Tuesday, October 16, 2012

Preview Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012.



Akhirnya ia sampai ke penghujungnya. ATM dan Kelantan membuktikan mereka adalah pasukan paling hebat abadi musim ini. Juara Liga Super dan Liga Perdana 2012 ini akan bertemu untuk merebut kejuaraan mutlak Piala Malaysia, piala teragung di bumi Malaya ini. Pasukan manakah akan menjadi juara untuk edisi 2012 kali ini? Adakah Kelantan akan bercuti umum selama seminggu? Atau ATM akan memberikan ganjaran mewah kepada pemain-pemain mereka? Marilah kita sama-sama teliti kekuatan serta kelemahan mereka menjelang pertarungan penuh sejarah ini.


Penjaga Gol



Farizal Harun secara angkuhnya musim ini menjadi penjaga gol utama pasukan ATM, tidak seperti musim lepas apabila sekadar menjadi 'umpai-umpai' gantian kepada Farizal Marlias. Prestasi semasa beliau bolehlah dikatakan sedang dalam keadaan terbaik dan hampir mencapai klimaks agung. Sekiranya perlawanan berlanjutan ke sepakan penalti, beliau mampu menjadi wira untuk pasukan ATM.




Memilki Khairul Fahmi sebagai penjaga gol merupakan anugerah terhebat buat pasukan Kelantan. Walaupun musim ini persembahan beliau ada turun dan naiknya, namun Apex masih merupakan penjaga gol terbaik di Malaysia. Almaklumlah, sokongan dari kekasih tercinta agaknya mungkin. Berhadapan dengan penyerang tua berpengalaman dahsyat seperti Marlon Alex dan Hairuddin Omar sudah pasti akan menguji tahap kehebatan beliau.


Pertahanan



ATM memiliki barisan pertahanan yang mantap musim ini dengan kehadiran Aidil Zafuan. Gandingannya bersama Irwan Fadli berjaya membawa mereka ke Perlawanan Akhir. Namun Irwan terpaksa melupakan aksi Akhir ini akibat penggatntungan kad kuning. Mungkin Sathianathan akan memasukan Amir Taj untuk berganding dengan Aidil. Sebelah kanan pula semakin pasti milik K.Reuben dan Azmi Muslim akan bermain di sebelah kiri. Percaya atau tidak, keempat-empat pemain ini sedang dan pernah berada dalam skuad Harimau Malaya. Jelas ia adalah gandingan yang sangat mantap di atas kertas. 




Gandingan Subra dan Obinna ternyata kebal untuk ditembusi. Pada perlawanan separuh akhir yang lepas Nik Shahrul dan Daudsu beraksi di kiri dan kanan pertahanan Kelantan mengiringi mereka berdua. Gandingan mereka berempat menyukarkan pasukan lawan untuk menguji Apex. Ini adalah kelebihan untuk Kelantan. Namun kelemahan utama mereka terletak pada kepala otak Daudsu Jamaluddin. 'The Yellow Card Collector' ini akan menjadi penentu kejayaan atau kekalahan pasukan Kelantan. 


Tengah


Rezal Zambry Yahya ternyata masih lagi berbisa. Beraksi bagaikan remaja berusia 22 tahun dan pemain seperti Amar Rohidan wajah tertunduk malu sekiranya melihat persembahan semasa Rezal Zambry ini. Jayaseelan sangat laju dengan gerakan tanpa bayang beliua. Namun sekiranya beliau gugup, Venice Elphi bersedia menggunakan gerakan lipas kudung pula untuk menewaskan pertahahan Kelatan. Di sebelah kanan seperti sudah pasti menjadi milik Zaquan Adha. Itupun sekiranya tanpa gangguan Ayu Raudah kelak.  Jika Zaquan tidak larat beraksi 90 minit, Fitri Omar akan masuk menggantikan beliau. Sementara itu, Bruno Martelotto pula akan melengkapkan bahagian tengah ATM ini yang pada asasnya kelihatan amat sempurna.




Ketiadaan Nor Farhan mungkin akan sedikit dirasai pasukan Kelantan. Tetapi kemunculan kembali ketua pasukan Badri Radzi amat tepat pada masanya. Badri dan Shakir akan berganding semula di bahagian tengah dengan Indra dan Azwan Roya akan meneyerang dari bahagian sayap pasukan Kelantan. Gandingan ini amat serasi dan sering memberi ancaman bahaya kepada pasukan lawan. Sewajarnya ATM perlu berjaga-jaga sekiranya Kelantan merencana serangan berasaskan pemain-permain ini.


