Friday, October 12, 2012

5 dalil kenapa ATM mesti menang Piala Malaysia 2012




1. Hairuddin Omar dan Marlon Alex James sudah menjaringkan 52 gol setakat ini. 




Gandingan duo lelaki botak ini memang amat menggerunkan. Secara bersahaja memusnahkan pasukan-pasukan kerdil dalam liga Perdana dan kemudiannya memperkotak-katikkan pasukan Liga Super yang beraksi di Piala Malaysia seperti Singapura serta Negeri Sembilan. Aksi konsisten mereka berdua ini tidak ubah seperti gandingan terbaik dunia Dwight Yorke dan Andy Cole pada suatu ketika dahulu.


2. Selepas 46 tahun ini adalah penampilan pertama mereka di pentas Akhir Piala Malaysia. 

Begitu lama mereka menanti dan kini masanya sudah tiba. ATM perlu membuktikan kepada semua bala tentera bahawa mereka sudah bersedia menjadi kuasa baru dalam arena bolasepak di Malaysia. Diharap ia berterusan dan tidak menjadi seperti pasukan kelab MPPJ.   


3. ATM sudah berbelanja besar untuk persediaan musim 2012 ini dengan membawa tidak kurang daripada 11 pemain baru. 



Pada awal musim ATM berbelanja sakan bagaikan pasukan Manchester City lagaknya. Tetapi akhirnya kini ia semakin membuahkan hasil. Kejuaraan Liga Perdana sudah menjadi milik mereka. Sekarang ini dalam pemburuan 'double' untuk menjulang Piala Malaysia pula. Berdasarkan senarai pemain yang mereka miliki pada waktu ini, amat mustahil untuk mengatakan mereka akan gagal.  


4. B. Sathianathan jurulatih tebilang.



Beliau seorang jurulatih yang hebat. Bijak menggandingkan antara pemain yang tua dan yang  muda, yang lembab dan yang laju serta yang bangang dan yang cerdik. Semuanya sudah ada tercorak di dalam kepala otak beliau. Bersama Kelantan beliau sudah berjaya dan kini dalam proses meletakkan ATM sebagai antara pasukan yang dihormati dan digeruni di Malaysia.


5. Hai-O membawa tuah. Sia-sia sahaja ATM tidak menggunakan tuah yang dimiliki pemain ini. 




Hairuddin Omar akan membuat penampilan ke-5 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 selepas dengan hebatnya menjadi juara pada tahun 2001,2009,2010 dan 2011 bersama 4 pasukan yang berbeza iaitu Terengganu. Negeri Sembilan, Kelantan dan kini ATM. Selama 3 tahun berturut-turut juga  beliau telah menjaringkan gol di pentas akhir Piala Malaysia. Pada usia 33 tahun, beliau masih bujang dan belum berkahwin. Mohon jangan artis cuba-cuba nak masuk line. Kelak hancor lodoh karier bolasepak beliau.





1 comment:

Silakan Laser Saye...