Tuesday, September 11, 2012

Preview Malaysia vs Vietnam : Dari kaca mata hanjeng.




Pengenalan
 
Salam..hah??nama pun perlawanan bolasepak..tak kisahlah persahabatan ke..permusuhan ke..yang penting mesti kena mahu menang. Jikalau tiada mentaliti untuk menang, al-maknanya lingkuplah pasukan Harimau Malaya ini. Sedangkan budak sekolah bermain bola waktu petang pun bergaduh mahukan kejayaan mutlak. Menang bermakna hebat. Kalah adalah sayur bayam ataupun kobis bunga.
 
 
Isi Kandungan
 
 
Pada malam ini sekali lagi kita disajikan perlawanan persahabatan antara Harimau Muda bertemu Vietnam. Jika pada 1980-an dahulu, bertemu Vietnam ini samalah sahaja ibarat berlawan menentang Timor Leste ataupun Brunei pada ketika ini. Namun kini keadaan sudah berbeza. Vietnam dengan 10 ranking di atas Malaysia bagaikan pasukan Japan di hati peminat bolasepak Malaysia yang masih hijau. Ibarat hampir mustahil untuk mengukir kejayaan walaupun beraksi di Shah Alam. Jika seri adalah rezeki. Jika kalah, redhaaaaa....
 
  
Sebab itulah awal-awal lagi King Raja tidak mahu meletakkan sebarang janji pada pertemuan ini. Takut dibahan mati-matian barangkali mungkin sekiranya Malaysia kalah pada malam ini. Tetapi kita faham situasi beliau. Bak kata pepatah sebuah pasukan yang dah lama tak menang piala "IN RAJAGOPAL WE TRUST' . Akibat 'trust' yang berpanjangan inilah kita semua akan menangis teresak-esak...
 
 
Saya tiada masalah dengan siapa yang akan diturunkan pada malam ini. Ini kerana pemain-pemain kita semuanya berbakat dan kesengalan mereka lebih kurang sama sahaja. Maaf cakap lah ye...Kalau yang cerdik pun mungkin Khairul Fahmi dan Farizal Marlias. Hanya posisi ini sahaja yang begitu mantap. Kehadiran Amir Taj dan Aidil pula akan memberi lebih perlindungan kepada penjaga gol kita pada malam ini. Sebelah kiri dan kanan pertahanan pula adalah lebih manis andainya Zubir Azmi dan Bunyamin yang memulakan aksi. Jangan risau kerana kita masih memiliki Mahali Jasuli, Fadli Shas, Faizal Muhammad, Muslim Ahmad dan Azmi Muslim.
 
 
Gary Steven Robat yang menolak bulat-bulat tawaran beraksi bersama F.C Koln mungkin akan mengisi bahagian tengah bersama Safiq Rahim. Meninggalkan Shakir Shaari seperti biasa terkulat-kulat di bangku simpanan. Bahagian sayap pula boleh diisi oleh Wan Zack, Azamuddin Akil, Christie Jayaselan dan juga pemain Lutut Kuat, Zaquan Adha. Pemain Terengganu, Shukor Jusoh pula yang bebas rasuah sentiasa bersedia beraksi andai dipanggil oleh King Raja.
 
 
Safee Sali, Badrol Bahktiar dan Mat Yo sekali lagi akan berhempas pulas untuk mencuba menjadi mesin gol. Setiap daripada mereka ada kelebihan tersendiri. Kepada mereka semualah kita letakkan harapan. Bermainlah ibarat kita beraksi di Piala Dunia walaupun sasaran sebenar kita adalah untuk layak ke Piala Dunia 2058 secara merit. Huh!!!
 
 
Penutup
 
 
Mungkin semua tidak perasan..ataupun buat-buat tidak tahu. Saya telah tertinggal menyebut nama seorang pemain yang hebat dalam membuat gerakan tanpa bayang. Beliau bukanlah model minuman 100 plus ataupun model papan iklan moto SYM. Beliau hanyalah seorang insan yang laju kerana mempunyai 3 pasang paru-paru. Tak lain tak tidak bukan...inilah HERO MUSOHNYO HABIS BINASO!!!!
 
"S. KUNALAN"
 
Sesiapa yang tak setuju dengan kehebatan beliau ini samalah sahaja dengan Soltan Bola. Mohon S. Kunalan dianugerahi gelaran Datuk S. Kunalan.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...