Saturday, July 30, 2011

HARIMAU MALAYA THE BEGINNING PART 2(THE END)


Pertahanan




Muslim Ahmad masuk dan memberikan aksi terpuji

Kehadiran Aidil Zafuan memang amat diperlukan. Ketika nama beliau disebut sebagai kesebelasan utama di dalam stadium, sorakan penyokong membukttikan kehadiran beliau amat-amat dinanti. Amat kecewa sekali, pada minit ke-22, pemain pertahanan Malaysia itu, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas. Tiada masalah besar dgn dua gandingan ini. Tidak seperti aksi pertama di Jalan Besar, Muslim dan Fadhli kali ini mempamerkan persembahan terpuji namum bukanlah aksi terbaik mereka. Yang amat mengecewakan ialah pemain seperti Asraruddin yang kerap kali kali kehilangan bola apabila diasak pemain serangan Singapura. Mahali Jasuli juga tidak konsisten dan pada hujung-hujung permainan beliau lebih banyak berjalan dan seringkali melakukan hantaran yang salah.

Ingin dicadangkan agar Rajagopal mencuba pemain seperti Azmi Muslim bagi memberi cabaran pada Asrarudin yg nampaknya sangat mudah dan selesa untuk berada dalam pasukan kebangsaan Malaysia. Helmi Rameli pula agak gugup seperti yang ditunjukan dalam perlawanan bertemu Taiwan (memaksa Amirulhadi menggantikan beliau bermain sebagai bek kanan). Perlu diperhatikan perkembangan pemain seperti Afizie Faisal (bek kiri) dan juga Fandi Othman (Bek kiri dan kanan). Ini amat penting dan bagus untuk masa depan Malaysia. Di bawah ini petikan dari facebook Mahali Jasuli selepas tamat permainan.

"Teruja dengan sokongan yang di berikan oleh penyokong-penyokong malaysia sama ada di stadium mahupun di rumah.memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kemenangan kepada rakyat malaysia..teruskan sokongan anda.sukan nadi negara kepada kita satu malaysia :) "–Mahali Jasuli.

Tengah

Ismail Faruqi perlu banyak pendedahan
Ketiadaan Safiq Rahim amat dirasai. Penggantinya Ismail Faruqi masih perlu banyak belajar. Amat pelik sekali kenapa Rajagopal mengekalkan beliau bermain sehingga separuh masa kedua, sedangkan beliau memang langsung tidak berkesan. Kenapa dia boleh melakukan taktikal gila semasa bertemu Taiwan dengan mengeluarkan Helmi Rameli, memasukan Hadi Yahya, kemudian meletakan Amirulhadi di posisi bek kanan. Kenapa tidak memasukan pemain seperti Baddrol dan Ashaari? Di sini Rajagopal amat memgecewakan. Sebaliknya beliau memasukan Gurusamy yang lebih defensive di kala kita memerlukan gol kedua.

Amar Rohidan hanya biasa-biasa sahaja..kurang menutup ruang sehingga membolehkan pemain serangan Singapura berleluasa di kawasan Malaysia. Amirulhadi pula tidak berapa berkesan. Beliau lebih elok dimasukan sebagai pemain gantian disaat genting. Peranan seperti ini lebih sesuai untuk beliau. S.Kunalan hanyalah satu-satunya pemain midfield yang paling cemerlang. Larian kencang beliau di sebelah kiri memberi ancaman kepada pertahanan Singapura. Hantaran beliau kepada Safee Sali mebolehkan penyerang itu meledak gol pertama untuk Malaysia.

Serangan

Penyerang terbaik era kini
Gandingan Safee Sali dan Hadi Yahya masih belum serasi . kekurangan sumber bola dari kawasan midfield menyebabkan kedua penyerang ini seperti hilang punca. Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan. Inilah satu-satunya peluang terbaik yang kita ade dan hasilnya jaringan gol dijelmakan.

Masa inilah kita rindukan Aksi Mat Yo dan Zaquan Adha. Aku percaya sekiranya kita mempunyai full squad, pastinya kejayaan milik Malaysia. Dibawah ini saya senaraikan pemain-pemain yang jika kita ada pastinya akan memberi kesan yang berbeza..Bayangkan senarai pemain di bawah ini beraksi dah hasilnya juga…ermmmms…malangnya semua sudah berakhir. Jumpa lagi 2018 di Russia. Insya’allah..


Khairul Fahmi, Aidil Zafuan,Safiq Rahim, S.Kunalan, Badrol bahktiar, Ashaari Samsudin, Zaquan Adha, Nurshahrul Idlan Talaha.
Mat Yo sayu...

Lupaka kisah ini. Kita buka cerita baru dan semangat baru. Yang paling penting sokongan kita kepada tean Malaysia. Ditinggalkan dengan full highlight Malaysia vs Singapore.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...