Friday, May 30, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Colombia vs Greece.


Prebiu Piala Dunia 2014: Colombia vs Greece.


Colombia vs Greece.
Sunday, June 15, 2014 (12:00 AM)


Sama ada Falcao turun bermain ataupun tidak (ketika entri ini ditulis Falcao masih belum pulih daripada kecederaan) dalam perlawanan menenang Greece ini, itu bukan perkara besar yang perlu dirisaukan oleh jurulatih Colombia yang berbangsa Argentina, Jose Pekermen. Ini kerana Colombia masih memiliki ramai pemain yang hebat seperti rakan sepasukan Falcao di Monaco, James Rodriguez, David Ospina - penjaga gol yang beraksi untuk kelab Nice, Perancis sejak 2008 dan juga Abel Aguilar - pemain tengah hebat dari kelab Toulouse.

Inilah sebenarnya 'genuine quality' yang dimiliki oleh pasukan Colombia yang sebenarnya memberikan kelebihan yang banyak kepada mereka. Kualiti bakat yang semestinya lebih hebat daripada skuad Piala Dunia 1994 negara Colombia.

Lawan Colombia nanti ialah pasukan Greece. Seperti biasa pasukan Greece tampil dengan penuh wasatiah. Sama seperti kehadiran mereka dalam setiap kejohanan sebelum ini. Semuanya dalam keadaan sederhana baik dari segi persediaan mahupun harapan mereka dalam Piala Dunia kali ini.

Aku meramalkan pasukan asuhan Fernando Santos yang juga akan meletakkan jawatannya selepas tamat Piala Dunia ini akan tewas kepada Colombia dengan satu skor yang agak besar.

Pemain Tumpuan Colombia : David Ospina
Pemain Tumpuan Greece: Konstantinos Mitroglou
Ramalan : Colombia 3 - 0 Greece

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...