Wednesday, September 5, 2012

Penyu Lemas : Masihkah boleh bernafas?



"Sebuah pasukan perlu menjadi seperti Terengganu pada musim lepas, yakni bermain dalam Liga Super, bermain hingga ke perlawanan akhir Piala FA dan juga Piala Malaysia untuk mendapatkan sejumlah 44 perlawanan kompetitif. Dan itu pun ia masih kurang 1 perlawanan dari kadar purata 'standard' yang boleh kita sasarkan untuk mana-mana pasukan pro di seluruh dunia."


Ini cerita musim lepas. Musim ini amat berbeza. Tersingkir awal dalam Piala FA dan Piala Malaysia. Kempunan melihat jiran, Kelantan menjulang Liga Super. Apakah puncanya prestasi mereka jatuh menjunam? Pasukan ini pada mulanya dijangka akan menjadi kuat meskipun dengan ketiadaan Irfan Bakti dan Marzuki Yusof yang semakin tua. Manakan tidak, kehadiran beberapa tonggak tambahan dari Harimau Muda seperti Muslim Ahmad dan Shukor Jusoh memperlihatkan Terengganu seperti bakal menguasai musim 2012.


Setelah ketiadaan Irfan, pihak pengurusan segera mengambil Mat Zan Mat Aris, jurulatih yang pernah membawa kejayaan menjulang Piala Malaysia kepada Terengganu pada 2001. Namun jodoh beliau tidak panjang dengan Terengganu. Selepas 6 bulan, prestasi pasukan sedikit turun naik. Namun masih terkawal. Sejurus selepas pemergian beliau, Peter Butler mengambil alih pasukan. Secara kebetulan pula kedudukan Terengganu dalam Liga sedikit jatuh dari tangga ketiga ke tangga kelima. Manakala disaingan Piala AFC, mereke disingkirkan Kelantan.


Isu Mat Zan tidak habis di situ sahaja apabila gaji beliau tidak dibayar sepenuhnya mengikut tempoh sepanjang perkhidmatan beliau. Inilah kesannya apabila Persatuan Bolasepak Negeri diuruskan bagai sebuah Pejabat Tanah lagaknya. Namun Mat Zan sudah membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara FAM. Entah apa reaksi FAM pun saya tak tahulaaaahh...FAM kaaaaan....


Pada mulanya kehadiran Butler dijangka akan mengembalikan era Guru Disiplin Irfan Bakti. Namun ia kelihatan samar-samar ayam. Mungkin peminat Gomo Kelate Gomo lebih mengenali beliau. Dalam kes Muslim dan Ismail, ingin saya persoalkan kenapa perlu keluar jam 3 pagi membeli panadol? Tidak ada 1st aid kah dalam kem pasukan? Fisioterapi pasukan coti kah? Peter Butler pula sepatutnya menyelesaikan isi ini secara tertutup bersama-sama pihak pengurusan. Apabila dah terbukti salah, barulah buat pengumuman. Awok pun satu...gelojoh bebenor...


Tentang Sharbinee pula, memang padanlah muka kau kena maki dengan Butler. Butler tidak seperti Rajagopal yang dah terkena panahan arjuna Sharbinee. Walaupun secara konsisten bengap ketika mewakili Terengganu dan Malaysia, tetapi wajah kacak beliau tetap ada dalam senarai pasukan kebangsaan. Bagi pendapat saya, SPRM sedikit lembat melakukan siasatan kepada beliau. Shabinee sepatutnya disoal selepas kita kalah 5-3 pada kelayakan Piala Dunia tahun lepas di Jalan Besar. 


Apakah masalah sebenar Terengganu? Selepas kali terakhir menjadi Juara Piala Malaysia 2001, mereka suram dengan kegemilangan sehingga munculnya Irfan Bakti pada 2010. Pada 2011 pula pelbagai kejayaan dimiliki mereka. Dengan hanya sekelip mata, pada 2012 segalanya berubah. Sesiapa yang biasa dengan budaya bolasepak Malaysia sudah pasti tahu apakah puncanya kejatuhan mendadak ini....adakah Terengganu sedang menunggu Saudagar Minyak menaja pasukan mereka? PUI!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...