Serangan


Hairuddin Omar dan Marlon Alex adalah pasangan serangan yang paling merbahaya dalam Liga Perdana musim ini. Lebih merbahaya daripada gabungan Peter Crouch dan Owen di Stoke City. Walaupun Hai-O bermain lebih ke dalam apabila ATM mengatur gerakan. Namun Sathianathan bijak mengubah strategi apabila mereka berada dalam situasi untuk mencari gol. Hai-O akan segera dijadikan pasangan Marlon dengan Hai-O lebih kepada melakukan kerja-kerja  'setting' untuk mendapatkan gol. Jika ada kesempatan, Hai-O sudah pasti akan menggunakan kekuatan tandukan beliau untuk mencari gol bagi pasukan ATM.




Bagi skuad Kelantan pula, Mat Ghaddar sememangnya hero mereka dalam benyak kejohanan musim ini. Beraksi tanpa pemain Lubnan ini sudah tentu melumpuhkan barisan serangan Kelantan. Ibarat si buta berjalan tanpa tongkat. Nampaknya Mat Yo akan beraksi dengan pemain pinjaman daripada Kuala Lumpur, iaitu Afiq Azmi. Bojak Hodak pasti akan merencana serangan berbeza dengan memaksimumkan kegunaan ketinggian yang dimiliki Afiq sebaik mungkin.

Jurulatih


B. Sathianatan sudah terbukti berjaya dengan pasukan Kelantan pada suatu ketika dahulu. Kini Sathianathan akan bertemu dengan pasukan yang pada asalnya adalah hasil asuhan beliau. Pengalaman beliau membimbing Kelantan sudah pasti memberi sedikit kelebihan kepada jurulatih yang kacak bergaya ini. Rambut beliau juga lebih lebat berbanding Bojan Hodak yang botak.


Pengendali Kelantan yang berasal dari Croatia, Bojan Hodak sudah masak dengan bolasepak Malaysia. Kepakaran beliau sudah teruji ketika melatih UPB My Team yang malangnya hanya berada sekerat jalan sahaja dalam Liga Malaysia. Tugas beliau sangat mudah di Kelantan dengan hanya perlu meneruskan legasi cemerlang yang ditinggalkan oleh Sathianathan dan Karathu. I adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh lelaki bermulut lancang, Peter Butler.


Penyokong


Dari manakah pasukan ATM akan mendapatkan sokongan mereka? Adakah semua askar yang menjaga sempadan dan dalam misi keamanan Palestin akan dipanggil pulang untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak mereka? Ini adalah sesuatu yang menjadi tanda tanya. Mampukah ATM membawa penyokong bolasepak yang 'halal' dan bukannya 'kipas susah mati' yang mendapat tiket percuma? Ini semua akan menentukan jangka hayat ATM dalam Liga Malaysia. Sama ada terus agung seperti pasukan Pahang ataupun lusuh ditelan zaman bagaikan pasukan MPPJ.


Penyokong 'RED WARRIORS' memang suda dikenali ramai dan di akui kesetiannya. Mereka akan sentiasa hadir menyokong pasukan kesayangan mereka ini walaupun mungkin Kelantan pada suatu hari kelak terpaksa beraksi di Jepun pada perlawanan akhir Kelab Dunia 2058 menentang Barcelona. Budaya membaling botol, membakor mercun dan stadium seperti yang kerap di war-warkan oleh media merupakan propanda murahan mereka. Sedangkan penyokong negeri lain ada yang lebih teruk daripada ini. Ternyata 'fans' Kelantan  adalah antara yang terbaik di muka bumi Malaysia.

Soltan Bola

Kehebatan kedua-dua pasukan ini tiada kena mengena dengan Soltan Bola. Lainlah kalau pasukan Pahang yang melangkah ke perlawanan akhir.Oleh itu, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Soltan Bola agar terus dapat memimpin FAM agar bolasepak Malaysia sentiasa 'maju'.

Ramalan



Berdosa meramal sesuatu yang belum berlaku dan di luar jangkaan akal kita sebagai manusia. Selamat menonton. 

2 comments:

Silakan Laser Saye...