Kalau satu hari nanti, anak cucu cicit korang tanya apa cerita dengan bola sepak Malaysia sekitar lewat 90-an hingga 2000-an, korang dibolehkan mencarut dekat FAM depan anak cucu cicit korang. Kalau korang mencarut maknanya korang memang patriotik tahap Ibrahim Ali. Boleh join perkasam.
Sebagai kanak-kanak darjah-darjah sekitar lewat 90-an, saya sempat mencicip saki-baki kemeriahan bola sepak Malaysia pada masa itu. Antara perlawanan yang pernah saya tengok dari mula sampai habis di televisyen pada masa itu adalah Final Piala Malaysia 1996 antara Selangor dan Sabah. Malam itu merupakan malam pertama dan terakhir saya tengok bapak saya memekak dalam rumah sambil kutuk-kutuk pemain Sabah tackle pemain Selangor ganas-ganas. Saya ingat Selangor menang penalti masa tu. Selepas itu, maki hamun tidak lagi kedengaran. Lebih-lebih lagi selepas astro datang menjajah.
Tahun-tahun berikutnya saya sempat meyaksikan pemain-pemain import yang hebatnya Masyaallahurabbi main, seperti Laszlo Repasi (Perak), Mehmet Durokovic (Selangor), Samuel Chebli (Perlis), Cristopher Kiwomnya (Selangor), Scott Olerenshaw (Sabah) dan macam-macam lagi nama pemain yangg malas saya nak tulis. Tidak lama selepas itu, FAM ban pemain import berikutan keputusan cam celaka yang dihasilkan pasukan kebangsaan. Kalah dengan Laos la. Dengan Vietnam la. Dengan Burma la. Dengan Thailand jangan cakap la. Tapi, beberapa tahun kemudian FAM bagi pemain import main balik. Apahal bagi balik ni? Dulu masa ban kata nak kembangkan bakat muda tempatan yang selama ni terbatas. Tapi sebab Kedah asyik menang manjang je dengan Marlon depa, FAM ban balik. Kejap ban kejap tak.Sangap.
Seingat saya, masa ban pemain import tu takde plak kita menang gangsa Sukan Asia ke. Piala Asia ke (kalah 5-0 dengan China dan Uzbekistan). Menang pun cumalah Emas Sukan Sea dan Piala Suzuki. Tetapi setakat stu sahaja kemampuan kita. Lawan Vietnam pun dah tak boleh cakap confirm menang lagi dah. Apa cite? Seingat saya jugak, Karel Poborsky tidak pernah menghalang perkembangan David Beckham kat Manchester. Marcel Desailly tidak pernah menghalang perkembangan John Terry. Steve McManaman juga tidak pernah menghalang perkembangan Guti. Malah dengan kehadiran pemain importlah kita ada Azman Adnan, Rusdi Suparman, budak-budak Kedah macam Badrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen. Senang kata, they bring out the best of our local players.
Bila liga tempatan kita makin suram, mak bapak budak-budak yang ada bakat main bola pun suruh belajar sungguh-sungguh kat sekolah. Nanti besar boleh jadi doktor. Main bola kat liga Malaysia pun tak kemana. Takdenya scout Arsenal nak ushar kau. Kata maknya. Itu belum lagi termasuk mak bapak yang berlumba-lumba tarbiah anak suruh masuk pelbagai rancangan hiburan realiti. Akibatnya, kita juga ketandusan bakat-bakat baru yang boleh diharap. Kalau yang tak boleh diharap macam Titus James tu banyak saje kat Liga Super sekarang ni. Yang passing meraban ada. Yang tahan bola macam Titus Bramble pun ada. Penjaga gol teringat bini baru kahwin masa tengah main bola pun ada.
Entah bila saya nak rasa seram sejuk kembali tengok Liga Super macam masa saya dengar lagu Champions League tu..errrmmmms
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...