Saturday, May 10, 2014

Piala Dunia 2014 : Ghana


Piala Dunia 2014 : Ghana

Pengenalan

Piala Dunia 2014 nanti hanyalah penampilan yang ke-3 buat pasukan Ghana. Tetapi di rantau Afrika mereka adalah sebuah negara yang disegani. Ini kerana mereka adalah antara pasukan paling sukses di kejohanan Piala Afrika dengan 4 kejuaraan telah menjadi milik mereka.

Mungkin ada yang agak sedikit terkejut dengan fakta ini. Tetapi ini adalah hakikatnya. Sedangkan Ghana yang power pun baru 3 kali layak bermain bola sepak. Inikan pula sebuah pasukan Asia Tenggara yang mana Presidennya memerintah selama 30 tahun tanpa ada apa-apa kejayaan bertaraf dunia.

Kali pertama Ghana layak ialah pada 2006 yang mana telah membawa mereka sehingga ke pusingan 16 pasukan. Pada 2010 di Afrika Selatan pula mereka pergi sejauh suku akhir. Bagaimana pula nasib mereka di Brazil 2014? Adakah separuh akhir menjadi jodoh buat pasukan ini?

Pasukan Ghana memiliki kekuatan di bahagian tengah dan sayap untuk mengumpan bola kepada barisan serangan mereka. Sebut sahaja nama Sulley Muntari, Michael Essien mahupun Kevin-Prince Boateng, sudah pasti mendatangkan gerun kepada lawan mereka kelak.


Jurulatih: James Kwesi Appiah. 


Menjadi jurulatih utama pada November 2013 selepas 5 tahun berkhidmat sebagai pembantu kepada Claude Le Roy, Milovan Rajevac dan Goran Stevanovic.

James Kwesi Appiah dijangka mampu mengawal masalah personaliti dalam skuad Ghana yang mana ia gagal dilaksanakan oleh jurulatih terdahulu.


Ketua Pasukan: Asamoah Gyan.


Dengan lebih kurang sebulan lagi sebelum Piala Dunia bermula, pasukan Ghana pasti tersenyum lebar dengan prestasi semasa pemain ini.

3 musim bersama kelab dari UAE iaitu Al Ain menyaksikan beliau telah mengumpul 81 gol daripada 65 perlawanan. Mungkin sudah sampai masanya beliau melupakan kegagalan menyempurnakan sepakan penalti ketika mereka tewas kepada Uruguay di suku akhir 4 tahun yang lalu.


Pemain Bintang: Kevin-Prince Boateng.


Bekas pemain Spurs, Portsmouth dan AC Milan ini pernah bersara daripada bola sepak antarabangsa tetapi berjaya dipanggil semula tahun lepas untuk membantu Ghana layak ke Piala Dunia 2014.

Melalui satu lagi musim terbaik buat dirinya yang kini beraksi bersama pasukan Schalke 04 dengan menghasilkan 6 gol daripada 28 penampilannya.


Pemain Paling Teruja Untuk Disaksikan: Frank Acheampong.


Frank Acheampong memulakan kariernya dengan pasukan King Faisal Babes, di bawah asuhan Romain Krider.  Pada Februari 2011, dia menyertai Liga Perdana Thailand untuk beraksi dengan pasukan Buriram United.

Anderlecht kemudiannya membeli pemain yang berusia 20 tahun ini dari Buriram United dengan kontrak bernilai 1 Juta Euros yang juga merupakan satu rekod buat  Liga Perdana Thailand

Beliau beroleh jaringan antarabangsanya yang pertama pada 10 September 10, 2013 ketika Ghana menentang Japun dalam satu perlawanan persahabatan.

Hanya memiliki ketinggian 5 kaki 7 inci dan kelajuan adalah senjata utama beliau dan khabarnya laju umpama Usain Bolt. 

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...