LA LIGA SEPANYOL
Atletico Madrid vs Rayo Vallecano
Atletico Madrid masih lagi dalam 'mood' kejayaan menewaskan Chelsea dalam Piala Super Eropah tempohari. Dengan prestasi Falcao yang semakin menjadi-jadi, sudah pasti Vallecano akan menghadapi satu tempoh yang sukar apabila pertemuan ini berlangsung. Setakat ini Madrid baru sahaja melalui 2 perlawanan dan mengumpul 4 mata meletakkan mereka di tangga ke-8 Liga. Namun dengan persembahan mantap sejak kebelakangan ini, menjadikan mereka pilihan dalam pertemuan menentang Vallecano.
Rayo Vallecano pula memulakan kempen musim ini dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan Granada dan Betis berturut-turut sebelum seri menentang bekas Juara Piala Europa 20096 dan 2007, Sevilla dengan keputusan 0-0. Kebangkitan awal Vallecano ini banyak dibantu oleh persembahan mantap penyerang muda dari Brazil yang berumur 20 tahun iaitu Leo Baptistao. Gandingan beliau dan pemain tengah Trashorras benar-benar memberi impak pada Vallecano di awal musim ini.
Namun begitu, para 'bookies' bersepakat memilih Atletico Madrid sebagai pemenang dengan menewaskan Vallecano 3-0.
BUNDESLIGA JERMAN
Borrusia Dortmund vs Bayer Leverkusen
Penyandang juara musim 2011/2012 Dortmund akan melayani kunjungan Naib Juara Liga musim 2010/2011 Leverkusen dalam aksi ke-3 Bundesliga hujung minggu ini. Dortmund memulakan kempen Bundesliga dengan langkah kanan apabila menang menentang Werder Bremen sebelum seri bertemu Nurnberg 1-1. Walaupun spekulasi perpindahan Lewandowski menyelubungi kem Dortmund, namun ia bukan pengahalang untuk mereka menewaskan Leverkusen. Walaupun Dortmund diundi dalam kumpulan maut di Champions League, namun fokus mereka dalam Bundesliga masih tidak terganggu.
Dengan hanya aksi di Liga Europa yang menjadi taruhan Leverkusen, sudah pasti mereka memandang serius setiap pertemuan dalam Bundesliga musim ini. Namun musim ini mereka sudah mengalami kekalahan pertama bertemu Eintracht Frankfurt yang ketika ini menduduki tangga ke-2 Bundesliga. Dau pertemuan menentang Dortmund musim lepas tidak memihak kepada mereka apabila hanya mampu tewas dan seri. Lars Bender akan menjadi antara watak penting dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan pertahanan mantap dari Philipp Wollscheid, ini bermakna tiada jalan mudah buat Dortmund.
Sebulat suara ahli peramal memilih Dortmund akan menang 2-1. Walaupun payah, tetapi sedikit kualiti dalam pasukan bimbingan Jurgen Klopp akan membuat Leverkusen bersedih.
BARCLAYS PREMIER LEAGUE
Everton vs Newcastle
Everton menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawananan permbukaan. Diikuti dengan kejayaan menjinakkan Aston Villa 3-1. Namun selepas itu secara mengejut tewas kepada pasukan yang sedang berada pada kedudukan ke-3 ketika ini Liga iaitu WBA. Berita kecoh mengenai perpindahan Fellani sedikit sebanyak mengganggu persedian pasukan Everton menentang seteru sama tara kekuatan, Newcastle. David Moyes pasti pening memikirkan siapa yang hendak diturunkan andainya Fellani enggan beraksi seperti biasa pada pertemuan ini.
Newcastle dan Everton musim lepas masing-masing memenangi pertemuan Liga di tempat sendiri. Ini membuktikan kekuatan mereka sama tara. Tetapi barisan serangan milik Alan Pardew sedikit mengatasi pasukan Everton. Musim ini mereka sudah kembali memiliki Ben Arfa yang setakat ini telah menjaringkan 2 gol. Ba dan Cisse pula sentiasa mendatangkan bahaya kepada mana-mana juga pertahanan yang mengawal mereka. Tugas sukar menanti Jagielka dan rakan-rakan.
Adakah Newcastle berjaya menewaskan Everton? Ahli jemaah meramalkan kedua pasukan akan seri 2-2. Semua orang gembira.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...