Sunday, May 25, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Sepanyol vs Holland



Prebiu Piala Dunia 2014: Sepanyol vs Holland

Sepanyol vs Holland

Dalam pertarungan antara kedua pasukan ini, aku boleh jamin kita takkan dapat melihat aksi menyepak bola ikut arah testikel. Kejituan taktik, kepantasan dan kepintaran bermain bola adalah intipati yang dijangka akan dihidangkan pada pertemuan dua gergasi Eropah ini. Apa lagi yang anda mahukan apabila melihat pemain berkelas dunia berentap sesama mereka sendiri di atas padang? Apa? JDT? Ermmmmms...

Amat menarik untuk kita lihat bagaimana pengurus baru pasukan Manchester United, Louis Van Gaal merangka taktik pasukannya untuk bertemu Juara Dunia, Sepanyol.  Ada kemungkinan Van Persie akan digandingkan dengan pemain muda dari PSV yang berusia 20 tahun, Memphis Depay di bahagian serangan untuk mendapatkan gol. Manakala sudah hampir pasti Arjen Robben dan Georginio Wijnaldum diturunkan di bahagian tengah untuk mencorak dan merencana pergerakan pasukan Belanda.

Bagi Sepanyol pula, tiada apa masalah yang benar-benar merunsingkan kem mereka. Jika ada pun cuma masalah kecergasan Xavi. Tapi masih ramai lagi pemain lain yang boleh menggantikannya. Sukar untuk meramal barisan pemain Sepanyol kerana kesemua 23 pemain mereka layak bermain dalam kesebelasan utama. Jika tidak, jangan panggil mereka Juara Dunia. Panggil saja Pahang.

Pemain Tumpuan Sepanyol : Sergio Ramos
Pemain Tumpuan Holland : Memphis Depay
Ramalan Sepanyol 1 - Holland 1

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...