Barclays Premier League
Saturday, October 20, 2012
Tottenham vs Chelsea FC
7:45 PM MYT
Salam Chelsea Chelsea!!!!Wow!!!Di celah-celah kemeriahan bolasepak Melayu, muncul satu perlawanan agung iaitu London Gadoh. Spurs dengan perasaan riak-riak ayam menanti ketibaan rombongan Chelsea yang tenang menyahut seruan umat London. Chelsea adalah pasukan Agong London mengatasi lain-lain kelab seperti Arsenal, QPR mahupun West Ham. Chelsea akan menjadikan pertemuan menentang Spurs ini sebagai aksi tambahan pemanas badan bagi persediaan untuk perlawanan akan datang yang lebih penting lagi.
Pertembungan RDM dan AVB merupakan sesuatu yang menjadi impian setiap wanita di London. Sama ada lelaki botak, atau yang berambut lebat yang lebih bijak, semuanya akan terjawab selepas tamat 90 minit permainan. Namun yang pasti AVB bukanlah Harry Redknapp yang sangat bergeliga otaknya. Kekurangan kemahiran berpikir dengan pantas menyebabkan AVB akan menangis teresak-esak melihat Spurs tumbang di hujung kuku Chelsea.
Tidak perlu takut pada Demsey. Beliau bukannya Modric ataupun Safiq Rahim. Apa yang akan Chelsea lakukan nanti adalah menghantar si Obi Mikel untuk menjahanamkan buku lali Demsey. Selepas itu pergaduhan akan tercetus seperti di bawah ini.
Buat peminat Chelsea sekalian, janganlah anda berasa gusar. Kemenangan pasti milik kita semua. Kita ada Petr Cech (bukan Petr North), abang perkauman John Terry dan Lampard si tua mantap. Pemain muda kita pula antara yang TERPALING HEBAT di dalam saingan BPL pada ketika ini. Sebut sahaja nama Eden Hazard, berlari aweks-aweks dari Rombau hingga ke London menjerit-jerit nama beliau. Itu belum termasuk Oscar dengan wajah jambunya bisa membuat anak dara Stone Cold jatuh cinta. Selamat tinggal era Justin Bibir....
Kemenangan Mutlak Milik Chelsea. TAKBIIIIIRRRR
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...