Saturday, October 13, 2012

5 dalil kenapa Kelantan mesti menang Piala Malaysia 2012




1. Mencari trofi ketiga musim ini bagi melengkapkan sasaran 'treble' mereka. 


Kelantan dalam proses menamatkan musim cemerlang mereka dengan memburu trofi ke-3 musim ini selepas dengan selambanya menjurai Liga Super dan Piala FA. Kejayaan menjulang Piala Malaysia nanti akan membuktikan mereka adalah pasukan yang mampu beraksi cemerlang walaupun telak bermain dalam banyak perlawanan pada musim ini. Sejumlah 54 perlawanan telah mereka harungi dan ia melebihi mana-mana pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia 2012.


2. Juga dalam proses mencari trofi kedua Piala Malaysia mereka bagi memulakan revolusi bola sepak Kelantan. 

Kejayaan menjulang Piala Malaysia pada tahun ini akan memulakan revolusi bola sepak moden Kelantan. Ternyata mereka adalah kuasa bola sepak Malaysia yang terkini. Negeri-negeri lain hanya mampu melihat kejayaan Kelantan menguasai setiap kejohanan di negara ini dengan cemerlangnya.


3. Hadiah untuk seluruh rakyat Kelantan kecuali Irfan Bakti.


Ini merupakan hadiah terbesar untuk seluruh warga Kelantan kecuali Irfan Bakti. Kelantangan Irfan Bakti ternyata memakan diri sendiri. Musim lepas Irfan kecewa di tangan Azraai Khor. Kali ini permainan minda beliau sekali lagi tidak berjaya. Buat Irfan Bakti, "Kelantan ternyata tidak bermimpi di siang hari".


4. Bojan Hodak lebih cerdik otaknya berbanding Peter Butler. 




Pada awal musim Peter Butler telah membawa sedikit ribut dalam kem Kelantan dengan isu pemain import mereka. Selepas kehadiran Bojan Hodak, segalanya berubah dengan Kelantan kelihatan lebih mantap dan hebat. Kebijaksanaan Hodak merencana strategi ketika mereka terpaksa beraksi dalam banyak kejohanan serta dengan kecederaan beberapa pemain membuktikan beliau berhak beroleh kejayaan ini.


5. Demi kebahagiaan Mat Ghaddar dan Nor Farhan


Mat Ghaddar telah menjaringkan 20 gol secara keseluruhannya untuk Kelantan. Manakala Nor Farhan berjaya menyumbat 5 gol dalam kejohahan Piala Malaysia. Kedua mereka adalah tonggak penting yang membawa Kelantan sehingga ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Namun mereka tidak akan beraksi di Akhir akibat penggantungan kad kuning yang mereka terima. Hanya kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia mampu menggembirakan kedua entiti hebat ini.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...