Sunday, May 25, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Mexico vs Cameroon


Prebiu Piala Dunia 2014: Mexico vs Cameroon

Mexico vs Cameroon


"Kami akan ke perlawanan akhir". Begitulah seriusnya jurulatih Mexico, Miguel Herrera apabila ditanya tentang peluang Mexico dalam Piala Dunia kali ini. Mexico juga dijangka menjadi pasukan kedua yang akan menemani Brazil dalam kumpulan A ini untuk layak ke pusingan kedua berdasarkan prestasi mereka apabila berhadapan dengan pasukan Selecao itu. Tetapi Mexico perlu terlebih dahulu memikirkan cara untuk mengatasi Croatia dan Cameroon sebelum mula bercakap besar seperti Anak Raja.

Menentang Cameroon nanti, Miguel Herrera pastinya akan menurunkan lebih ramai pemain yang beraksi di Liga tempatan Mexico dengan sedikit penambahan pemain yang beraksi di Eropah seperti Javier Hernandez - Manchester United dan Giovani dos Santos yang bersama Villarreal. Walaupun mereka hampir-hampir sahaja tidak layak pada edisi kali ini, namun status sebagai pasukan yang beraksi sebanyak 15 kali di Piala Dunia wajar di pandang tinggi oleh setiap lawan mereka dalam kumpulan ini.

Mexico tidak boleh terlalu memandang rendah kemampuan Cameroon walaupun pasukan dari Afrika ini memerlukan perlawanan 'play-off' untuk layak ke Piala Dunia 2014. Tumpuan pastinya terarah kepada pertahanan muda yang berusia 24 tahun, Nicolas N'Koulou untuk membendung asakan daripada pasukan Mexico yang terkenal dengan corak serangan yang pantas serta laju. Kecemerlangan  N'Koulou beraksi bersama pasukan Marseille musim ini tidak perlu dipersoalkan lagi dan beliau kini menjadi buruan kelab-kelab besar seperti Arsenal.

Sementara itu bahagian tengah Cameroon dilihat lebih mantap berbanding Mexico dengan Jean II Makoun, Joel Matip, Stephane Mbia dan  Alexandre Song yang menyediakan perisai di bahagian tengah yang mantap buat pasukan The Indomitable Lions ini.

Pemain Tumpuan Mexico : Raul Jimenez
Pemain Tumpuan  Cameroon : Nicolas N'Koulou
Ramalan Mexico 4 - Cameroon 1

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...