Thursday, October 4, 2012

Ranking Malaysia Jatuh:Siapa Aruba?



Yo!!!!hahahahahahahaha...kali ini entri kawe pendek dan simple. Malas nak berkias-kias..kawe mau berkongsi sedikit info tentang pasukan yang sebenarnya payah nak dicari. Jika FAM malas nak buat kerja rumah, mari sini baca dan ambil tahu pasukan apa yang berada di atas Harimau Malaya. Mari kita hiburkan diri mengenali pasukan rankingnya yang berada di atas Malaysia a.k.a Harimau Pahang..opppppsss...


Pasukan Bolasepak Aruba. (154 ranking FIFA)


Pasukan Bolasepak Aruba. Berdiri dari kiri:  Eric ABDUL (GK),Carlos QUANDT,Francois CROES,Theric RUIZ,Juan VALDEZ,Raymond BATEN. Depan dari kiri: Rensy BARRADAS,Roman APARICIO,Frederick GOMEZ,Erik SANTOS,Jean Luc BERGEN.


Pasukan bolasepak Aruba kali terakhir dilihat terkandas dalam perlawanan pre-kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 selepas tewas kepada St. Lucia dalam penentuan penalti 5-4. Sebelum itu kedua pasukan telah terikat secara aggregat 6-6 selepas perlawanan yang diadakan secara timbal balik. Perlawanan yang sengit ini dilangsungkan di padang kanak-kanak Mindoo Philips Park dengan bersaksikan penonton seramai 500 orang termasuk makcik 'cleaner' dan pakcik tukang potong rumput. 


Aksi mengerikan bertemu St. Lucia yang diadakan di belakang rumah Michael Lowe.


Di bawah ini sedikit rekod Piala Dunia dan Piala Emas mereka. Namun tidak kelihatan pula rekod kelayakan sukan Olimpik. Tidak seperti Malaysia yang angkuh dengan rekod 2 kali layak ke Olimpik. Ada kemungkinan besar Aruba tidak mempunyai skuad bawah umur mereka dan hanya memiliki skuad senior. Agaknyalaaaa...(nak sedapkan hati).

Rekod Piala Dunia

1930 to 1986 – Tidak mengambil bahagian (Sebahagian daripada Netherlands Antilles)
1990 to 1994 – Tidak mengambil bahagian
1998 to 2014 – Tidak layak

Rekod Piala Emas

1991 – Tidak mengambil bahagian
1993 – Menarik diri
1996 to 2003 – Tidak layak.
2005 – Menarik diri
2007 – Tidak mengambil bahagian
2009 – Tidak mengambil bahagian
2011 – Tidak mengambil bahagian


Berdasarkan kajian juga pasukan Aruba tidak mempunyai Liga yang banyak seperti Malaysia. Liga mereka terbahagi kepada 2 divisyen. Divisyen pertama ialah Aruban Division di Honor ataupun dikenali juga sebagai Campeonato AVB Aruba Bank yang mula ditubuhkan pada 1960. Manakala diviyen 2 mereka pula ialah Aruban Division Uno. Dibawah ini senarai 10 pasukan yang beraksi dalam Campeonato AVB 2011/12.

-SV Britannia (Piedra Plat)
-SV Bubali (Noord)
-SV Dakota (Oranjestad/Dakota)
-SV Deportivo Nacional (Palm Beach)
-SV Estrella (Santa Cruz)
-SV Independiente Caravel (Angochi)
-SV Juventud Tanki Leendert (Tanki Lender)
-SV La Fama (Savaneta)
-SV Racing Club Aruba (Oranjestad)
-SV Riverplate (Oranjestad)



Bagi pendapat saya. Aruba ialah sebuah pasukan bolasepak yang sopan dan sederhana. Mereka tidak mempunyai Liga sebesar Liga Malaysia. Mereka juga tidak mempunyai kelengkapan kompleks sukan berkelas dunia seperti yang kita miliki di Bukit Jalil. Aruba juga tidak mempunyai menteri yang bijak pandai seperti Menteri Buih. Mustahil juga mereka mempunyai sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. Namun apakah puncanya ranking mereka naik mencanak mengatasi Malaysia? Oh saya tahu...Aruba tidak mempunyai Soltan Bola.

Datuk, ranking tak pentinglaaaaaa....


No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...