Tuesday, October 16, 2012

Edisi Pujian:5 Punca Malaysia menang.



1.   Malaysia turun tanpa barisan bintang dari ATM dan Kelantan.

Semuanya nampak tenang dan harmoni apabila Malaysia turun menentang Hong Kong tanpa barisan bintang dari pasukan Kelantan dan ATM. Farizal Marlias kelihatan ampuh menjaga gawang, membuktikan Khairul Fahmi boleh besiap sedia memanaskan bangku simpanan pada Piala AFF Suzuki nanti. Tiada nama Subra dan Aidil juga tidak memberikan apa-apa kesan kepada pertahanan Malaysia. Fadhli Shas dan Faizal Muhammad kelihatan boleh bermain bersama dengan riang gembiranya. Barisan serangan pula amat selesa merencana gerakan walaupun Norshahrul Idlan tiada dalam pasukan kebangsaan pada kali ini. 



Gol pertama dari Safee Sali


2. Mahali lebih mantap daripada Bunyamin.


Pertahanan kanan dimulakan dengan si 'baracuda' Mahali Jasuli. Selepas berjaya memiliki ijazah dalam Sumber Manusia, beliau kelihatan lebih bijak berbanding mana-mana pertahanan Malaysia. Berbadan tegap menyukarkan penyerang pasukan lawan untuk menembusi beliau. Bunyamin Omar nampaknya berada dalam keadaan tidak selesa ketika ini.



Gol kedua daripada sepakan percuma cantik Safiq Rahim.


3. Pemain Pahang punca kekuatan akar umbi bola sepak Malaysia.


Azamuddin Akil dan R. Gopinathan adalah pemain Pahang yang dipanggil beraksi pada perlawanan ini. Ternyata program akar umbi pasukan Pahang sudah menampakkan hasil. Kedua mereka mempunyai 3 paru-paru dan membolehkan mereka beraksi sambil berlari tanpa henti selama 7 hari berturut-turut. Kehadiran mereka berdua ini mengurangkan beban yang dipikul oleh S. Kunalan dan Wan Zack Haikal. Soltan Bola tumpang senyum.


Gol Hero Kebangsaan

4. Fakri Saarani ternyata adalah Hero Kebangsaan.

Fakri Saarani memegang rekod pemain paling cemerlang apabila beraksi di luar Malaysia. Beliau sering kali menjaringkan apabila Harimau Malaya bermain di luar bumi Malaysia. Kemungkinan besar beliau rimas dengan budak-budak ultra yang tidak henti-henti berjoget di tepi stadium setiap kali Malaysia turun beraksi. Hero Kebangsaan adalah gelaran paling sesuai untuk beliau. Berhak mendapat satu slot untuk beraksi dengan pasukan Harimau Malaya dalam kejohanan Piala Suzuki nanti. Mohon jangan marah beliau lagi.

Gaya seorang Ketua Pasukan


5. Apabila Safee Sali menjaringkan gol, Harimau Malaysa pasti menang.


Itulah kepentingan Safee Sali beraksi dalam kesebelasan utama. Selain Safiq Rahim dan S. Kunalan, nama Safee Sali adalah yang paling atas sekali perlu ada dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya. Memakai lilitan kapten memberikan satu inspirasi baru buat beliau untuk beraksi lebih matang dan cemerlang. Terbukti beliau masih penyerang utama untuk Harimau Malaya.












No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...