Separuh Akhir 1
PM SF 1 - Oktober 05, 2012 (Jumaat)
Singapura vs ATM
Std. Jalan Besar.
PM SF 2 - Oktober 11, 2012 (Khamis)
ATM vs Singapura
Std. Selayang.
Salam Separuh Akhir...Sebelum Singapura MENG-GAJAH-GAJAHKAN pasukan Pahang, ada cakap-cakap kosong kedengaran bahawa tahun ini Pahang mampu melangkah ke Final dan seterusnya menjulang Piala Malaysia buat kali yang ke-3. Namun Singapura dengan angkuh menutup terus angan-angan indah peminat pasukan Pahang dan mencampakkannya jauh ke dalam muzium. Moga ia kekal tenang di sana.
Singapura boleh dikelaskan sebagai pasukan yang ampuh apabila beraksi di gelanggang sendiri. Musim ini hanya Kelantan, Terengganu dan Johor F.C sahaja yang berjaya menewaskan Singapura di Stadium Jalan Besar. Sementara itu jurulatih mereka, V.Sundramoorthy pula sudah sebati dengan bolasepak Malaysia bagaikan berulang-alik dari Singapura ke Kelantan hanya menaiki Honda EX5 sahaja. Itulah antara punca kenapa Singapura begitu mantap walaupun kali terakhir menjejakkan kaki di dalam Liga Malaysia pada tahun 1994.
Pernah bermain untuk Kedah pada 1989-1990 |
Lawan Singapura bukanlah calang-calang pasukan. Bolehlah dikatakan pasukan ATM ini sebagai pasukan Malaysia C. Ini kerana hampir separaruh daripada pemain pasukan ATM pernah ataupun sedang mewakili pasukan Harimau Malaya. Pada suku akhir, ATM telah membinasokan juara bertahan Nogori Sembilan ataupun lebih dikenali di utara Itali sebagai pasukan Nesmilan. Kemeja merah jambu Azraai Khor sudah tidak bertuah lagi nampaknya.
B.Sathianathan mungkin boleh mempercayai tuah sekiranya memiliki Hairuddin Omar, makanya pasukan itu akan menjulang Piala Malaysia di penghujung musim. Tetapi mempercayai perkara tahyul seperti ini adalah tidak baik. Sebab itulah pasukan ATM berhabis jutaan ringgit untuk membina sebuah skuad yang mantap dan bukannya hanya bergantung pada tuah daripada Hai-O sahaja. Pertemuan menentang Singapura ini adalah ujian sebenar kepada projek besar-besaran ini. Mohon jangan hampakan Ayu Raudah.
Ayu Raudah tidak akan menangis lagi.... |
Separuh Akhir 1
PM SF 1 - Oktober 06, 2012 (Sabtu)
Kelantan vs Selangor
Std. Sultan Muhammad
Separuh Akhir 2
PM SF 2 - Oktober 12, 2012 (Jumaat)
Selangor vs Kelantan
Apa akan berlaku apabila dua pasukan hebat bertemu? Bagaikan pertemuan antara Manchester United lawan Liverpool, sudah pasti ia alan dipenuhi adegan yang mengerikan. Kelantan layak ke separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan Abe Jib iaitu Felda United. Ternyata pasukan Kelantan masih kepenatan selepas melalui jadual perlawanan yang padat. Kekurangan ini perlu diatasi segera oleh anak didik Bojan Hodak sebelum pertemuan menentang Selangor.
Bojan Hodak ketika muda remaja. Tapi tetap botak.. |
Kelantan juga sangat bertuah memiliki Mat Ghaddar dalam pasukan mereka. Pemain ini bijak menggunakan peluang dan musim ini seringkali menyelamatkan pasukan Kelantan dari kekalahan memalukan. Bahagian tengah dijana mantap oleh gandingan emas iaitu Shaakir dan Piya. Manakala Nurul Azwan dan Nor Farhan pula kelihatan merbahaya apabila melakukan serangan dari kiri dan kanan pasukan Kelantan. Sementara itu, Khairul Fahmi masih gah mengawal gawang setelah menegok sedozen air 100 plus setiap kali sebelum permainan bermula.
Selangor pula ternyata pasukan yang sangat hebat terutamanya apanila musim ini berada di bawah bimbingan Irfan Bakti. Sentuhan Irfan benar-benar menjadi dan terbukti beliau antara jurulatih yang berkaliber. Ditambah pula dengan kemantapan ketua pasukan Safiq Rahim yang mengemudi barisan tengah serta Bosko Balaban tajam dihadapan gol, ini bermakna MISI 33 kini sudah berada sebelah tangan dalam genggaman 'Red Giant'.
Tetapi apa yang menarik ialah permusuhan antara Mat Ghaddar, Amri dan Bunyamin Omar. Sudah pasti 3 orang pemain ini akan menjadi tumpuan utama setiap penonton. Samada tolor Ghaddar akan menjadi telur Dadar. Hanya masa yang akan menentukannya. Seperti yang sudah tertulis di dalam kamus purba Kelantan "Setiap kali kedua pasukan ini bertemu, Sudah pasti akan ada pergaduhan". Ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh setiap pihak. Ini kerana pada akhir pertarungan hanya akan ada satu pasukan MERAH yang akan berdiri megah.
haha..cun la artikel ni..
ReplyDeleteape kte lu jd nujum jup..
agk2 team mn layak g final?..
br best..