There was an error in this gadget

Friday, May 30, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Uruguay vs Costa Rica.


Prebiu Piala Dunia 2014: Uruguay vs Costa Rica.

Uruguay vs Costa Rica.
Sunday, June 15, 2014 (3:00 AM)

Aku tidak menafikan keterujaan yang meluap-luap untuk menonton aksi Luis Suarez buat kali kedua dalam penampilannya di Piala Dunia ini. Semuanya disebabkan oleh kontroversi 'menyelamatkan gawang' dalam aksi bertemu Ghana, 4 tahun yang lalu. Tetapi selain Suarez, Uruguay sebenarnya masih memiliki ramai pemain bintang yang boleh membuatkan kita bangun jam 3 pagi dan terponggok di depan kaca tivi.

Jurulatih Uruguay, Tabarez dijangka akan menggunakan formasi sama ada 4-4-2 ataupun 4-3-3. Semuanya akan bergantung kepada situasi menjelang perlawanan menentang Costa Rica ini. Uruguay juga boleh menggunakan Cristian Rodriguez, Nicolas Lodeiro ataupun Gaston Ramirez dari bahagian tengah untuk membantu serangan pasukan mereka yang terdiri daripada Cavani, Suarez ataupun Forlan. Manakala di bahagian pertahanan pula, Diego Lugano yang agak perlahan akan ditemani oleh Diego Godin dan Martin Caceres bagi melindungi gawang mereka daripada bolos yang dikawal oleh Muslera.

Bagi jurulatih Costa Rica pula, Jorge Luis Pinto memerlukan barisan pertahanannya bermain dengan lebih kental dan berjaya menyerap segala asakan daripada Uruguay. Sambil beliau turut mengharapkan Bryan Ruiz dan Joel Campbell berjaya melakukan keajaiban di hadapan gol.

Pemain Tumpuan Uruguay : Diego Godin
Pemain Tumpuan Costa Rica: Joel Campbell
Ramalan Uruguay 2 - 0 Costa Rica.


Posted via Blogaway

1 comment:

Silakan Laser Saye...