Analisis kali ini hanya untuk kumpulan B sahaja yang melibatkan pasukan Harimau Malaya. Indonesia, Singapura dan Laos adalah pasukan yang mesti ditewaskan oleh Harimau Malaya. Namun mampukah kita selepas beberapa siri perlawanan persahabatan yang tidak menunjukkan sebarang petanda yang kita mampu mempertahankan kejohanan serantau ini?
Ramai yang menyangka Harimau Malaya sudah bertukar menjadi 'Ulat Gonggok'. Namun tak kurang juga yang masih menyimpan sedikit perasaan sayang kepada pasukan ini dan yakin Harimau Malaya akan "bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula". Tetapi jika kita tidak mahu menyokong Harimau Malaya, takkan pula kita nak menyorak untuk pasukan Singapura yang tidak original itu.
Oleh itu mari kita kenali pasukan lawan Malaysia di dalam kumpulan B ini. Dipersembahkan...INDONESIA!!!!!!
INDONESIA
Pasukan Indonesia pada kali ini amat berbeza dengan barisan yang ada pada 2010 dahulu. Hanya 3 pemain sahaja dari skuad 2010 yang dikekalkan iaitu Bambang Pamungkas, Irfan Bachdim dan Oktovianus Maniani. Selebihnya adalah kombinasi terbaik pemain mereka daripada LPI dan LSI. Kali ini mereka hadir dengan tanpa tekanan daripada peminat Ultras Endon selepas konflik hancor lodoh yang melanda PSSI.
Dengan tekanan yang minima ini, mereka berharap dapat menunjukkan kekuatan sebenar walaupun hanya sempat mengadakan 2 perlawanan persahabatan sahaja menentang Timur Leste dan Cameroon. Menang 1-0 denga Timur Leste hasil jaringan pemain tua mereka Bambang Pamungkas. Manakala seri dengan Cameroon Muda 0-0. Berdasarkan keputusan ini, boleh dikatakan pasukan Garuda berada pada landasan yang betul.
Masih berharap pada Si Tua Bambang. |
Nil Maizar baru sahaja beberapa bulan menjadi jurulatih pasukan Garuda ini. Bekas pemain kebangsaan Indonesia ini mempunyai misi besar untuk mengembalikan semula maruah mereka di Asia Tenggara. Masih bersandarkan format lama iaitu menaturalisasikan rakyat luar menjadi warga negara Indon sebagai antara usaha demi mencapai kejayaan segera. Setakat ini mereka sudah berjaya "meng-Endonkan" dua pemain Belanda iaitu pemain tengah, Tonnie Cussel, 29, dan penyerang, Jhonny van Beukering, 29. Dan pada ketika entri ini ditulis, mereka sedang rakus "meng-Endonkan" pemain pertahanan Belanda, Raphael Maitimo.
Mampukah Indon memecahkan 'telor' tidak pernah memenangi Piala Suzuki ini? Atau mereka akan tersangkut di Separuh Akhir buat kesekian kalinya? Marilah kita sama-sama tunggu pencapaian pasukan yang amat dibenci ini.
Rekod Kejohanan:
Naib Juara: 2000, 2002, 2004 dan 2010
Bermain: 44 perlawanan
Menang: 24 perlawanan
Drawn: 7 perlawanan
Kalah: 13 perlawanan
Jaringan: 123 gol
Bolos: 59 gol
Drawn: 7 perlawanan
Kalah: 13 perlawanan
Jaringan: 123 gol
Bolos: 59 gol
Kemenangan terbesar: 13-1 vs Philippines (2002)
Kekalahan terbesar: 1-4 vs Thailand (2000-Peringkat Kumpulan) dan 1-4 vs Thailand (2000-Akhir)
Penjaga Gol:
ENDRA PRASETYA SUPRAPTO
I MADE WIRAWAN
SAMSIDAR
WAHYU TRI NUGROHO
Pertahanan:
DIEGO ROBBIE MICHIELS
FACHRUDDIN
HAMKA HAMSAH
HANDI RAMDHAN
HENGKI ARDILES
NOPENDI
NOVAN SETYA SASONGKO
RAPHAEL GUILLERM EDUARDO MAITIMO
FACHRUDDIN
HAMKA HAMSAH
HANDI RAMDHAN
HENGKI ARDILES
NOPENDI
NOVAN SETYA SASONGKO
RAPHAEL GUILLERM EDUARDO MAITIMO
Tengah:
AHMAD BUSTOMI
BERNARDUS VALENTINUS TELAUBUN
CORNELES SEGIUS GEDDI
ELIE AIBOY
FIRMAN UTINA
HENDRA ADI BAYAUW
JAJANG PALIAMA MUJIANTO
MUHAMMAD NUR ISKANDAR
OCTOVIANUS MANIANI
RASHYID ASSAHID BAKRI
TAUFIQ
TONNIE HARRY CUSELL
VENDRY RONALDO MOFU
WAHYU WIJIASTANTO
Serangan:
AGUNG SUPRIYANTO
ANDIK VERMANSAH
ARTHUR DANIEL IRAWAN
BAMBANG PAMUNGKAS
IRFAN HAARYS BACHDIM
JHONNY RUDOLF VAN BEUKERING
PATRICH STEFANUS WANGGAI
RACHMAT SYAMSUDDIN LEO
SAMSUL ARIF MUNIP
ANDIK VERMANSAH
ARTHUR DANIEL IRAWAN
BAMBANG PAMUNGKAS
IRFAN HAARYS BACHDIM
JHONNY RUDOLF VAN BEUKERING
PATRICH STEFANUS WANGGAI
RACHMAT SYAMSUDDIN LEO
SAMSUL ARIF MUNIP
Jurulatih: NILMAIZAR
*Senarai akhir 22 pemain akan dihantar sehari sebelum kejohanan bermula.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...