Salam..saingan Piala Malaysia telah masuk peringkat suku akhir. Percaya atau tidak...semua pasukan ramalan saya untuk mara ke suku akhir adalah tepat belaka kecuali Felda United dan Pahang. Tak percaya? bole baca disini (http://hadriegas.blogspot.com/2012/08/piala-malaysia-2012.html). Lupakan Van Persie dan 'kehebatan' Liverpool buat sementara. Ada yang lagi penting ketika ini iaitu Piala Malaysia. Walaupun jadual suku akhir berserabut akibat terserentak dengan Piala AFC dan Piala Sultan Selangor, namun ia tidak menghalang FAM yang hebat merombak jadual menjadi sangat teratur dan memuaskan semua pihak. Memang benar FAM pakar dalam membuat rombakan.
Mari kita lihat analisis dan peluang satiap pasukan yang layak ke sukuk akhir pada Piala Malaysia 2012 ini. Mampukah Azraai Khor pergi lebih jauh? Ataupun Sang Singa 12 kembali menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1994? Semuanya akan terjawab kelak. Mari kita nantikan bersama...
Pahang lawan Lions XII FC
Ini bukan Pahang ketika era 90-an dahulu dimana Zainal Abidin Hasan mendatangkan gerun kepada pemain Singapura dengan wajah negronya. Namun peningkatan yang ditunjukkan Pahang FA amat mengkagumkan. Sejak terpelosok ke Liga Perdana, anak buah Dollah Salleh kini sudah insaf. Pembangunan pemain-pemain muda juga mula dipandang serius oleh Soltan Bola. Hasilnya kini mereka sedang dalam proses memburu kejuaraan Piala Malaysia yang ke-3. Ya hanya yang ketiga. Amat berbeza dengan Singapura yang sedang mencari Piala Malaysia mereka yang ke-25 untuk dibawa ke seberang tambak.
Azamuddin Akil aka Alex..tiada pertalian persaudaraan dengan Najib Razak. |
Pahang dalam misi penting menewaskan Singapura kerana sudah pasti seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang bontot Soltan Bola. Namun mengharapkan Pahang menewaskan Singapura adalah sama seperti menyimpan angan-angan menunggu Liverpool menewaskan Real Madrid. Ia amat mustahil untuk dilakukan pada zaman ini. Singapura amat mantap di semua posisi terutamanya apabila mereka beraksi di Jalan Besar. Tetapi mereka juga bukanlah pasukan yang kebal. Oleh itu, Pahang wajib mengambil kesempatan sepenuhnya keitika bermain di Darul Makmur. Sekiranya semua berjalan lancar, tidak mustahil Pahang akan ke Separuh Akhir selepas kali terakhir muncul di pentas Final pada 1997.
Johor FC lawan Selangor
Wak Am THE TEMPE WARRIOR. |
"Don't mess with the tempe eater"...mungkin itulah kata-kata azimat yang sentiasa dipegang oleh Amri Yahyah. Bagaikan Perwira Tempe yang mengamuk sakan. Selepas digantung 3 perlawanan beliau kembali dengan paru-paru baru lagaknya. Membantu Selangor yang hampir terkelucai layak ke suku akhir dengan penuh bergaya. Itulah dia Amri Yahyah. Namun yang pasti individu yang paling lega ialah semestinya Irfan Bakti. Beliau sememangya tidak mahu melihat Selangor menamatkan musim ini tanpa piala. Dengan bakat terhad yang dimiliki Selangor ketika ini, pencapaian mereka setakat ini boleh dikatakan terpuji. Terpuji sangaaaaaat....
Johor FC pula secara konsisten telah layak ke suku akhir untuk kesekian kalinya. Pencapaian yang amat hebat untuk sebuah pasukan berstatus kelab. Pencapaian seperti inilah yang membuatkan Roman Riquelme menawarkan diri untuk beraksi dengan Johor FC dan bukannya Johor FA. Jika diambil kira prestasi semasa ketika ini, Johor FC boleh menewaskan Selangor. Itupun sekiranya para pemain Johor FC mengamalkan pemakanan tempe secara kerap menjelang pertemuan dengan Selangor ini. Mampukan MISI 33 dilaksanakan? Atau Johor FC akan membuat kejutan pada edisi kali ini?
