Sunday, May 4, 2014

Piala Dunia 2014 : Portugal


Piala Dunia 2014 : Portugal 


Pengenalan

Portugal telah menjadi kuasa bola sepak dunia sejak sedekad yang lalu. Tetapi ia bukanlah bermakna mereka sentiasa berjaya. Berdasarkan statistik, hanya dua kali sahaja Portugal mara ke pusingan akhir sebelum edisi 2002.

Mereka memiliki permain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo. Juga pemain dari era emas Luis Figo dan Rui Costa. Jadi secara realistiknya mereka mempunyai kualiti pemain yang mampu melakukan impak di pusingan akhir Piala Dunia. Cuma persoalannya sekarang ialah bila ia akan berlaku?

Walaupun Portugal hanya beraksi di Piala Dunia lima kali, mereka telah mara beraksi di Separuh Akhir sebanyak 2 kali. Bagaimanapun kedua-dua kali tersebut mereka gagal ke perlawanan akhir. Kali pertama tewas kepada England pada edisi 1996 dan kali kedua kalah kepada Perancis pada tahun 2006.

Mungkin ini adalah peluang terbaik buat Portugal yang mana kita semua tahu terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo. Adakah kita akan melihat kejuaraan Piala Dunia yang pertama dirangkul oleh Portugal?


Jurulatih: Paulo Bento. 

Ketika beliau sebagai seorang pemain, Paulo Bento dikenali sebagai seorang pemain tengah yang kental dan mantap. Individu yang berusia 44 tahun ini memulakan tugasnya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Portugal pada tahun 2010. 

Paulo Bento merupakan jurulatih yang tegas dan percaya bahawa disiplin dan ketegasan perlu selari dengan prestasi. Dia juga masih mempertaruhkan taktik tipikal pasukan Portugal yang utuh di bahagian tengah dan menyerang melalui sayap. Setakat ini kejayaan paling manis dalam kerier kejurulatihan beliau ialah apabila membawa Portugal sampai ke separuh akhir kejohanan Euro 2012. 


Ketua Pasukan: Cristiano Ronaldo.


Pemain yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hampir berseorangan memacu Portugal ke Brazil.

FIFA pasti menarik nafas lega apabila Portugal layak kerana Ronaldo bukan sahaja akan mempamerkan kehebatannya menjaringkan gol, malahan juga sebagai tarikan utama kepada seluruh dunia selepas pelbagai kejayaan individu yang telah beliau kecapi.


Pemain Bintang: Bruno Alves. 


Ya, memang Ronaldo adalah pemain bintang utama buat Portugal. Namun bek tengah veteran yang sudah beroleh 70 penampilan utama dengan pasukan Portugal ini secara perlahan-lahan menyempurnakan tugasnya sebagai bersama Fenerbahce tanpa sebarang sanjungan dan pujian.

Mempunyai corak bertahan yang keras dan sudah pasti khidmat beliau ditagih ketika Portugal bertahan dari mana-mana ancaman serangan.


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: William Carvalho


Beliau adalah pemain kelahiran Angola. Tetapi tidak pernah sekali pun mewakili negara tersebut. Pada usia 21 tahun, harapan yang tinggi diletakkan di atas bahu pemain ini agar dapat mengetuai kembali generasi emas pasukan Portugal.

Tonggak pasukan Porto ini memperoleh penampilan senior pertamanya dalam perlawanan kalah mati kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu selepas beliau mewakili pasukan Portugal di semua peringkat umur.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...