Salam Piala Malaysia. Semua sudah tahu Kelantan menjadi Juara Piala Malaysia melengkapkan kejayaan 'treble' mereka. Tahniah diucapkan kepada Kelantan. Kepada ATM juga kita ucapkan terima kasih memberi cabaran sengit kepada Kelantan. Ingin saya kongsikan beberapa 'point' menarik sepanjang perlawanan yang sengit nak mampos ini:
1. Mat Yo menjaringkan 2 gol, telur Ghaddar dilupakan.
Jelas Mat Yo masih hebat. 2 gol beliau membuatkan seluruh umat Kelantan terlupa pada Mat Ghaddar. Sebenarnya pemain Malaysia ini bermain lebih baik sekiranya tiada pemain import. Persembahan Mat Yo ini mengingatkan kita semua kepada aksi cemerlang beliau 3 tahun lepas. Demo la ni meme serupo mulo!!!!
2. Piya 'assisst' 3 gol, Rajagopal tidur nyenyak.
Seperti biasa Piya dengan aksi bermain bola petang-petang menewaskan pertahanan 'Malaysia' seperti Aidil, Amir Taj, K. Reuben dan Azmin Muslim. Mungkin Rajagopal dan Soltan Bola lebih mengenali pemain mereka. Adakah Piya akan meneruskan percutian rehat beliau dengan berniaga nasik lemak? Atau secara ajaibnya mendapat panggilan mewakili skuad AFF Suzuki? In your dream Piya....
3. Farizal Harun bukan Farizal Marlias.
Kasihan kawe nengok pemain ini. Sudahlah secara berturut-turut menjadi 'umai-umai' pengganti kepada Sani Anuar Kamsani dan Farizal Marlias. Apabila beraksi di final pula, malapetaka telah menimpa beliau. Nampaknya Farizal wajar menukar nama di belakang jersinya. Jangan guna nama Ejai, guna nama Jejai..sekurang-kurangnya Jejai dapat menangkap kemas Fasha Sandha. Ate? Ape tunggu lagi?
4. Pengadil peringkat daerah mengadili Perlawanan Akhir Piala Malaysia
Di celah manakah pengadil ini dijumpai. Sebangang-bangang Howard Webb. Bangang lagi pengadil ini. Mungkin akibat terkena panahan arjuna penyokong Kelantan, Shakir seringkali terlepas daripada terkena hukuman. Namun yang pasti Daudsu The Card Collector bermain dengan sangat hensem dan tenang. Terpesona sebentar.
5. Venice Elphi si penabur janji palsu.
Percayakah anda Venice Elphi mempunyai 3 pasang paru-paru namun beliau jenis spesis pemain yang pancut awal? Entah kenapa selepas mendapatkan sepakan percuma untuk ATM yang kemudiannya menghasilkan gol kedua mereka, aksi Venice huru-hara bagaikan terkena ribut tsunami. Hantaran silang ke langit, larian kabut tanpa arah adalah sajian tengah malam dari beliau untuk kita semua. Saya? Sangat kenyang...
6. Subramaniam buat Kelantan cemas, ATM gembira seketika.
Subra memang kebal dan hebat. Kehilangan beliau mendatangkan sedikit cemas kepada pasukan Kelantan. Pengganti beliau pula ialah Rizal Fahmi. Rizal Fahmi sangat tak terurus jika hendak dibandingkan dengan Subra. Lihat sahaja berapa kali jejaka kacak bernama Khairul Fahmi terjerit-jerit memarahi pertahanannya yang sedikit rapuh selepas ketiadaan Subra. Auuuuuwwwww Apex!!!!
7. Pemain kuda tua masih berbisa, auuuummmmmmm!!!!!
Rezal Zambri, Indra Putra dan Hairuddin Omar adalah pemain tua yang beraksi cemerlang pada malam ini. Rezal penjaring satu gol dan sepakan percuma beliau disudahkan Marlon Alex. Rezal juga hampir-hampir menjaringkan gol ke-3 untuk ATM. Indra Putra pula kekal hebat dengan jaringan tahap dunia yang memberi kejayaan mutlak kepada Kelantan. Manakala Hai-O menunjukkan pemuda bujang berusia 33 tahun boleh bertahan selama 120 minit permainan tanpa masalah 'pancut awal'. Namun pemain seperti Fakri Saarani dan Amar Rohidan secara terus-terusan mewakili Malaysia walaupun tidak menyumbang apa-apa untuk pasukan negeri atau kelab yang mereka wakili.
8. Hanya ada satu pasukan MERAH.
Buat masa ini hanya ada satu pasukan Merah yang paling berkuasa agung dalam kancah bolasepak Malaysia. Ia adalah RED WARRIOR. Bukan Red Jang, bukan Red Gajah atapun Red Kenari. Sedar dan insaflah pasukan Kelantan sudah jauh meninggalkan pasukan negeri lain. Buat pasukan yang lain, janganlah tunggu sampai Soltan Kecil datang menyelamatkan kamu semua. Mereka juga ada 'Fazura' yang hendak dijaga makan minumnya.
9. Shah Alam atau Kota Bahru?
Penyokong Kelatan berjaya menukar Shah Alam menjadi Kota Bahru. Sejak dari pagi lagi penyokong pasukan Kelantan sudah mula memenuhi Tesco Shah Alam berjalan-jalan mencuci mata melihat keindahan ciptaan mahkluk yang ada di MSU. Biarpun beraksi di Bernabeu, saya percaya lautan merah pasti akan memenuhi stadium keramat Real Madrid itu pada satu masa nanti.
10. Soltan Bola
Terima kasih kepada Soltan Bola yang sudi hadir walaupun bukan pasokan Pahang yang bermain di Final. Tidak pasti adakah Kelantan akan mendapat ganjaran peribadi daripada beliau.
ALHAMDULILLAH..kelate menang walaupun tak dpt sokongan dari org besar2..hehe
ReplyDeletepenyokong kelantan dah bagi ganjaran dah kepada presiden fam.haha
ReplyDelete