Wednesday, February 20, 2013

Misi Chelsea Menghapuskan Kejahatan.




Manchester City vs Chelsea FC
February 24, 2013 9:30 PM MYT
Etihad Stadium - Manchester


 
Chelsea terpanggil untuk menyahut seruan menghapuskan kejahatan setelah melihat sebuah lagi Manchester terkial-kial hendak menjahanamkan satu lagi Manchester yang terkenal dengan sillaturrahim bersama syaitan. Dengan menganggap ia adalah misi sejagat alam, Chelsea tanpa rasa ragu tampil menawarkan diri. Kini seluruh England sekarang mengharapkan pada Chelsea untuk menghalang Manchester United.


Tidak kiralah sama ada Liverpool, Everton mahupun Tottenham Hotspur dan semua kelab EPL lain kini bergantung harapan pada Chelsea. Kecuali Arsenal kerana mereka masih lagi berpegang pada 'In Arsene We Trust'. Tetapi seluruh umat London dan England khususnya sangat bijak. Mereka tidak mahu menghujung tandukan telur mereka kepada Arsenal. Kenapa? Ini kerana menyandarkan harapan kepada sekumpulan budak-budak berkulup samalah seperti menyandarkan kenangan pada sekumpulan pemain-pemain bersejarah.




Pasal pasukan-pasukan lain yang bercita-cita hendak merampas mahkota EPL dari Manchester United, tidak perlulah saya bercerita panjang. Itu semua perkara bangang. Terutamanya Manchester City. Mereka bangang kerana ada 11 penyerang dan masih tidak boleh jaringkan gol. Bahkan Gareth Barry boleh pula menjaringkan gol sendiri. Arsenal pun satu lagi bangang kerana main ART dan bukannya main bolasepak. Tottenham pun sama bangang juga. Pasal kelab yang satu lagi tu, lagi malas aku nak cerita sebab yang itu standard relegation battle.


 

1 comment:

  1. TQ atas perhatian..kawe tulis ni suke2 jek..takde niat nak kaut duit dan mencari populariti..hanya dgn niat nak menyimpan jadi bahan sejarah di masa depan...then kamu boleh baca keseluruhan blog ni before make your jugdement...kadang2 ade yang sama,tapi tak semua..bak kata pepatah.."nampak sama, tapi bukan dia"..apa2 pun TQ!!!

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...