There was an error in this gadget

Sunday, May 11, 2014

Piala Dunia 2014: Algeria


Piala Dunia 2014: Algeria

Pengenalan.


Piala Dunia 2014 ini adalah penampilan yang ke-4 buat Algeria selepas 1982, 1986 dan 2010. Algeria sebenarnya berpeluang menjadi pasukan Afrika pertama yang layak ke peringkat kalah mati pada tahun 1982 sebelum skandal Austria-Jerman meragut peluang mereka. Berita skandal ini memaksa FIFA untuk melangsungkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan secara serentak.

4 tahun kemudian mereka layak sekali lagi. Namun amat malang apabila Algeria diletakkan dalam satu kumpulan dengan Brazil, Sepanyol dan Ireland Utara. Selepas itu Algeria terpaksa menunggu sehingga 24 tahun untuk kembali bermain pada Piala Dunia 2010. Tetapi mereka sekali lagi memberikan aksi yang hambar.

2014 mereka tampil lagi. Misi mereka adalah untuk menggembirakan umat Algeria yang sudah berdekad-dekad tertindas. Rakyat Algeria telah dirobek ketenangannya semenjak rampasan kuasa haram pada Januari 1992. Penangkapan secara rambang dan beramai-ramai terhadap mereka yang tidak bersalah, termasuk guru, jurutera, doktor, peguam, pedagang, dan pelajar. Mereka dihantar tanpa usul-periksa ke kem-kem kurungan atau pun dicampak ke dalam penjara dan dilayan dengan cara yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Mungkin hanya bola sepak yang mampu mengubati kepiluan mereka ini.

Jadi apakah rahsia kejayaan mereka dalam bola sepak? Hampir 97% pemain utama dalam pasukan Algeria ini bermain dengan pelbagai kelab di seluruh Eropah seperti Portugal, Itali, Perancis, England dan Sepanyol. Dan mungkin inilah formula yang memacu bola sepak mereka ke arah kemajuan di samping diurus tadbir dengan sifat keghairahan dan cinta pada sukan bola sepak itu sendiri. Di Malaysia? Ermmmmmsssss...


Jurulatih: Vahid Halilhodzic. 


Bekas penyerang Yugoslavia yang berusia 61 tahun ini adalah individu yang bertanggungjawab membawa Ivory Coast layak ke Piala Dunia 2010 tetapi telah dipecat sebaik sebelum bermulanya kejohanan tersebut.

Vahid Halilhodzic juga berkali-kali menegaskan bahawa skuad Algeria bersedia untuk melakukan kejutan dalam kumpulan yang turut dihuni pasukan hebat seperti Russia, Belgium dan Korea Selatan ini.


Ketua Pasukan: Madjid Bougherra. 


Mula beraksi bersama pasukan Algeria pada tahun 2004 dan sejak itu beliau telah berjaya mengumpul lebih 60 penampilan dan menjaringkan 4 gol. Beliau juga pernah bermain di England untuk pasukan Sheffield Wednesday dan Charlton serta kemudiannya beraksi selama 3 tahun di Scotland dengan pasukan Rangers.

Ketua pasukan ini bermain di posisi pertahanan tengah yang kini sudahpun berusia 31 tahun serta merancang akan bersara selepas tamatnya kejohanan ini. Madjid Bougherra ialah pemain kelahiran Perancis namun memilih untuk beraksi bersama negara kelahiran datuknya ini kerana dia merasakan pencapaian terbesar hanya akan dikecapi jika menyarung jersi Algeria.


Pemain Bintang: Islam Slimani. 


Dia seorang pemain yang mempunyai fizikal yang tinggi dan hebat di udara. Islam Slimani merupakan pemain penting untuk Algeria dan dia telah menjaringkan 5 gol di sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2014

Penyerang pasukan Sporting Lisbon ini dijangka akan sekali lagi menjadi sandaran dan harapan Algeria untuk mendapatkan gol.


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Saphir Sliti Taider. 


Pemain muda ini dibesarkan di Perancis dan juga pernah bermain untuk pasukan remaja Perancis. Tetapi dia layak bermain untuk Algeria kerana susur galur keluarganya.

Inter Milan telah membelanjakan £4.8 Juta untuk pemain yang berusia 21 tahun ini dan ini membuktikan Saphir Sliti Taider adalah seorang pemain yang istimewa.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...