi kenapa ko nak mempermainkan status aku?ko tak berani plak join perbualan aku dgn rakan2 lain kat status aku tu?sebaliknya ko mengambil jalan bacul dgn memperli status aku di status kamu.Silap orang beb...aku pantas jek sambut ayat ko tu..hehehe..

Beberapa minit lepas tu aku pun remover dier dari fren list aku..Aku tau kita bebas bersuara.Tapi kita kena hormat pendapat orang lain.Seingat aku,aku tak pernah perli status dia.Ramai jek rakan2 aku yg fahaman diorang berbeza dari aku.Tapi aku tak kacau mereka dan mereka tak kacau kau.Dengan meremove beliau ni,maka dia bolelah hidup aman tanpa membaca status2 aku yg meloyakan di FB.

Tamat..KES 2 akan menyusul...













































Thursday, July 7, 2011

Malaysia Olimpik di Puncak Asia!!!

Group A :Oman,Arab saudi,Qatar,Korea Selatan
Group B :UAE,Uzbekistan,Iraq,Australia
Group C :Malaysia,Syria,Bahrain,Japan

Undian telah pun berakhir untuk kelayakan Olimpik 2012.Malaysia akan bertemu Japan pada perlwanan pertama di tempat lawan pada 21 September.Seperti yg di ketahui,Japan pernah berada satu group dengan Malaysia semasa Sukan Asia 2010 di China.Keputusn masa tu ialah Malaysia kalah 2-0.



Jurulatih bawah 23 tahun Japan, Takashi Sekizuka mempunyai ramai bakat2 muda yang kebanyakannya semua bermain di Liga Japan.Japan juga pada 12 Feb 2011 telah memenangi perlawanan persahabatan bertemu Bahrain dgn keputusan 2 – 0.
Kenali player Japan melalui link dibawah ini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Japan_national_under-23_football_team


Bahrain dan Syria pula adalah pasukan yg belum pernah ditemui Malaysia dalam tempoh terdekat ini.Bahrain penah dikejutkan Vietnam pada perlwanan pertama Sukan Asia 2010 dengan keputusan 3-1.Semestinya ini memberi sedikit sinar buat pasukan Malaysia terutamanya pada pertemuan di Bukit Jalil pada 27 November 2011.(ulangtahun petama perkahwinan aku..kecoh...).


Syria pula pasukan timur tengah yg seperti kita tau mengutamakan permain fizikal.Boleh dikatakan Syria seperti Lubnan yg kita tewaskan tempohari di pusingan kedua. Namun jangan kita mudah berpuas hati. Pastikan game di tempat lawan kita mendapat keputusan yang memuaskan dan terpuji. Dan di Bukit Jalil kita cuba menang semua perlawanan. Semuanyabergantung kepada pengadil..kehkehkeh...




GAMBAR ANAK MUDA YANG MENGERIKAN

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012



Berikut adalah kedudukan dua belas pasukan pilihan yang layak ke Pusingan Ketiga:



  • Pot 1: 1. Korea Republic, 2. Australia, 3. Jepun.



  • Pot 2: 4. Iraq, 5. Bahrain, 6. Qatar,



  • Pot 3: 7. Arab Saudi, 8. Syria, 9. Uzbekistan,



  • Pot 4: 10. Oman, 11. UAE dan 12. Malaysia.

Hari perlawanan untuk pusingan akhir adalah seperti berikut:



  1. Hari Pelawanan 1-21 September 2011 (Rabu).



  2. Hari Perlawanan 2- 23 November 2011 (Rabu).



  3. Hari Perlawanan 3-27 November 2011 (Ahad).



  4. Hari Perlawanan 4-5 Februari 2012 (Ahad).



  5. Hari Perlawanan 5-22 Februari 2012 (Rabu).



  6. Hari Perlawanan 6-14 Mac 2012 (Rabu).

Undian bagi Pusingan Ketiga Kelayakan Asia Olimpik 2012 akan diadakan di AFC House pada 3 petang, 7 JULY 2011.

Formatnya adalah secara timbal balik dari September 21, 2011 hingga Mac 14, 2011, dengan juara kumpulan akan layak ke Olimpik.Asia diperuntukkan 3.5 tempat untuk kejohanan bolasepak Lelaki Olimpik London 2012.