Saturday, November 24, 2012

Prebiu Piala AFF Suzuki: MALAYSIA vs SINGAPURA





Malaysia mementang Singapura bukanlah satu perlawanan bola sepak biasa seperti Manchester United menentang Everton. Hambar dan tiada tarikan walaupun ia menjadi menarik apabila Manchester tewas kepada Everton pada akhir permainan. Pertembungan Malaysia-Singapura ini lebih kepada mencari hak untuk mendabik dada di antara dua negara yang mana bola sepaknya mempunyai pertalian rapat bagaikan seorang gadis sunti dengan 'twitter updatenya' .



Gergasi Asia Tenggara yang baru, Malaysia akan bertemu bukan sahaja Singapura, malahan England, Bosnia, Serbia dan juga China dalam satu perlawanan yang serentak. Dahsyat bukan askar-askar upahan negara pulau ini? Benarlah kata-kata Kakeeru Daichi seorang pemain bolas sepak hebat dalam pasukan Kickers.."Untuk menang sesuatu kejohanan, adalah lebih baik kita menentang pasukan yang kuat diperingkat  awal.". Nah, kini peluang di hadapan mata. Santap saja!!!!


Harimau Malaya perlu berjuang seolah-olah mahu merampas kembali hak Pulau Batu Putih dan menegakkan kebenaran isu Tanjung Pagar. Berjuang demi mempertahankan maruah Zed Zaidi yang selama ini 'dimalukan' oleh Aaron Aziz sehinggakan ada AJK Seniman sendiri yang muak dengan perangai ZZ. Anggaplah ini adalah perlawanan akhir dan jadikanlah pasukan Singapura sebagai makan malam pada ahad nanti.



Rajagopal sepatutnya tidak berdepan banyak masalah dalam menyekat taktikal Singapura. Ini kerana rakan sejawat beliau Avramovic menyenaraikan 12 pemain Lions XII yang mendapat tempat kedua di dalam Liga Super 2012. Ia melebihi separuh daripada skuad penuh Singapura. Manakala Rajagopal pula yakin serta tenang dengan memilih 3 orang sahaja pemain Kelantan yang menjadi Juara Liga Super 2012. Salah satu strategi bijak Rajagopal yang perlu dipuji.


Bersediakah kita semua untuk berdiri teguh di belakang Harimau Malaya? Tidak kisahlah sama ada kita pergi ke stadium ataupun menonton di rumah aweks tercinta. Setiap sokongan dan doa itu amat penting untuk mereka. Lupakan sementara keputusan buruk semasa perlawanan persahabatan. Kini kejohanan sebernar sudah bermula. Singapura bukan lawan mudah, tetapi tidak mustahil untuk ditewaskan.


Berikut adalah 4 pertemuan terakhir antara Malaysia dengan Singapura:

Perlawanan Persahabatan:
Jun 12, 2012
Malaysia 2 - Singapore 0

Perlawanan Persahabatan:
Jun 8, 2012
Singapore 2 - Malaysia 2

Kelayakan Piala Dunia 2014 (Asia) ‎(WCQA)
Jul 28, 2011
Malaysia 1 - Singapore 1

Kelayakan Piala Dunia 2014 (Asia) ‎(WCQA)
Jul 23, 2011
Singapore 5 - Malaysia 3


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...