There was an error in this gadget

Tuesday, May 13, 2014

Piala Dunia 2014: Korea Selatan.


Piala Dunia 2014: Korea Selatan.

Pengenalan.

Dalam Piala Dunia, Korea Selatan merupakan kuasa besar dari Asia. Piala Dunia 2014 nanti adalah penampilan mereka yang ke-8. Sukar untuk mempercayai bahawa pada suatu ketika dahulu pasukan Korea Selatan bersaing sengit dengan Malaysia. Namun kini Korea Selatan benar-benar jauh meninggalkan kita.

Sebenarnya, Korea Selatan bergelut dalam hampir kesemua penampilannya sehinggalah pada tahun 2002 apabila mereka menjadi tuan rumah bersama Jepun dan mara sehingga ke Separuh Akhir. Dalam laluannya itu, mereka menewaskan pelbagai pasukan gergasi Eropah antaranya Portugal, Itali dan Sepanyol.

Walaupun Korea Selatan bergelut untuk layak ke Brazil, namun mereka masih lagi pasukan yang perlu diberi perhatian. Ini kerana mereka memiliki skuad yang mempunyai kesefahaman yang tunggi yang mampu bergerak dalam satu unit berpasukan dengan baik yang mana inilah sebenarnya karekter rakyat Korea Selatan yang fokus terhadap persekitaran kerja dan komuniti.


Jurulatih: Hong Myung-Bo. 


Secara peribadi beliau telah memiliki 136 penampilan untuk pasukan Korea Selatan dan bermain dalam 4 Piala Dunia. Pele juga turut menamakannya dalam senarai 125 pemain terbaik seluruh dunia.   

Pada umur 44 tahun beliau sudah menimba pengalaman yang cukup dalam bidang kejurulatihan dengan melatih skuad Korea bawah 20 dan 23 tahun Korea Selatan dari tahun 2009 hingga 2012. Hong Myung-Bo mula menjawat jawatan jurulatih skuad utama Korea Selatan pada bulan Jun 2013.


Ketua Pasukan:  Lee Chung-Yong.
 

Aksi Lee Chung-Yong di bahagian sayap pasukan Bolton sememangnya amat memukau. Rakyat Korea Selatan juga yakin beliau adalah ikon bola sepak yang baru buat negara mereka selepas ketiadaan Park Ji Sung.

Lee Chung-Yong terlibat dalam satu kecederaan yang panjang pada pra-musim 2011 dan direhatkan hampir setahun. Selepas itu dia kembali semula dan memberikan aksi penuh tenaga baik dalam pasukan Bolton mahupun Korea Selatan.


Pemain Bintang: Kim Shin-Wook.
 

Dia digelar Peter Crouch versi Korea dek kerana ketinggiannya yang mencecah 6 kaki 6 inci. Kehebatannya juga terserlah dengan kemampuannya menjaringkan gol untuk pasukan Korea.

Kini sudah berusia 26 tahun dan sudah merekodkan 3 gol dalam 26 penampilannya bersama Korea Selatan sejak 2010.


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Son Heung-Min.


Son Heung-Min hanya berusia 21 tahun apabila melakukan impak dalam Bundesliga bersama pasukan Bayer Leverkunsen. Dia berpindah daripada pasukan Hamburg dengan nilai £9 Juta.

Juga mempunyai ketinggian 6 kaki serta sepsang kaki yang berbisa. Sesuatu yang tidak ada pada penyerang Malaysia yang berumur seperti beliau.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...