Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA THE BEGINNING PART 1

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 telah tamat. Peluang Malaysia pun berakhir di sini. Kita perlu optimis dan percaya yg ini hanyalah permulaan sahaja. Sokongan yg tinggi dan tak berbelah bahagi adalah bukti kembalinya bolasepak Malaysia diletakan di peringkat tertinggi di kalangan hati peminat semua. Aku yg berada di Stadium pada perlawanan menentang Singapura 28 July 2011 dapat menyaksikan betapa semua peminat sentiasa berdiri di belakang pemain2.

Sokongan padu ditunjukkan oleh peminat ketika bola sepak Malaysia memasuki fasa baru selepas merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF tahun lalu.Kesannya lebih 90ribu yg datang membanjiri stadium. Sampai ade duduk kat tangga tu…Ini sangat berbeza ketika Malaysia melayan kunjungan Bahrain pada aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2010 di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober 2007, hanya 2,000 orang yang hadir.

Jumlah kehadiran semalam juga jauh melebihi angka gabungan tiga perlawanan kelayakan edisi 2006 Malaysia beraksi di laman sendiri, 12,000 di Stadium Darul Makmur, ketika Malaysia tewas 1-3; 9,327 juga di Stadium Darul Makmur (Malaysia 0-2 Kuwait) dan 14,000 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang (Malaysia kalah 0-1 China).

Kepada semua rakan2 yg cintakan bolasepak janganlah bersedih hati ye..Perjalanan masih jauh dan sokongan kita amat diperlukan.Ape yg ingin saye ulaskan adalah analysis peribadi saya mengenai keseluruhan aksi pemain Malaysia. Lupakan takti dan cara permainan Singapura sbb ini adalah bolasepak. Kita akan buat apa sahaja untuk menanng sekalipun maruah digadaikan(tapi tidak untuk Harimau Malaya).Nikmati ulasan ini dn hari yg terbuka….

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat = Hero. Inilah name yg saye cadangkan selepas tamat 1st leg game aitu dan ternyata beliau memang layak bermain sbg penjaga utama Malaysia. Ingin saya ulangi, jikalau penjaga gol menunjukan bahasa badan yg positive,melakukan satu dua save bertaraf dunia.Secara tak lansung aksi permain pertahanan juga akan menjadi lebih baik.Inilah yg berlaku semalam.

Pemain import singapura, cubaan Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 berjaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.Khairul Fahmi juga terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini.” katanya.


Terbuktilah memang Apex penjaga gol No.1 di Malaysia sekarang ni. Tiada keraguan. Diharap Rajagopal akur dgn situasi ini. Cuma carilah pemain yg betol2 layak untuk challenge posisi No.1 ini supaya Apex tak segera tenggelam. Di bawah ini video aksi2 Apex sepanjang 90 minit perlawanan malam tadi.



No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...