Friday, May 2, 2014

Piala Dunia 2014: Jerman


Piala Dunia 2014: Jerman


Pengenalan.

Jika umat Melayu berbangga dengan ungkapan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' (padahal Hang Tuah tu sendiri pun hilang entah ke mana). Umat Jerman juga terkenal dengan ungkapan mereka sendiri yang aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

'Jangan pernah menafikan kewujudan Jerman' merupakan ungkapan kuno yang tidak akan wujud tanpa sebab yang kukuh. Juara Piala Dunia sebanyak 3 kali, Naib Juara 4 kali dan 4 kali juga menduduki tempat yang ke-3. Tahun ini mereka melangkah ke pusingan akhir yang ke-17 dalam sejarah mereka dan Jerman kekal sebagai model terulung sebagai sebuah pasukan yang konsisten.

Jerman menjadi Juara sebanyak 3 kali bermula pada tahun 1954 (menewaskan Hungary 3-2), 1974 (menewaskan Belanda 2-1) dan kejuaraan hatrik mereka muncul selepas menewaskan Argentina 1-0 pada Piala Dunia 1990 di Itali.

Setakat ini hanya Brazil dan Itali sahaja yang telah memenangi Piala Dunia lebih kerap daripada Jerman. Namun seperti yang aku bagitau tadi mereka merupakan Naib Juara dalam 4 kejohanan dan memiliki penampilan separuh akhir paling banyak berbanding pasukan lain iaitu sebanyak 12 kali. Jerman tidak pernah terlepas pusingan akhir Piala Dunia sejak 1950 dan rekod tersebut diteruskan pada edisi kali ini.

Kecergasan dan motivasi menjadi kunci utama kepada pasukan Jerman. Dalam setiap kejohanan besar, pasukan lain biasanya sukar untuk menewaskan semangat berpasukan Jerman. Perlawanan pertama Jerman menentang Portugal nanti adalah aksi yang ke-100 mereka dalam kempen Piala Dunia. Sudah bersediakah kita untuk menyaksikan aksi bertenaga dan degil daripada pasukan ini?


Jurulatih: Joachim Low



Dilantik menjadi pembantu kepada Jurgen Klinsmann selepas Euro 2014. 2 tahun selepas itu beliau menjadi pengurus untuk pasukan utama Jerman. Jika ada sesiapa yang cuba meragui kemampuan Joachim Low untuk mendapatkan hasil yang cemerlang apabila Jerman bermain di bawah tekanan, aku rodok usus engkorang dengak Keris Kundur.

'Jogi' mungkin gemarkan kot labuh, baju berkolar tinggi dan stail rambut yang pelik, tetapi dia juga berkeinginan menjadi hero sebenar untuk negaranya jika berjaya membawa Jerman ke satu lagi perlawnan akhir. Gila..gila...


Ketua Pasukan: Philipp Lahm. 


Kehebatan beliau tidak perlu dihuraikan secara terperinci. Ini kerana ia akan mengambil masa yang lama dan entri yang berjela-jela panjangnya. 

Pemain pertahanan yang setia dari Bayern Munich ini sudah pun memiliki 105 penampilan dengan skuad Jerman dan menjaringkan 5 gol. Kecemerlangan beliau dalam kempen Piala Dunia membolehkan namanya tersenarai dalam Pasukan Pilihan Piala Dunia 2006 dan 2010.

Pemain Bintang: Mesut Ozil

Mesut Ozil ialah seorang pemain tengah yang kreatif dan mempunyai kemahiran tinggi dalam membuat hantaran-hantaran yang cantik. Ketika bersama Real Madrid beliau merupakan pemain yang paling banyak membuat hantaran bantuan gol melebihi mana-mana pemain Eropah yang lain.

Kemudiannya Ozil menjadi pemain paling mahal untuk pasukan Arsenal musim ini apabila berpindah daripada Real Madrid. Dia merupakan antara pemain bintang yang menyerlah ketika Piala Dunia 2010 yang lalu dan dijangka akan sekali lagi menjadi tumpuan di Brazil. 


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Toni Kroos.


Pemain Bayern Munich ini sudah berjaya memiliki lebih daripada 40 penampilan untuk pasukan Jerman hanya pada usia 23 tahun.

Kroos dikenali sebagai seorang pemain tengah yang mempunyai ketepatan yang tinggi dalam melakukan hantaran. Dia juga dilabel sebagai seorang pemain tengah yang lengkap. Kematangan beliau dalam permainnya sudah pasti akan menyajikan kita aksi yang amat menarik untuk ditonton pada Piala Dunia kelak.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...