Ramalan Cikgu Sandaran: Selangor menewaskan Johor Fc.
KL Felda United FC lwn Kelantan
Pasti panas pertemuan ini nanti... |
Kebangkitan pasukan KL Felda United ini tiada kena mengena dengan kenaikan Saham Felda Global Ventures yang mencanak-canak bagaikan pucuk kadok terkena cahaya mentari pagi. Alangkah manis sekiranya Felda memenangi pertemuan ini. Sudah pasti ramai pakcik makcik Felda akan melonjak kegembiraan meraikannya. Farderin Kadir merupakan nadi penting pasukan Felda. Jika beliau mula menjaringkan gol, maka Kelantan dalam keadaan bahaya.
Kekuatan Kelantan sudah diketahui oleh semua umat Malaysia. Mungkin inilah masanya untuk mereka menambah koleksi Piala Malaysia yang ke-2. Kuasa bolasepak baru ini perlu membuktikan mereka boleh mengimbangi pasukan ketika bermain dalam banyak kejohanan musim ini. Masalah kecederaan dan kepenatan tidak boleh dijadikan alasan sekiranya mereka terkandas di peringkat ini. Bojan Hodak sudah bersedia mengukir 'treble' dalam lipatan sejarah bolasepak Kelantan.
Ramalan Makcik Felda: Kelantan mara ke Separuh Akhir.
Ramalan Makcik Felda: Kelantan mara ke Separuh Akhir.
ATM lwn Negeri Sembilan
Dahulu "Musuhnyo Habis Binaso".... |
Percayakah anda ATM pernah menjadi Naib Juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali? Kini dengan transformasi penuh yang mereka tekah lakukan, tidak mustahil mereka akan bergelar Juara pada 2012 ini. Mencilok Hairuddin Omar dan beberapa pemain negeri sembilan yang lain adalah satu tindakan bernas serta bijak bagaikan otak Sang Kancil. Mungkin Sathianathan boleh menjadikan Hairuddin Omar sebagai pemain pertama yang memenangi dan menjaringkan gol di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 4 kali berturut-turut.
Namun ATM bukanlah menghadapi lawan semudah Liverpool. Juara bertahan, Negeri Sembilan pasukan yang sangat misteri apabila tiba di kancah Piala Malaysia. Mereka sangat memahami cara untuk memenangi Piala Malaysia tepat pada waktu dan ketikanya. Untuk menenewaskan Negeri Sembilan memerlukan kepakaran seperti Pep Guardiola. Azraai Khor adalah seorang jurulatih yang tenang dan gandingannya dengan 'Ketua Peragut' Shukor Adan pastinya mendatangkan gerun kepada sesiapa jua yang menentang mereka. Pertembungan yang sangat menarik untuk dilihat dan disaksikan bersama sahabat handai di kedai mamak.
Ramalanku benar belaka: ATM melakar kejutan terbesar menewaskan Juara Bertahan.
Perlawanan Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2012.
21 Sep 2012 | Jumaat
Pahang vs Lions XII - Stdm Darulmakmur
Johor FC vs Selangor - Stdm Jcorp P.Gudang
28 Sep 2012 | Jumaat
Felda Utd vs Kelantan - Stdm Hang Jebat
ATM vs N.Sembilan - Stdm MP Selayang
Perlawanan Suku Akhir kedua Piala Malaysia 2012.
26 Sep 2012 | Rabu
Lions XII vs Pahang - Stdm Jln Besar
Selangor vs Johor FC - Stdm Shah Alam
2 Okt 2012 | Selasa
Kelantan vs Felda Utd - Stdm Sultan Muhammad IV
N.Sembilan vs ATM - Stdm STAR Paroi
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...